CafeMom Tickers

Friday, December 29, 2017

Orentasi Hafiy & OT Zafry

Assalamualaikum...

Semalam adalah Hari Orentasi Darjah 1 sekolah Tmn Melawati. Hafiy sgt relax, mama ayah beria pesan mcm2. "Hafiy tau la mama, nnt dah abis Hafiy tunggu mama kat pintu belakang". confident ok. Hai la anak aku ni. Hafiy mmg agak berani, confident and peramah. Risau jugak aku. Ada masa mungkin terdedah bahaya. sekolah dekat sgt dgn rumah tp still pergi naik van, blk aku amik. Hafiy ckp die bleh balik jalan kaki, tp M'sia kini x mcm M'sia dulu.... aku dulu sekolah jauh pon berani je gi jalan kaki. Allahu....mintak dijauhkan dari sebarang perkara yg x diingini.

Pagi2 siap mandi, sarapan...gi hantar adik2 gi umah nanny. Mama ayah both cuti. Kami bertiga ke sekolah. Daftar ke hadiran, masuk kelas. Hafiy masuk kelas 1 Bijak. mula2 ni sekolah atur ikut tarikh register. Dah masuk kelas, tgk meja tengah dah penuh. Hafiy nak dok depan kat tepi, tp aku ckp xde kawan, Hafiy dok la tengah tp blakang skit. Hafiy x nak, cikgu kelas perasan "Takpe puan, dia nak dok depan, bagi die dok depan" ok cikgu. Mama die ragu2 nak tinggal die kat kelas tp die bleh buat relax je x layan mama. Mama ayah kene gi dewan ade taklimat.



Sesi taklimat dimulakan dgn ucapan guru besar, pk petang & PPD Gombak. Sekolah ni ambil maklum tentang latar belakang murid yg dtg dari pelbagai jenis pra sekolah, so x fair nak buat exam untuk tentukan kelas tuh awal2. So 2 minggu pertama sekolah akan mengajar, minggu last akan ada assessment dan pembahagian kelas akan dibuat pd Jumaat minggu ke2 tuh berserta jadual kelas. 2 minggu pertama x perlu bawa buku teks/ lain2. hanya bawa alat tulis dan color. Nice kan? So mak yg neves...hahahaha... Lain-lain, banyak jugak tips yg dikongsi cikgu. antaranya:
  • Brain gym activity - ketuk ketampi
  • makanan otak - air kosong (jgn bg anak minum air tin)
  • excercise kuatkan tgn utk tulisan cantik - monkey bar & penggunaan gunting
  • tingkatkan sensory anak - main pasir
lepas habis taklimat gi amik Hafiy kat kelas, cikgu cakap die ok, tanya ape semua jawab. Hafiy ckp cikgu bg lukisan, kene warna & tulis nama bg kat cikgu. Aku plak lupe letak color dlm beg dia. Hafiy ckp die pinjam kawan, kawan nama Qayyum. Mujo jugak anak peramah =p dapat kawan baru.


Balik rumah kami balun 2 biji durian. hahaha tido kenikmatan kejap. Pastu gi amik Zafry sebab ade sesi Occupational Therapy kat HKL. Terapis assess Zafry masih x good in balancing. Gayat masih ade. Kaki die pon nampak mcm flat foot, so aku kene cari kasut khas untuk die. or any shoe yg ade support kat tgh tapak kaki tu supaya die selesa. Terapis ckp die akan sakit pinggang kalo berjalan lama2. No wonder bila bawak jalan die akan mintak dukong halfway. Cian Zafry. Zafry nampak mcm terlalu sensitif...deria rase kulit/ badan die. Die x nak main Plasticine/ slime benda melekit tuh.. so terapis akan berus kulit tgn & kaki die guna berus khas... dulu nak potong kuku pon x bg sbb xnak bg org sentuh die. Now dah ok, cume korek telinga masih gagal. Terapis advice massage telinga die dulu dan rajin2 buat senaman sendi/regangan otot die.

ni bukan main saje2 tau, die uji tahap kesabaran anak, kenal warna juga

Selesai sesi OT, makngah die ajak teman ke MId Valley cuci mata. hahahaha apa lg on la...

how i wish i'm in London =p
makkaugemoklagi='(
bilanakkurus


Tuesday, December 26, 2017

Persediaan Sekolah Anak

Assalamualaikum...

Hari ni nak share persediaan anak nak masuk Tahun 1. Lebih kepada persediaan barang-barang. Since i olls xde pengalaman lg, so xleh nak share yg lain2. Jom kite cek sesame kot2 ade yg tertinggal.


  1. Baju sekolah
    • 3 pasang
    • tag nama
    • lencana
    • tali leher
    • tak perlu tali pinggang, satu hal nak ke toilet nnt
    • x perlu kot sampai 5 pasang sbb nnt tgh tahun kene beli baru sbb dah belacan/ kusam/ comot or dan singkat/ senteng
    • x perlu beli 2-3 kali saiz besar, sbb x sempat pon pakai tahun depan, dah belacan/ kusam =p
  2. Baju sukan
    • tshirt 2
    • seluar track 2 (better cotton senang serap peluh dan tak gatal)
    • label nama
  3. Singlet - 2 helai
  4. Kasut sekolah
    • 2 pasang - 1 pvc, 1 kanvas
    • kapur kasut
    • label nama
    • x perlu bertali, jenuh la oii
  5. stokin - 3 pasang (standby a few pasang lg)
  6. beg sekolah - label nama/ tag (biar jelas kot2 ade yg same design nnt)
  7. Wallet - yg simple senang isi & ambil duit
  8. botol air & bekas makanan - label nama
  9. alat tulis + color
    • label nama 
    • beli stok banyak
    • sharpener beli yg ade bekas senang die sharp
    • pensel 2B je, mekanik tu kang koyak buku
    • color, i prefer staedtler Luna 
  10. buku sekolah
    • sticker color2 untuk label hari (ikut jadual)
    • pembalut buku
    • buku tulis beli lebih
  11. cop nama - nama anak panjang, senang cop je =p
  12. sticker nama - untuk letak kat setiap batang pensel/ color/ brg2 lain
  13. Poket Fail - untuk letak segala surat/ urusan sekolah anak.

i olls is so nerves....hahaha... Alhamdulillah jugak sbb workplace baru ni, i olls agak lengang... harap bleh adjust masa untuk amik anak sekolah & monitor kerja sekolah anak. Permudahkanlah Ya Allah...amin.

