CafeMom Tickers

Monday, December 8, 2014

Telur Berlada sambal ketuk

Jumaat aritu aku el... Anak dua2 demam.. Pg tu aku dah siap nak gi keje dah.. Skali tgk hafiy tido bunyi2, pegang2 mak aiii panas giler! Kelam kabut cr towel basah, bg ubat demam yg ade. Si zafry dr smlm lg demam tp mlm je bdn panas sgt, bg ubat montot ok skit. Hubby suh el je. Patut aku ade meeting pg tu, tp sbb internal je. Terpakselah...

So kat umah ni nak masak lunch utk perut sorang mmg super mls. Hafiy biase request nasi +kicap+ telur. Rabu dpt sambal ketuk dr nas. So ape lg... Telur berlada sambal ketuk lah. Peti ais rumah ni rosak. Dah 2 minggu aku x beli brg basah, sayur ke cili ke. Haih, lembab btol org yg nak dtg baiki ni, asyik tertangguh je. 

Camne nak buat telur berlada sambal ketuk ni? Senang je

Bahan2:
Cili boh - aku blend sendiri cili kering
Air asam jawa - 3 sudu besar
Sambal ketuk - 2 sudu besar
Sedikit air
Telur 2 biji
Garam
Sedikit kicap manis

Cara2:
1) tumis cili boh hingga garing.


2) masukkan air asam jawa & sedikit air, masukkan garam secukup rase
3) dah kering skit masukkan sambal ketuk.

4) ketepikan sambal ke tepi kuali. Pecahkan 2 biji telur ditengah2. Tunggu hingga telur keras sedikit, baru gaullan dengan sambal td.

5) masukkan setitik dua kicap manis utk balance kan rase pedas... Siap. Mkn dgn nasi panas2 mmg terbaik!!!


Ape tu sambal ketuk? Ia diperbuat drpd ikan bilis & cili api dan ditumbuk. Mcm sambal hitam pahang tu tp xde belimbing. Nak cube? Utk cod area putrajaya bleh wasap sy 0192390204.
Utk pertanyaan lanjut bleh terjah ig/fb nuraisy shoppe.

No comments:

Post a Comment