CafeMom Tickers

Thursday, December 2, 2010

Our 1st Marriage Anniversary


Sepatutnya entry ini ditulis pada 20-11-2010....tp disebabkan seronok menghabiskan masa bersama insan tersayang + masuk2 keje je busy yg amat....maka hari ni br bleh tulis entry nih.

Alahai...mcm x caye je 20-11-2010 yg lalu telah genap setahun perkahwinan kami. Macam br semalam je akad nikah....ish...ish...cepatnye masa berlalu. Alhamdulillah sehingga saat ini, kasih sayang dan rahmat Allah masih dirasai. Syukur sgt kerana mendapat suami yg begitu memahami, penyayang, boleh bertolak ansur, sedia berkongsi masalah, bersama ketika susah dan senang..."thanks dear kerana sgt sabar & sanggup melayan kerenah isterimu yg mcm2 nih..." =) semoga hari2 kami sentiasa diwarnai pelangi yg ceria dan membahagiakan... Cume sehingga kini kami belum ade rezeki menimang cahaya mata. Aku percaya Allah tau ape yg terbaik utk hambaNya. Kalo bukan hari ni, mane tau esok lusa tulat ke kan...itu rahsia Dia. Xde sape tau. Ape yg kite bleh buat hanya berusaha, bertawakal dan berdoa. Percayalah padaNya. InsyaAllah. Tipulah kalo aku kate aku x terasa dgn pertanyaan org...skit2 tanye "bile lagi....", "dah ade isi ke..." kalo la aku tau jawapannye senang la nak jawabkan... Saje aku buat x tau je...mls nak jwb, senyum jela. Dlm hati Allah je tau. Ape2 pon aku kene berusaha utk sentiasa positif sbb aku percaya pada Dia. Doa2kan lah ye mudah-mudahan rezeki anak tu dtg cepat...

Haih...lari tajuk plak. Sambung citer anniversary, since 17hb adalah Raya Haji kan...my family decided blk Perlis, lama giler x balik. Kami adik-beradik ok je. Windu sama sedara-mare. 18hb & 19hb kami pergi bercuti lak ke Langkawi. Alang2 dah dekat kan...walaupun 2 hari 1 malam je...tetap best. Bukan pergi berdua je, tp ngan 1 famili. Sonok =p

20.11.2010 dah kat KL. "HAPPY ANNIVERSARY DEAR, I LOVE U SO MUCH..." & dinner @ Kunang-kunang. kebetulan mlm tu band yg perform mase majlis kahwin kitorang kat Kg. Pengantin tu perform kat Kunang-kunang....mmg mengimbas kenangan majlis tula...haih...sgt best.

Semoga hubungan kami berpanjangan ke akhir hayat dan ke syurga, bahagia sentiasa, mendapat kasih sayangNya, rahmatNya, keberkatanNya, kemurahan rezeki dari Nya...
"Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari segala perkara yg x diingini...amin"






Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Yang ku ada hanya kamu saja


I.L.O.V.E.U.S.O.M.U.C.H.H.U.B.B.Y.


Friday, November 26, 2010

SALE...SALE...DAN SALE

Jom serbu.....(alangkah bestnye kalo dpt gaji & bonus time nih)



25 November to 5 December 2010
Branded Apparel Sale @ Amcorp
Up to 90% Off

Brands Offered
Guess
Zara
Levi’s
MNG
Roxy
Billabong
Dockers
CK
DKNY
Quiksilver
Fila
and more

Time: 10am – 10pm

Location
Unit 3 – 40 3rd Floor
Amcorp Mall
No. 18 Jalan Persiaran barat
46200 Petaling Jaya
Malaysia


Thursday, November 4, 2010

Fish n Chips

Semalam mood rajin memasak telah datang...hahaha....tetibe je. Maka terhidanglah fish n chips utk dinner kami =p




Resepinya seperti berikut:

Fillet

Bahan-bahan:
  • kepingan ikan dory
  • serbuk lada sulah
  • serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung jagung
  • 1/4 sudu soda bikarbonat
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • sedikit air
  • garam
  • serbuk roti
Cara-caranya:
  1. Gaul kepingan ikan dengan sedikit serbuk lada sulah, lada hitam dan sedikit garam. Perap sebentar.
  2. Campur tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, sebiji telur yg telah dipukul, susu segar, sedikit air dan sedikit garam. kacau hingga sebati dan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 utk disalut pada ikan.
  3. ambil kepingan ikan celupkan ke dalam adunan tepung td, dan golekkan atas serbuk roti dan gorengkan dlm kuali.
Kuah Black Pepper

Bahan-bahan:

  • 1 sudu butter
  • 1 1/2sudu tepung gandum
  • 4 sudu besar sos black pepper
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 cawan susu segar
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap manis
  • sedikit gula
  • sedikit air

Cara-caranya:

  1. panaskan kuali, masukkan butter hingga cair, masukkan tepung gandum, susu segar, sedikit air. Kacau semua bahan dalam api yg sederhana. Tambah bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa.

* gravy ni biase jela rase die...kene cari resepi yg lagi sedap ni...

