CafeMom Tickers

Saturday, January 9, 2010

P.M.S

PMS? Ape tuh?....PMS is Pre-Mestrual Syndrom...atau disebut juga senggugut. Senggugut adalah kesakitan yang dialami oleh perempuan semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Kesakitan senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus.

Ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh, boleh menyebabkan senggugut. Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.

Senggugut mengakibatkan :-
  • Kekejangan. Bahagian bawah perut terasa seperti dipulas atau dipintal.
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Muntah atau mual/loya
  • Sakit kaki dan bahagian belakang badan
  • Pergerakan usus yang tidak sekata
  • Pitam
Perlukah saya ponteng sekolah atau kerja ketika saya mengalami senggugut?

Senggugut memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh. Ia amat difahami. (tp ada gak yg x paham). Selalunya perempuan akan berasa malu untuk memberitahu keadaan/ kesakitan yg dialami mereka...Mcm mane?

Ambil pil penahan sakit sebaik sahaja kamu merasa sakit. Sebiji pil sudah mencukupi. Tanya orang yang lebih dewasa atau doktor keluarga untuk menolong kamu. Jika sakit semakin berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun kamu sudah mengambil pil penahan sakit, mintalah pertolongan orang lain untuk mendapatkan khidmat doktor.

1 comment:

  1. hi i need to talk to u bout one of ur wedding vendor, hope u can email me, hudabakar@gmail.com tq sooo much!

    ReplyDelete