CafeMom Tickers
Showing posts with label Info baby. Show all posts
Showing posts with label Info baby. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012

Hari ni 2 Ogos 2012, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh oleh Menteri Kesihatan di Auditorium Parcel E, Presint 1 Putrajaya. Aku ngan opismate ni sesaje jalan2 jenguk ke booth2 yg dibukak. Bangunan Auditorium ni sebelah bgnn opis aku jer. Xde la banyak booth sgt, kebanyakan adalah booth memberi info/ pengetahuan kepada ibu2, bakal ibu... Antara pengisiannya adalah teknik penyusuan, cara penyimpanan susu, cara memerah susu, penyediaan makanan bayi, booth2 barangan keperluan bayi, ibu, alat mengepam, penyimpanan susu etc. Semoga usaha ini dapat menggalak dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan dan kebaikan memberi susu ibu kepda bayi/ anak mereka. 
Sy support breastfeeding =p and i'm proud still bf my lil 11 month baby.







Wednesday, January 11, 2012

Owh...rambut gugur

Rambut gugur kerana baby anda menyemburkan air liur? Ye ke?
Bagaimana pula kalo baby tidak menyemburkan air liur tetapi rambut masih gugur.



Kebanyakan ibu baru akan terkejut mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan dalam beberapa bulan yang pertama selepas bersalin (aku start bulan yg ke-3), tetapi ini adalah perkara biasa. Dan tidak perlu berasa panik. Anda tidak akan botak (sure???). Rambut anda sepatutnya akan kembali normal pada hari ulang tahun pertama bayi anda (lamenye…huhu).



Ini apa yang berlaku. Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala anda tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari (rase mcm lebih je).




Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

Namun tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.


Apa yang boleh kita lakukan?
Anda tidak dapat memberhentikan rambut daripada gugur tetapi anda boleh mengubah stail rambut anda. Mungkin dengan memotong pendek rambut anda. Tambahan dengan kehadiran bayi dan kesuntukan masa akan lebih memudahkan anda menjaga rambut anda.



Perhatian buat ibu baru: Helaian rambut boleh membelit sekeliling bayi anda seperti di jari tangan, jari kaki, pergelangan tangan, kaki atau kemaluan. Ini dipanggil ‘sekatan darah oleh rambut’ (hair tourniquet) dan ini memberi kesakitan kepada bayi anda. Jika anda mendapati bayi anda menanggis tanpa sebarang sebab, cuba periksa samada terdapat ikatan rambut yang kuat pada bayi anda.





Friday, July 8, 2011

Baby & mommy stuff...

Checklist sy dah berupdate...actually slalu je update, tp x update kat sini...
ade skit2 lg brg nak dibeli...ade gak brg xde dlm list yg terbeli...hihi...syiok gile shopping brg baby, brg sendiri pon x complete lg...no...no...my target now, sblm 36 weeks, kene complete kan semuanya. Kalo tak, mau haru biru hidup aku.

Ha, kat checklist tu, tulisan merah blom complete, tulisan biru blom pack...






** Baby stuff**



sikit je baju baby kan...xpelah, lepas pantang nnt beli lg, takut baby cepat besar rugi lak




ni rompers/ bodysuit yg ummi beli mase gi US aritu, so save budget xyah beli =)

set tilam kekabu + sarung - custom made ikut permintaan aku. ni tempah kat kedai dkt opis aku, mls nak jln jauh2 cari...


sejibik mcm ni la playpen yg adik aku belikan..baby, say thanks to mak ngah..


Bath tub ni mak ngah yg belikan juge dr IKEA =)


Ade lg yg mak ngah belikan, sweater, 2pcs socks, 2 pasang baju. Lagi mak ngan nak beli ape? hihi... asyik2 mak ngah je beli, achick, pak su bile nak beli nih...mak tok sedang siapkan barut (dlm hati: siap ke tak barut tu, mama aku ni ikut mood die je nak jahit...haih)



**Mommy stuff**



set bersalin NR...aku beli dr blog kak Engku..murah je RM290.




  • tungku - dah ada, turun-temurun dr zaman mama


  • barut - mama punye yg kain pjg berjela2 yg kene lilit tuh, ummi kate Cik Sah nak bg 1, so x beli lg buat masa ni


  • maternity pad - aku beli yg kotek & sofy comfort nite yg 35cm


  • air selusuh, minyak selusuh - ummi dah bagi (minyak selusuh patut dah kene start minum, tp aku takut...hahahaha..)


  • akar siti fatimah - kene amik kat mama (bile nak start rendam benda ni???)


