CafeMom Tickers

Friday, August 3, 2012

Result Exam!

Result exam Master utk sem lepas dah kuar....
Cuak gak time cek tuh...Alhamdulillah. Keputusan adalah diluar jangkaan. Sama mcm first sem dulu...maintain! Kalo melihatkan aku yg x study ni, aku rase x layak dpt markah tu pon...tp mungkin hasil gorengan kreatif dlm paper final hari tu dan doa serta tawakal yg x henti2 membuahkan hasil. Alhamdulillah..syukur yg teramat sgt.
Terima kasih Ya Allah...Kau sentiasa bersamaku.
Argh...exam dah kuar maksudnya next sem akan bermula semula...aiyya...

Iftar with grill steamboat

Again...every year without miss mesti gi berbuka sesama opismate hubby kat grill and steamboat kat BBQ Land & Steamboat Kuang ni. rm22 sorang, xdela mewah sgt, ala2 kampung gitu...tp kenyang la..dah masuk JJCM memanjang ramai je orang, nasib book awal2. Kitorang adelah dlm 11 org, ramai lg xleh join sbb ade hal. Opismate hubby dah mcm opismate aku gak...hihi. Tq arr dok mengasuh anak aku tu. Kemain sukenye main si tecik tu tau, padahal ngantuk. 



muka budak x sabar nak ketuk meja...

Thursday, August 2, 2012

Gembira...motivasi!

Td one of my colleague ajak turun bawah cek BMI, blood pressure bagai. Katanya Bhg kawalan penyakit (eh ye ke? ntah bahagian mana ntah dlm kkm nih) ada provide mesin timbang yg bleh cek blood pressure, lemak semua tuh, free je. Mula2 malas gak malu la diorang tgk berat aku yg teroverweight tu kan. Tp pikir2 balik, timbang jela, dah lama x timbang nih... guess what???
.
.
.
.
berat aku dah turun 5kg tahu! sukenye, walaupon angka kat mesin still lagi besar, tp penurunan tu sedikit sebanyak memotivasikan aku utk turunkan lg berat nih. Kalo kurang lg 3 kg dpt la balik berat mase medical check up utk reg master dulu, masa tu x tau pregnant lg. Target nak turun lg 5 kg bleh? Cube setakat yg mampu jela, almaklum la still bf my lil baby. Chaiyyok...chaiyyyok!

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012

Hari ni 2 Ogos 2012, Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 peringkat Kebangsaan telah dilancarkan oleh oleh Menteri Kesihatan di Auditorium Parcel E, Presint 1 Putrajaya. Aku ngan opismate ni sesaje jalan2 jenguk ke booth2 yg dibukak. Bangunan Auditorium ni sebelah bgnn opis aku jer. Xde la banyak booth sgt, kebanyakan adalah booth memberi info/ pengetahuan kepada ibu2, bakal ibu... Antara pengisiannya adalah teknik penyusuan, cara penyimpanan susu, cara memerah susu, penyediaan makanan bayi, booth2 barangan keperluan bayi, ibu, alat mengepam, penyimpanan susu etc. Semoga usaha ini dapat menggalak dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan dan kebaikan memberi susu ibu kepda bayi/ anak mereka. 
Sy support breastfeeding =p and i'm proud still bf my lil 11 month baby.







Wednesday, August 1, 2012

Iftar @ sime darby cc

Last saturday, kami berkesempatan berbuka puasa bersama2 opismate hubby~KC. Bos KC belanja staf & keluarga. Makwe pakwe gf bf mintak maaf ye xleh bawak...ni mmg acara tahunan la setiap kali Ramadhan mesti ade berbuka sesame. Aku pon dah kenal bos, bini bos, anak2 bos KC ni hihi...plus diorang jiran PIL aku. Last last year iftar kat KLGCC, kali ni tukar selera plak. Aku lg prefer KLGCC... Kat SDCC ni...rimas skit r...susunan meja berterabur, sesak, susah giler nak gerak amik mknn..pastu mknn x variety sgt.. Rase ok jela. Ape2 pon tq Dato' blanje kitorang.


Tuesday, July 31, 2012

SANGKAAN TENTANG PUASA


BEBERAPA SANGKAAN TENTANG PUASA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah.
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.
Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.



Saturday, July 28, 2012

Raya with Jovian

hmmm...finally i managed to grab one of jovian collection for melaram di hari raya...hihi
mencabar btol...hari2 bkk zalora nak order, tp setiap kali tu la xleh nak add kat carte tu then stuck... bila call die ckp semua out of stock. Then i decide to call HQ butik 1st Lady, tanya kat mana ade jual Jovial collection. ade 2 je butik cawangan yg jual, 1 kat jln TAR, 1 lg kat Alam Sentral Shah Alam. Alamak...bile nak pegi ni, pergi lambat kang abis plak. On friday time rehat aku nekad dr putrajaya terjah ke jln TAR... nasib sempat grab 1, tp saiz L, aku aim saiz XL. Tp dah kat tgn berat plak nak lepas, try dulu lah...
Try tray sekali muat la pulok...mcm x caye je muat...cutting die besar kot. Aku aim color pink belacan tu, sekali yg ade hanya purple belacan, x kisah lah...
Setakat ni br ade 3 bj raya... target 1-2 lg. Raya ni raya sakan la skit, balas dendam last year x beli baju raya pon sebab xde saiz ok (last year kan pregnant yg bdn mengembang super duper x ingat)
Review on quality of the Jovian, xde la superb sgt. Kemasan die agak kureng skit, perincian die pon xde la yg mahal sgt sesuai dgn harga la kan. tp the design lain skit la...asik kurung moden, kurung pahang kan...

 i grab this design tp
color purple belacan