Baked macaroni cheese
Bhn2 :
1 paket Macaroni or any other pasta
Bwg besar
Bwg putih
1/2 tin tomato puree
1/2 tin sos spegeti prego
1 sudu besar cili boh ( aku modify sendiri)
2 sudu besar air asam jawa ( aku modify sendiri)
1 paket daging cincang ramly
Lobak merah dipotong dadu
Tomato ceri
1 tin cendawan butang
Garam & gula
Cara2:
1. Tumis bwg besar+putih hingga naik bau.. Masukkan cili boh. Biar masak sedikit.
2. Masukkan sos prego & tomato puree.
3. Masukkan air asam jawa & daging cincang..biar masak skit.
4. Masukkan carrot, cendawan btg & tomato ceri. Perasakan dgn gula & garam. Biar masak.
5. Gaulkan sos dgn macaroni hingga rata.
Sos putih
Bhn2:
Tepung gandum
Susu segar
Lada sulah
Keju kraft
Mentega
Garam & gula
Cara2:
1. Panaskan mentega dan keju. Masukkan susu segar. Masukkan tepung gandum. Kacau atas api perlahan hingga dpt texture pekat.
2. Masukkan lada sulah, garam & gula.
- masukkan macaroni yg tlh digaul dgn sos dlm bekas.
-Tuangkan sos putih atas permukaannya.
- taburkan cheese mozarela/ parmesan..
- bakar dlm oven 180°, 40 minit atas bawah.
PEACH PUDDING CHEESE CAKE
Bhn A:
1 paket biskut marie
1 ketul mentega (250g)
Cara:
1. Blend biskut marie hingga hancur
2. Cairkan mentega.
3. Gaul mentega dengan biskut dan utk jdkan base cake. Tekan padat dlm bekas around 1cm thick.
Bhn B
250g cream cheese
2 kotak crystal jelly perisa oren
1 tin buah peach
1/2 paket agar2
1 tin susu cair
Cara:
1. Blend cream cheese dgn susu cair. Biarkan.
2. Masak agar & cystal jelly hingga hancur. Ikut instruction dkt kotak...gune 800ml air.
3. Masukkan agar2 & jelly yg dah masak dlm blender & blend sekali bersama beberapa ketul buah peach & sedikit air dlm tin buah.
4. Tuang atas base biskut td dlm bekas. Sejukkan.
5. Apabila separuh beku, susun buah peach atas pudding. Sejukkan. Sedap mkn sejuk2.
sis cream cheese dan susu cair nak masuk time bila
ReplyDeleteutk peach pudding ye? lepas masak jelly & agar2 tu tuang terus dlm cream cheese & susu cair yg dlm blender tu... blend skali semua...
Delete