Arini 31 Dec 2009...kepada kawan2 yang sambut hari jadi hari ni, Happy Birthday! korang mmg yang paling bongsu la setiap tahun.
Esok adalah 1 Januari 2010...hari Jumaat. Sangat baik sebagai permulaan tahun baru. Beberapa jam lagi sebelum 12 tgh malam, dah pikir ape azam/ impian pada 2009 yang belum tertunai/ terlaksana? Mari pikir dan tuliskan supaya kita boleh muhasabah diri kite, cari punca sebab x tercapai dan cari jalan penyelesaiannya. So, untuk tahun 2010 kite boleh senaraikan azam baru (tp x semestinya baru, azam yg lama x tercapai pun boleh diteruskan jika membawa kebaikan la) supaya menjadi panduan dalam setiap perkara yang kite buat nnt.
Azam sy 2010 :-
- Hidup bahagia bersama suami tercinta
- Menjadi isteri yang mithali & solehah
- Menjadi anak yang solehah yg berbakti kpd kedua ibu bapa
- Menjadi teladan pd adik2
- Mau pergi honeymoon kali ke-2 di seberang lautan
- Kalo ade rezeki, ingin kehadiran benih dalam rahimku
- Punya rumah sendiri
- Menjadi pekerja yang cemerlang
- Sentiasa mendapat kemurahan rezeki
- Menambahkan ilmu setiap hari (x kisah la ilmu ape2 pun, janji ilmu yg berguna)
- Yg paling penting sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya
Amin. Semoga akan dikabulkan segala impian yg diiringi doa & usaha berterusan.
Selamat Tahun Baru 2010!