CafeMom Tickers

Wednesday, February 4, 2015

Aqiqah anak buah : Muhammad Faiz Kazhim

Alhamdulillah... 16 dis 2014 yg lalu, famili belah hubby slamat menerima kehadiran org baru...baby boy yg diberi nama Muhammad Faiz Kazhim. So my adik ipar dah ade sepasang. 
Baby dilahirkan secara ceaser di Hkl seberat 3.2 kg. 

Majlis Aqiqah diadakan pd 1 Feb 2015 yg lepas di dewan dkt rumah nendanya sblh ibu di tmn melati. Mcm biase, acara aqiqah keluarga kami akan menjemput Ustaz Kazim dan anak2 dr Maahad Tahfiz Imam Syafie (MATIS) untuk bacaan maulid & qasidah. Ya Allah merdu dan syahdunya bacaan anak2 ini...menusuk jiwa. Jika menjiwai boleh menitis air mata. 
Masa berselawat, baby di bawa utk memotong rambut. Selesai qasidah, baby ditahnik/ belah mulut oleh Ustaz Kazim. 

Lepas tu ape lg... Sesi membedal kambing 2 ekor...hahahaha. Sesi mkn la, bukan kambing je, ade ayam masak merah, daging kicap, masak lemak nangka, ulam2, sambal belacan. Kuih, buah & air. 

Majlis start kul 10 pg dan mkn pd pukul 12 tgahari. 
Alhamdulillah... Smoga Faiz membesar jd anak yg soleh..amin.









My beloved heroes ❤️

Baby dah botak

1 comment:

  1. Assalammualaikum, boleh saya tahu cara anda menghubungi pihak MATIS? thank you in advance.

    ReplyDelete