CafeMom Tickers

Wednesday, July 16, 2014

Zakat Fitrah

Salam..u olls dah bayar zakat fitrah blom? bayar awal supaya x terlupe...
td ternampak kaunter pandu lalu/ drive through kat masjid putrajaya... good...good.. x sempat plak snap picture. 

sumber: en. google

Apa itu zakat fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Fitrah


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

sumber: http://www.e-zakat.com.my/

Jgn lupe ye kawan2... 

No comments:

Post a Comment