CafeMom Tickers

Wednesday, April 10, 2013

TUNGKU



Bertungku merupakan salah satu kaedah bagi tujuan mengecutkan bahagian rahim. Proses ini selalunya dijalani oleh para ibu yang baru melahirkan bayi didalam kendungannya, selepas menjalani proses pembedahan ataupun yang pernah mengalami masalah keguguran.
Kaedah bertungku ini masih lagi digunakan bagi tujuan menyegarkan badan, memudahkan perjalanan darah mengalir di samping membuang saki-baki darah kotor dan sebagainya.
Tahukah kawan-kawan terdapat beberapa jenis-jenis tungku yang kebanyakan dari kita agak jarang mengetahui kewujudannya seperti :-
  • Tungku batu
  • Tungku besi
  • Tungku layor (daun dan buah)
bertungku
Gambar dari Google
  • Tungku abu
  • Tungku garam bukit
  • Tungku moden

TUNGKU BATU
Kaedah tungku batu amat popular di kalangan wanita dalam pantang. Biasanya jenis batu yang digunakan didalam bertungku tersebut seperti batu sungai, batu gunung, batu bata merah dan batu kelikir. Yang paling penting batu tersebut sebesar telapak tangan. Supaya mudah untuk kita mengawal batu ketika bertungku di bahagian tertentu.
Kaedahnya:
Seingat Suri semasa dalam berpantang mak Suri akan membakar batu ini diatas dapur gas sehinggalah batu ini benar-benar panas dan kemudian akan dimasukkan kedalam kain batik. Seperti biasa kain akan di balut kemas dan barulah sesi bertungku akan dimulakan. Namun begitu masih ada juga sebahagian dari masyarakat melayu kita memasukkan kain yang beralaskan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. Tujuannya satu bagi mengeluarkan darah beku dalam badan, mengecutkan bahagian peranakan wanita, menghilangkan kebas-kebas kaki serta untuk mengelakkan buasir.

TUNGKU PASIR
Berbeza pula dengan kaedah bertungku dengan tungku pasir kerana penyediaannya lebih ringkas dan mudah untuk kita mendapat bahan asasnya. Tahukah kawan-kawan pelbagai jenis pasir boleh digunakan untuk menjayakan misi bertungku ini seperti pasir sungai, pasir laut, campuran lumpur, tanah bukit atau pasir bukit.
Kaedahnya:
Sekiranya anda menggunakan pasir disungai maka terlebih dahulu ia perlu digoreng tanpa menggunakan minyak. Gorengkan pasir sungai itu sehingga ia benar-benar kering. Kemudian sediakan kain belacu yang dialas daun pisang, daun mengkudu, lada hitam, hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul, bahu, belikat, perut dan tapak kaki. Kaedah ini amat sesuai bagi ibu yang yang mengalami masalah senggugut ataupun meroyan.
TUNGKU BIJIRIN
Ia digunakan oleh sesetengah bidan kampung untuk rawatan terapi bersalin. Cara ini tiada lain bagi menyusutkan bengkak dan nanah yang terdapat di bahagia pinggul.
Kaedahnya:
Bijirin yang digunakan ialah jenis bijian seperti jejagung, kekacang hijau, lada hitam, halba, lada ekor, ketumbar, daun kantan, daun pandan, halia bara dan lengkuas. Ia akan di tuam di sekitar bahagian pinggul.
TUNGKU BESI
Biasanya amat terkenal di negeri-negeri bahagian belah utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku besi ini diperbuat daripada besi dan berbentuk laras.
Kaedahnya:
Penyediaannya sama juga seperti dengan cara memanaskan tungku tersebut terlebih dahulu dan kemudian memasukkan daun kecubung, lengkuas, daun dan kulit limau puruke dalam bunjut kain. Lalu di tekap dan tuam pada tubuh wanita berpantang.
TUNGKU LAYOR
Tungku layor pula menggunakan sedikit kaedah yang berbeza. Ia terdapat beberapa kaedah yang berlainan sama ada menggunakan kaedah daun ataupun buah. Kaedah daun yang sesuai digunakan ialah daun kantan, lengkuas, jambu batu hutan sirih, kecubung dan kaduk. Bagi kaedah buah ianya menggunakan buah mengkudu.
Kaedahnya:
Daun dan buah tersebut akan dilayorkan (diletakkan di atas api perlahan sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.

No comments:

Post a Comment