Coleslaw

Bahan-bahan:

  • Kobis
  • carrot
  • mayonis
  • susu segar
  • sedikit garam

Cara-caranya:

  1. kobis & carrot dicincang halus/ sagat je...
  2. campurkan mayonis, susu segar & sedikit garam...sesedap rase la ye.
  3. siap! masukkan dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

Chips

  • goreng aje kentang tuh =p

* Arini nak masak ape plak eh....

11110

Ade ape dgn 11110???

"Happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to farhana...
happy birthday to me..." =p
Hehehehe...1.11.10 sy telah berusia 27 thn...mak ai, dah tue rupenye. Rase mcm 20 thn je lg...xpe2...itu hanya usia. Jiwa masih muda k....hahaha. Alhamdulillah...sepanjang hidup di dunia selama 27 tahun ni, Tuhan telah memberikan nikmat, rezeki, kasih sayang, perlindungan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, dugaan, dan mcm2 lagi lah. Kalo dihitung mmg x termampu...Terima kasih Ya Allah atas segalanya...syukur.
Paling mengujakan birthday kali ini...en. Hubby telah buat suprise. Actually ini kali pertama sambut birthday setelah bergelar isteri. 12 am...hubby dah wish birthday. As usual die akan jd org pertama yg wish my birthday saban tahun. Sebelum ni pun x penah ade suprise sgt la, so mmg x expect ape2 pun. His wish pun dah cukup buat aku gembira + die sentiase disisi kan, ape lg nak. Then esok pg tgh tergesa2 nak ke opis sbb dah lambat...bukak pintu kete x perasan lg, tp bile letak handbag kat sebelah...eh, ape ni??? Bunga??? hati berdegup laju sbb sgt teruja. terus bace kad yg ade kat bunga tuh...rase syahdu dan terharu...menitik gak la air mata ni. Ayat2 kat kad tu sungguh menyentuh hati...(sejak bile plak laki aku pandai tulis ayat2 mcm ni...haih...xde yg mustahil kite akan buat utk org yg kite sayang kan..) Dah dpt bunga, yg lain x dpt pun xpe. Ish...mungkin org akan kate, bunga tu bukan boleh mkn pon. yup, mmg xleh makan...mmg x tahan lame...tp perasaan mendapatnya adalah sgt berbeza (x tau kalo aku ni berjiwa romantik sgt...hahahaha)...hati berbunga2 gitu dan en.hubby telah berjaya membuat aku tersenyum sepanjang hari + berhari2 gak la.....


Malam tu kami gi mkn kat Intai-intai je...sbb hari keje kan...cr tempat yg dekat jelah.




Gambar sblm mkn x sempat amik sbb dah lapar sgt... =p

Tq hubby! tq gak kpd parent, parent in law, adik2, kawan2 yg wish my birthday & mendoakan yg baik2 utk sy....amin semoga doa kalian membawa rahmat kpd sy.

Tuesday, October 26, 2010

Makanan Sunnah vs Makanan Barat...

Sy terbaca artikel ni di blog PakarHow To....menarik dan memberi pengetahuan. Jom bace...


1 HATI

Dalam buku biologi, buku pemakanan (terbitan kafir) mengajar kita kalo nak tambah darah dan vitamin B, kene makan hati ayam atau hati haiwan. Tetapi sebenarnya Nabi kita x galakkan makan organ dalaman haiwan ni. Makan hati ayam boleh melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ di mana semua toksin dikumpul dan dineutralkan, so kepekatan toksin adalah tinggi dalam hati ayam.


2 KOPI

Dalam sains kite diajar bahawa minum kopi adalah tidak bagus, namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi selain susu dan madu. Cube tgk Yahudi, mereka minum kopi Starbuck. Profesor Yahudi kat UK semua mesti ade segelas kopi di tgn mereka.



3 DAGING KAMBING

Kite diajar makan kambing tinggi kolestrol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolestrol.



4 Mc D

Kite kerap sgt mkn McD, suke sgt makan McD. McD sebenarnya adalah makanan yg sgt tinggi MSG dan kolestrol dan paling banyak lemak tepu trans.


5 COKE & MAGGI

Para kafir juga menggalakkan kite minum dan makan makanan yg x berkhasiat seperti coke & maggi. Coke adalah sgt beracun, dan sgt x bagus utk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, dan ada racun tersembunyi).



6 AIR SOYA

Untuk pengetahuan, para kafir juga sering mewarwarkan kebaikan soya (sbb USA adalah merupakan pengeluar soya terbesar) namun sebenarnya soya dpt melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu, soya juga meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang. Sbb nye dalam soya terdapat hormon estrogen yg sama dgn estrogen kat wanita. Soya juga ada phytic asid yg membuatkan penyerapan kalsium. magnesium dan zinc utk badan kite terjejas.



Tahukah anda minumam paling digemari Nabi S.A.W kite adalah minuman paling berkhasiat iaitu susu kambing.....


Monday, October 25, 2010

ntah ape2 ntah....

Lame giler x update blog...hmmm...mane gi mase aku nih...
sy tgh banyak keje skrang...dan tgh berusaha mengawal tekanan....
wahai en. tension sile jgn dekati sy...sy hanya mau ketenangan...
hidup biar sedap =p

Wednesday, October 20, 2010