CafeMom Tickers

Thursday, December 31, 2009

~Selamat Tahun Baru 2010~

Arini 31 Dec 2009...kepada kawan2 yang sambut hari jadi hari ni, Happy Birthday! korang mmg yang paling bongsu la setiap tahun.
Esok adalah 1 Januari 2010...hari Jumaat. Sangat baik sebagai permulaan tahun baru. Beberapa jam lagi sebelum 12 tgh malam, dah pikir ape azam/ impian pada 2009 yang belum tertunai/ terlaksana? Mari pikir dan tuliskan supaya kita boleh muhasabah diri kite, cari punca sebab x tercapai dan cari jalan penyelesaiannya. So, untuk tahun 2010 kite boleh senaraikan azam baru (tp x semestinya baru, azam yg lama x tercapai pun boleh diteruskan jika membawa kebaikan la) supaya menjadi panduan dalam setiap perkara yang kite buat nnt.
Azam sy 2010 :-
  1. Hidup bahagia bersama suami tercinta
  2. Menjadi isteri yang mithali & solehah
  3. Menjadi anak yang solehah yg berbakti kpd kedua ibu bapa
  4. Menjadi teladan pd adik2
  5. Mau pergi honeymoon kali ke-2 di seberang lautan
  6. Kalo ade rezeki, ingin kehadiran benih dalam rahimku
  7. Punya rumah sendiri
  8. Menjadi pekerja yang cemerlang
  9. Sentiasa mendapat kemurahan rezeki
  10. Menambahkan ilmu setiap hari (x kisah la ilmu ape2 pun, janji ilmu yg berguna)
  11. Yg paling penting sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya

Amin. Semoga akan dikabulkan segala impian yg diiringi doa & usaha berterusan.

Selamat Tahun Baru 2010!

Thursday, December 17, 2009

Cameron Highland...

sedapnye sundae strawberry nih...nak lagi!


Lame sudah x tulis blog nih, ntah nape rase masa mcm x cukup je. Kat opis dah mmg xleh bkk, balik umah lak asal bkk laptop je, hubby dah muncung....ni pun tgh muncung, jap gi syg pujuk ye...
Lepas majlis aritu, kami berkesempatan gi Cameron je, jadi la daripada x gi honeymoon langsung. nak gi island, tgh musim tengkujuh lak, mcm x brani je tanggung risiko... Kamikat sane 3 hari 2 mlm je...pagi raye haji kat sane lagi...ptg baru balik beraye kat umah ummi, mlm tu gi umah my parent. Penat, tp enjoy! sgt happy.....sape kate kawen x best...hahahaha...








Thursday, December 3, 2009

Wedding Reception 22 Nov 2009


Wedding reception di sebelah pengantin lelaki telah berlangsung pada 22 Nov 2009 (Ahad), butiran adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 22 Nov 2009 (Ahad)
  • Masa : 8.00 malam - 11.00 malam
  • Tempat : Kampung Pengantin Kuala Lumpur, Setapak
  • Tema : Merah-putih
  • Wedding planner : Ummi (ibu pengantin lelaki)
  • Pelamin, flower stand, hand bouquet & cake : Nurul Arbee Creation
  • Hall deco & makanan : Kg. Pengantin
  • Baju pengantin lelaki : Justmen's Shop (fabric Euro Moda)
  • Baju pengantin perempuan : Zann D' Classic (fabric Euro Moda)
  • Make-up & aksesori : Athiz Collection (Kak Mimi)
  • Lagu Tema : Kau Tercipta Untukku by Ungu
  • Band : Skynet
Aturcara majlis :
8.00pm - ketibaan tetamu
8.40pm - ketibaan pengantin /lagu oleh band Skynet
8.50pm - sesi salam pengantin (ganti acara merenjis)
9.10pm - makan beradab / persembahan band Skynet
10.00pm - acara potong kek / lagu oleh band Skynet
10.30pm - pengantin bersalaman dgn tetamu
11.00pm - sesi bergambar







On wedding reception sebelah lelaki x banyak gambar yg sempat disnap sbb adik ipar sy jd pengapit mlm tu, so yg ade cume member2 nye tu pun x banyak sbb gambar diorang posing lg banyak....hahaha...biase la tu. Nak x nak nak tgk banyak2 kene tunggu gambar dr my official photographer la....buat masa ni, tgk la gambar mane yg ade dulu eh...daripada xde langsung kan...





Wednesday, December 2, 2009

Majlis Perkahwinan 21 Nov 2009


Majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan telah selamat berlangsung pada 21 Nov 2009 bersamaan hari Sabtu dari pukul 11 pg ke 4 ptg. Tp kul 5 ptg pun masih ada tetamu yg dtg, nasib baik lauk masih banyak lagi.

Tarikh majlis : 21 NOV 2009 (Sabtu)
Tempat : Rumah pengantin Perempuan, Kg. Rinching Hilir, Semenyih
Tema : Cream-peach
Baju : Athiz Collection
Pelamin : Athiz Collection
Make-up : Athiz Collection (Kak Mimi)

Suka sgt make-up, baju & pelamin dr Athiz Collection. Seronok dpt kerjasama ngan Kak Mimi & her team, walaupun umah sy jauh, tapi diorang bleh deliver all the things yg sy request. Service best!!! Thanks a lot Kak Mimi.


Semua gambar ni from kamera adik ipar, Kak Mi & kawan2....Tq-