ish ish ish....
patut time ni aku dok memikir persediaan nak bersalin
banyak benda dah lupe... pikir nak hadap contraction mcm mane, pikir tetibe sakit kat opis sape nak antar ke hospital... ni semua pon pikir gak.
tp yg paling aku fokus nak kurus lepas bersalin, boleh...?
hahahaha... obses sgt!
How i miss my jogging routine ='(
hubby pon since xde partner nak jogging ni die pon dok bela badan mcm bini die.. hihi...
last time mase pregnant kan anak no.2, aku gain weight 92 kg (kalo x silap). naik 22 kilo kau!
lepas 3 bulan melahirkan, aku hanya berjaya turun ke 76.1 kg
so loss dlm 15.9 kg je
utk pantang time tu, aku start mkn nasi separuh pinggan minggu ke2 pantang, mkn supplement shaklee (omega guard & alfafa) dan jamu NR on off...
bile ingat mkn la.
lepas raye (september 2013), aku start jogging routine aku...
sekali seminggu je pon. mula2 fun run je...
lame2 ketagih, siap bad mood kalo miss jogging.
Till Disember 2013 aku baru cecah berat 70 kg.
Berat mase belajar adalah 60 kg, mane kawen 63 kg
(beza 10 kg kau... nangis!)
aku start consume EPHYRA januari 2014
sebelum jogging aku minum EPHYRA dulu utk naikkan metabolisme.
lepas lunch mkn omega guard shaklee
lepas dinner mkn alfafa shaklee.
April 2014, aku reach angka 6... berat time tu 67kg.
aku x perasan, tp bile ramai dah tegur aku pi timbang.
67 pada aku masih gemok, tp yg hairan, aku muat balik baju2 lama, baju nikah juge =p
aku beli bj pon saiz M tau tak. yes, ukuran badan mmg banyak kurang.
bertapa hati riang gembira. lepas puase reach 66kg. lepas raye naik blk 67kg.
so in total... termasuk tempoh pantang
aku amik mase 10 bulan untuk hilangkan 25 kg!
lame giler... dan aku merase jd kurus (xde kurus mane pon, tp utk aku agak kurus la) hanya 5 bulan sblm aku tau aku pregnant balik... nangis!
utk kali ni, aku bertekad nak kurus semula, ke angka 67 pon xpela... (berat sblm pregnant)
strategi?
aku akan try consume EPHYRA, omega guard, lecithin, alfafa & cinch tea SHAKLEE, dan jamu. tp ini semua bergantung pd baby gak, kalo perut die tahan aku telan, kalo tak, aku kene selang2 kan...
aku plan nak mulakan senaman ringan bile rahim dah kecut, badan dan rase kuat, mungkin minggu ke3 atau ke4 pantang.
nasi mkn separuh, 2 kali sehari (tghari & malam).
lepas 44 hari, back to my jogging routine.
wish me luck...
sy mau kurus...
how i miss me...
ni bj kurung paling kecik penah aku ade slps anak 2. hahaha
TIPS DR KEVIN ZAHARI
Macam mana untuk mendapatkan kembali tubuh yang langsing dan cergas seperti sebelum mengandung dahulu?
Anda tidak keseorangan. Persoalan ini bermain di fikiran kebanyakan
wanita yang telah melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak. Pelbagai
perubahan fizikal dan emosi dilalui di dalam tempoh tersebut. Salah satu
daripadanya adalah penambahan berat badan disebabkan kehamilan.
Kebanyakan wanita akan mengalami purata kenaikan berat badan sebanyak
15-20 kg semasa mengandung.
Kurangkan berat badan selepas bersalin?
Selepas melahirkan anak, anda akan terus kehilangan lebih kurang 6
kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah
kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg
lagi. Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi
berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di
dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.
Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung
berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan
kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga
memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet
kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk
memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. Anda juga pasti akan
kesuntukan atau sukar untuk mencari masa untuk bersenam kerana masih
menyesuaikan diri dengan rutin baru sebagai seorang ibu.
Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda
kembali ke bentuk asal secara semula jadi sebelum anda membuat langkah
untuk mengikuti pelan pemakanan yang terkawal atau rejim senaman yang
terancang.
Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang mungkin anda pernah dengar
tentang bagaimana mengembalikan tubuh yang langsing dan cergas selepas
bersalin. Di antaranya mungkin adalah berkenaan pemakaian bengkung,
berurut secara tradisional, petua jangan meminum air sejuk dan
sebagainya. Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan
komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas
bersalin.
Panduan Senaman Kegel
Mulakan rutin senaman yang ringkas dan ringan. Senaman yang paling
mudah dimulakan adalah yang boleh dibuat sendiri di rumah. Tahukah anda
bahawa anda boleh memulakan senaman kegel sehari selepas bersalin?
Kegel penting untuk mengetatkan kembali otot lantai pelvik selepas
bersalin. Ia dilakukan dengan mengetatkan otot yang digunakan semasa
membuang air kecil. Senaman ini mudah kerana boleh dilakukan di
mana-mana tanpa sesiapa mengetahuinya. Ia juga boleh dilakukan sekali
bersama pelvic tilts, yang juga berfungsi untuk mengempiskan perut dan
mengerjakan otot punggung.
Mula dengan berjalan
Senaman yang paling mudah untuk dilakukan adalah berjalan. Ia boleh
dilakukan bersama seisi keluarga dan juga bersama bayi anda sekali.
Anda boleh berjalan di taman, di sekitar kawasan perumahan anda malah
juga di pusat membeli belah! Bayi boleh digendong atau ditolak di dalam
stroller. Ini akan menambahkan lagi intensiti senaman anda.
Terdapat pelbagai pilihan senaman untuk anda mengembalikan kecergasan
selepas bersalin. Ianya bergantung kepada minat dan juga faktor
seperti masa dan tempat yang sesuai bagi anda.
Diingatkan juga, sekiranya anda mengalami
sebarang komplikasi semasa mengandung dan bersalin, dapatkan pengesahan
doktor dahulu sebelum anda memulakan apa-apa rejim senaman.
(sumber: http://kevinzahri.com/health-fitness/panduan-langsing-selepas-bersalin)
Saya doakan misi untuk kurus balik selepas cikpuan bersalin tercapai
ReplyDeletegood luck..moga berjaya kurus kembali :)
ReplyDeleteamalkan shaklee mmg berkesan (dlm kes saya la) kalau betul nak kurus...badan mmg rasa ringan je...