CafeMom Tickers

Monday, April 28, 2014

kesian Zafry

dah seminggu lebih dah zafry batuk. blom ade  tanda nak baik. allahuakbar.
jumaat lepas dlm kul 5 camtu mil call hubby bgtau condition Zafry. batuk tanpa henti nak bernafas pon susah. merah padam muke...mil suggest kitorang bwk gi amik gas ke jumpa pakar ke... ptg tu aku amik budak2 umi pesan lg. mmg sedih tgk zafry time tu dah xleh nak senyum :-(

lepas pikir & diskas..kitorang bwk die gi klinik wangsa. klinik ni disuggest kan oleh biras aku. after google tgk bnyk feedback yg baik so kitorang decide try ke situ. Klinik ni kat area belakang balai polis wangsa maju opposite jusco wangsa maju tuh.

sumber: nurmimy.blogspot.com

ptg tu dr.alvin bertugas. die x buat suction. jumpe die mintak advice camne. die suggest buat nebulizer. 30 minit gak la tekapkan mask bergas ke hidung mulut zafry...mengelupur jugak die. kesian tp mama terpakse syg. x sanggup tgk zafry batuk teruk. beberapa kali gak die muntah...keluar abis lendir2.... 

lepas tu doc advice dtg lg buat suction plak. doc bg ubat batuk & cair kahak. aku mintak ubat yg rase sedap sbb zafry susah mkn ubat. semua skali rm80.
alhamdulillah lps2 tu zafry dah bleh senyum & main. mlm tido pon lena kdg2 ade la jugak bunyi batuk tu sekali dua.

esoknye kitorang decide xnak pergi suction lg. tgk keadaan zafry dulu. ptg die start batuk x brenti lg... so kitorang decide buat suction. aritu dr. halim on duty. buat nebulizer dlm 20minit...  kali ni zafry x muntah. pastu doc buat suction...sedih giler aku tgk. doc masukkan tiub getah melalui mulut & hidung utk sedut kahak. doc ckp bnyk kahak die ni. zafry nangis x brenti dan meronta2. sebak aku. aku pusing tempat lain sambil tgn pegang bahu die...allahuakbar. kos rm75 utk neb+suction.

lps tu zafry merajuk. melekap je.. org panggil xnak pusing. tp batuk dah kurang. dah bleh main pastu. tapi time tido mlm mmg horror sbb die batuk x brenti & 3-4 kali muntah. muntah lendir & kahak. aku bg ubat. kesiannye la anak aku tu. pg kul 6.30 die dah jage. batuk dah reda...aku tinggal kat mama jap sbb nak gi jogging. ptg je die start blk batuk2 x brenti tu. pikir mcm mana nak tinggal kat maid esok, mil aku xde plak tu ikut ayah outstation. so kitorang decide gi buat suction lg sekali.

dr. halim lg on duty. buat neb 20 min. time tu beberapa kali zafry muntah kahak...kuning! berbuih2 kuar dr mulut die. lepas tu buat suction. pucat lesi muke die sambil nangis. sayu hati Allah je tahu. mcm2 doa dlm hati ni. smoga dipermudahkan olehNya. bnyk jugak kahak disedut. tp doc ckp bunyi lg ni. kahak die keras lg. cube balik buat kaedah steam plak.
Allahuakbar! mlm td die mudah tido..alhamdulillah tp sekali sekala batuk bunyi jugak.

Ya Allah Kau sembuhkanlah anak kecil ku itu...ringgankanlah bgnya ujianMu ini...amin.

1 comment:

  1. Ya Allah..kesian ye zafry..semoga cepat sembuh ye zafry.. adik aku si sapikah tu dulu pun kene sedut kahak.. berbunyi bunyi masa bernafas mak aku kata.. aku ingat lagi kitorang semua ngintai celah pintu.. nangis gile die masa kene sedut..masa tu umur die 5 bulan kalau x silap.. cepat sembuh ye zafry..

    ReplyDelete