CafeMom Tickers

Monday, July 27, 2009

gold & diamond

2 minggu ni sy ngan tunang busy men'survey' cincin kawen kami...sambil2 tu survey barang hantaran juge. Sibuk survey2 mesti nak tau gak ape benda yg kite survey, jenis2, kualiti etc...

Tetibe nak search pasal gold & diamond ni... Actually i'm looking for yellow gold with diamond ring as my wedding ring. Terpulang pada individu punye citarasa lah...but for me, diamond nampak cantik bila digandingkan dgn yellow gold...shining die sgt memukau. Tp bile dgn white gold shining die agak tenggelam...mungkin sbb sama2 white. Itu pendapat sy lah...Sy dah tau bezakan diamond & zircon...hehehe skit2 lah. Shining die sgt berbeza. Lain orang lain citarasa.


EMAS




Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir, 24 karat adalah emas tulen

  • 24k: 100% pure gold
  • 18k: 75% pure gold, mixed with other alloys
  • 14k: 58.3% pure gold, mixed with other alloys
EMAS PUTIH

Emas putih adalah aloi emas dengan campuran metal lain yang menyerlahkan warna putih. Metal dalam aloi emas ini dipilih dan dicampurkan dengan kadar yang sesuai bagi mendapatkan warna putih yang dapat melunturkan warna kuning emas.

Emas 9 karat (37.5%) yang juga dikenali sebagai suasa contohnya, dengan campuran sehingga 63.5% perak, emas 9 karat boleh menjadi putih dan mudah ditempa (mengekalkan ciri ductiliy). Emas putih jenis ini sering digunakan dalam membuat barang kemas dan boleh didapati dalam nilai karat 10, 12 dan 14). Emas putih dalam nilai 10 karat juga boleh menyerlahkan warna putih yang baik dengan nisbah campuran emas : perak. Sesetengah tukang emas mengklasifikasikannya sebagai k-white satu istilah campuran emas putih yang mempunyai kurang kandungan emas (33.3% - 41.6%).

Harus diingat juga apabila membeli emas putih, pastikan terdapat cop "hallmark" pada barang kemas yang dibeli (contoh 916 merujuk kepada emas 22k, 750 merujuk kepada emas 18k) dan dapat surat atau sijil yang menentu-sahkan kandungan emasnya. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, emas putih mempunyai harga yang berbeza-beza bergantung kepada logam campuran bagi membentuk emas putih. Emas putih platinum dan palladium sangat mahal kerana kedua-duanya merupakan logam yang sangat mahal. Emas putih nikel pula lebih murah dari emas putih palladium. Bagi membentuk pengguna yang bijak, kami mengesyorkan pembeli menimbangkan faktor-faktor pembuatan emas putih sebelum membeli emas putih.
Sumber: http://www.geocities.com/alampermata/metallurgy/white_gold.html

BERLIAN

Panduan untuk memilih berlian
Rujuk kepada 4C-Carat, Clarity, Colour, Cut


  • Carat merujuk kepada berat berlian berkenaan. Lebih karat bermakna lebih berat tapi tidak selalunya lebih mahal.
  • Clarity bermakna kejernihan. Butiran kecil-kecilan yang tidak boleh dilihat mata kasar sering kali ada dalam batu berlian kerana cara ia dihasilkan. Lebih kurang butiran kecil itu bermakna lebih baik.
  • Colour, iaitu warna bermaksud jika ia lebih kurang warnanya dan lebih dekat kepada tiada warna langsung bermakna batu itu lebih bernilai.
  • Cut atau potongan ialah satu-satunya ciri yang boleh diubahsuai. Potongan pada berlian amat penting, lebih licin potongannya bermakna lebih bernilai jika cara potongannya betul.

Semoga panduan ini dpt membantu bakal-bakal pengantin seperti sy untuk mencari cincin kawen yg terbaik... "Terbaik x semestinya mahal, tp biarlah berkualiti".

No comments:

Post a Comment