  • air zam-zam - blom amik kat mama, yg ummi bg ade skit lg.

yg blom beli:




  1. stokin


  2. disposable panties


  3. nursing bra - perlu tambah


  4. baju yg butang kat depan


  5. jeli gamat - alamak, x masuk dlm list, camne bleh lupe ni.

    sekarang tgh berusaha habiskan kerja mendobi, ni buat time blk keje/ weekend je...penat okeh.

Thursday, June 16, 2011

Sape nak kaitkan untuk sy???

Hehe...since semua member2 baik aku dok sibuk mengait nih, nak citer gak pasal kain2 nih. Aku sangat suka barangan kait nih, especially cardigan. Dlm hati memang teringin nak cube tp kemalasan mengatasi segalanya...hahaha... aku x penah mengait, dulu mama rajin gak la, tp die dah lama tinggal..pastu malas ajar aku. My MIL mmg sampai sekarang dok mengait ikut masa & mood die la. Sblm pregnant dulu, MIL ade bg buku, benang, jarum...aku try la buat tali air tu, nak start pon berjam2, last2 en.hubby tolong buatkan...how sweet =) mane tak nye sbb aku dah bebai sbb xjd tali air aku. Lepas tu aku terus x buat dah simpan dlm bakul x kuar2.




Sejak awal pregnant lg aku dah suh mama kaitkan, tp mama kate..jarum pon ntah ke mana..aku paham la maksudnye dia malas la tuh. Nak ckp kat MIL malu lak. Nak kait sendiri confirm x jadi...hahahaha..tau dah. Geram je aku tgk barang2 baby berkait yg kiut miut tuh...haih...sape nak kaitkan utk aku?




Comel2 kan...geram je tgk....




Source: google image search : crochet for babies


Wednesday, June 1, 2011

My checklist....and entering 3rd trimester

Ni checklist yg sempat dibuat...kalo tgk skit je baru barang yg dah dibeli...ade masa lg, tp takot dah x larat plak...and now i'm entering 3rd trimester...huwwaaa...mcm kejap je rase. Cuak..cuak...tarik nafas, relax, cool....doa & tawakal..semoga dipermudahkan segalanya.

Last week went for checkup, hb ok, bp ok, urine ok, baby ok, mommy x ok =( sbb berat naik lg...so esok kene gi wat MGTT test again...owh, my....pray that everything will be fine.




Monday, May 16, 2011

Baby cot or Playpen?

Hello everyone!





Banyak benda nak citer tp lets update satu2 la ye...actually i'm done my baby checklist dah start shopping skit2 for my beloved baby =) sy suke shopping!!! tp melihat kpd checklist yg dah dibuat tu adalah tersangat banyak barang utk dibeli. Al maklumlah me & hubby dua2 anak sulong, so xde kakak or abg yang bleh nak donate barang2 baby nih. nak tak nak kene beli la kan...Sbb banyak barang nak dibeli, kene bajet btol2...kalo bleh nak beli barang yg mmg berguna sesuai dgn duit yg dikeluarkan tuh, nnt membazir plak.

So now, tgh pikir nak beli baby cot ke playpen....mane lg berbaloi? ape bezanya dua benda nih? My planning, baby akan sleep ngan mommy time dlm pantang, lepas tu baby kene diajar tido kat katil sendiri...but beside mommy of course.

Kalo ikut hati, i beli dua2...tp mcm membazir je....



sweeeet kan? heart the baby cot!





owh pink...just love it very much! Baby cot ni pon menarik gak...




Menarik gak kan playpen nih...hmmm...




Any opinion???


Friday, May 6, 2011

Jom shopping!!!

Hampir-hampir terlupa plak pasal expo ni, nasib baik my sis ingatkan...


6-8 May 2011
Mom & Baby Expo 2011
Malaysia Largest Parenting Expo
The Most Happening Baby Fiesta is Happening on Mother’s Day 2011!

Location
Halls 1 2 3
Mid Valley Exhibition Centre

p/s: beriya je nak shopping...nak beli ape dulu pon x tau....huhu..

Monday, March 21, 2011

Botol susu bayi polikarbonat bisphenola (BPA) diharamkan


Hello...

just nak kongsi INFO dari email yg i br dpt dr opismate berkaitan botol susu baby yang ade BPA...

PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.


Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
    Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

petikan kenyataan akhbar dari Menteri Kesihatan:

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

p/s : nasib x beli lg...hehehe...anyway, bile masa yg sesuai nak start beli barang baby eh? ade org ckp bila kandungan 6 bulan ke atas...btol ke???