CafeMom Tickers
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

Inspirational Leadership

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan join Inspirational Leadership Podium bersama a tall, dark & handsome YB Khairy Jamaluddin semalam.

Sedikit background beliau, dilahirkan di Kuwait, dibesarkan di beberapa negara, Jepun (where he learn values and be such OCD sbb pentingkan kebersihan) , India, London, Singapore (where he learn to be patriotism).., Graduan Oxford in economic, social & ape tah lupe dah... pernah bekerja sebagai Economic journalist (pernah bekerja di Afghanistan, where he learn that religion is important to direct you in good things and unity).

so nak share skit la ilmu yg dapat semalam regarding leadership, ni pon berdasarkan sharing oleh YB, apa yg beliau lalui and bagaimana beliau menjadi beliau yg kini as a leader.

1) Get the best of yourself
always ask yourself, is that the very best u did? or u give? in anything u do...
have self criticism

2) Values - age 5-10, teach values to your child
timeliness - respect others time
cleanliness etc

3) Try to make our own country better
level of competitiveness
benchmark someone/ something to motivated u

4) How to structure society better
"what can we do..." facing the situation, always look for solution

5) Religion - believed that religion teach to do good things, bukan menggalakkan pepecahan/ kekejaman etc.
force for good
promote peace, unity... 

6) as in public service, do your job for more than just "tugas hakiki"


we have Q&A session too... ni soalan2 yg diingat la.

1) Q: how to manage bosses & dealing with senior officers
    A : respect elders, both ways respectful, not calling others even junior officer           just by name

2) Q: how to channel the idea, sometimes, boss not inline with us
    A: use diplomacy, mcm kipas tp bukan kipas... "kalau kite buat mcm ni ok tak? and your boss said boleh jugak, reply back saying, bagus idea boss" ha camtu...

3) Q: how to avoid org yg bermuka2... dpn puji our work, but kutuk kite at the back
    A: pastikan outcome clear, evaluations are transparent...abaikan ckp blakang
 
4) Q: what are the most obstacles & most regret in your life?
    A: obstacles: being son in law to ex PM
        regret: less talk to his late father (regret must be related to someone that          u love)
 

his motto when he 1st entered KBS, "more performance, less protocol..." 

leadership is that u must be on the ground... ask your team, "what u can do for me, and what i can do for u"..., "i give my back, u give your back"... camtu.

and regarding to health, youth, and TN50...

  • lifestyle - try to educate people that they must responsible on their own health and life!, government wasting a lot of money treating and dealing with NCD (non-communicable diseases) ape tu? meh nak citer...
Noncommunicable - or chronic - diseases are diseases of long duration and generally slow progression. The four main types of noncommunicable diseases are cardiovascular diseases (like heart attacks and stroke), cancer, chronic respiratory diseases (such as chronic obstructed pulmonary disease and asthma) and diabetes.
some of the penyakit tu adalah yg boleh dicegah melalui tabiat pemakanan. So people, eat healthy, live healthily... jom fit!

  • try to educate people on mental health. terutama screen addiction. not just to your child, but u can also be one of them. 
Most shocking of all, recent brain imaging studies conclusively show that excessive screen exposure can neurologically damage a young person’s developing brain in the same way that drug addiction can. 
sekian perkongsian serba sikit. Semoga bermanfaat.





Wednesday, February 20, 2013

Bismillah Enam


Jumpe ni mase blog walking...sesape tau and nak share pasal Bismillah ni silakan...







1.Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.

2. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.

3. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.

4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.

5. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.

6. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.


Ertinya :


1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”


Fadhilat dan Fungsi Bismillah Enam (6)
·                     Makbul segala hajat dan cita-cita.
·                     Luas rezekinya.
·                     Menang dalam peperangan.
·                     Penerang hati.
·                     Dijauhkan dari segala penyakit.
·                     Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
·                     Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
·                     Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
·                     Aman daripada binatang buas.
·                     Air laut menjadi tawar.
·                     Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
·                     Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
·                     Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
·                     Terselamat dari karam dilaut.
·                     Jika dibaca pada minyak malam jumaat sebanyak tiga kali boleh memudahkan perempuan bersalin jika meminumnya.
·                     Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
·                     Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.
·                     Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
·                     Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
·                     Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
·                     Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Wallahualam...

Thursday, August 2, 2012

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012

Hari ni 2 Ogos 2012, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh oleh Menteri Kesihatan di Auditorium Parcel E, Presint 1 Putrajaya. Aku ngan opismate ni sesaje jalan2 jenguk ke booth2 yg dibukak. Bangunan Auditorium ni sebelah bgnn opis aku jer. Xde la banyak booth sgt, kebanyakan adalah booth memberi info/ pengetahuan kepada ibu2, bakal ibu... Antara pengisiannya adalah teknik penyusuan, cara penyimpanan susu, cara memerah susu, penyediaan makanan bayi, booth2 barangan keperluan bayi, ibu, alat mengepam, penyimpanan susu etc. Semoga usaha ini dapat menggalak dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan dan kebaikan memberi susu ibu kepda bayi/ anak mereka. 
Sy support breastfeeding =p and i'm proud still bf my lil 11 month baby.







Tuesday, July 31, 2012

SANGKAAN TENTANG PUASA


BEBERAPA SANGKAAN TENTANG PUASA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah.
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.
Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.