Thursday, December 21, 2017

Performance Day - MFZ

Assalamualaikum...

Tak sempat lg share pasal Performance Day sekolah Zafry. Zafry ni special skit, bukan autisme tp something related to genetic kate doktor la, Doktor pon buat assumption je, sbb test kromosom aritu fail. aku detect die speech delay...terus check up dkt HKL, jumpe pakar kanak2. She suggest immediately aku kene hantar ke EIP (early intervention program) which include OT(occupational therapy) and ST (speech therapy). Tp costly oiii, upfront RM5K, bulan2 RM2500. Adoii... ade yg based on sumbangan tp aku kene hadir 2 hari setiap minggu. mane la cukup cuti aku. Cari punya cari aku decide hantar ke Kinderkaizen. Kinderkaizen amik budak2 special ni. Including autism. Learning through playing camtuh. Zafry pon join dlm bulan 6 kebetulan mase tu ade kekosongan. So far xde masalah teacher nak handle dia, dia ok je gi school hari2. Cuma thn ni x dpt la nak continue since xde org nak amik die. Nak sampai petang pon, aku x sempat, sbb school die jauh skit. 

So far sejak ke playschool, vocab dah bertambah, doktor genetik pon notis benda tu. 1st meet only ma (mama) & yah (ayah), now dah mcm2 boleh sebut, mama & ayah pon dah jelas. Tahun depan aku hantar ke Little Caliph fullday. Mujo jugak LC nak terima, aku mmg bgtau awal2 Zafry problem speech delay and still pakai pampers. Teacher positif nak jage die, so aku harap ade banyak la improvement die kelak. Masih meneruskan sesi terapi OT & ST di HKL. OT setiap bulan sejak Mei lepas, cuma ST ni agak ramai, so schedule die jarak2, 2 bulan sekali camtu.

Back to performance day Kinderkaizen...bukan graduation, lebih kepada gathering, every student dpt award on kelebihan masing2. xde assessment, performance pon xleh expect perfect since student dr pelbagai kategori.









Wednesday, December 20, 2017

My youngest son - MFA

Assalamualaikum

Arini nak cite pasal budak kecik yg gebu ni... yg bongsu buat masa ni.. insyaAllah. Muhammad Fariq Aiman. Awal disember aritu ade check up 2 thn setengah. xde ape sgt pon, timbang berat, ukur tinggi, tgk perkembangan die. 17.5kg ok! BMI terlebih skit dr chart...OMG hahahaha... mmg Aiman senang makan. Orang makan ape pon die nak rasa. Aku stopkan susu pediasure. Sebenarnya susu pediasure aku beli utk abg die si Zafry sbb kurus nau. Tp sbb mls beli bnyk jenis, kang si maid pening, aku bg susu yg same untuk si Aiman. Sudahnye, abg x gemok2, adik plak gebu kemain. Now bagi susu dutch lady je, malam masih bf...selagi ade susu badan ni, bagi jelah, biar kering sendiri.

Alhamdulillah mudah jugak la besarkan Aiman ni, x banyak ragam. sebelum 2 tahun die dah makan sendiri, suap sendir. guna tngan or sudu/garfu. Die cepat pandai cakap, so mmg ape die nak die bgtau. Bercakap mcm orang tua... mengomel kemain. dan never ending questions.... keep on asking everything. Mama yg pening hahhahaa... Aiman jugak yg banyak ajar abg die si Zafry.

"nape mama amik Aiman?"
"bye mama, hati2 ye"
"bye nanny, esok datang lagi"
"Áiman nak mandi oyang2 (sorang2)"
"mama, zafry kan die buat aiman"
"Aiman nak gi alan2 (jalan2)"
"mama tak leh..ni aiman punya"
"Aiman tak nak kawan mama"
"oyi (sorry) mama"

Tp mama x berkenan die nye perangai suke gigit org. Jgn la carik pasal dgn die, kuis die skit, die bleh jeling lg, ade je budak pukul or baling barang kat die, die terkam gigit. Zafry la slalu buat camtu kat die. Dua org ni mmg xleh dok dekat, mesti gaduh. berparut2 si Zafry di gigitnye. Mama kat tengah pon sempat lg die gigit. Mencabar btol!








"mama, aiman nak school" dok mencari jugak sekolah yang nak amik budak 3 tahun dan transport plak nak kene pikir. xpelah nak, 4 thn jela awk gi school.

Friday, December 15, 2017

Darah Selepas Keguguran

Assalamualaikum...

Hari ni nak share skit jawapan kepada persoalan sy... Since 1st time alami keguguran, banyak nau soalan akak oii... makanya google search la. So terjumpa jawapan yg mudah paham nih.


DARAH SELEPAS KEGUGURAN; Adakah ia nifas?

Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid?

Jawapan;

1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian.
Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak). 

3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid). 

4. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita tersebut dianggap tidak bernifas.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang nifas, sila baca di laman FIQH ANDA, di bahagian Darah-Darah Wanita.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.my/2011/03/darah-selepas-keguguran-adakah-ia-nifas.html

Thursday, December 14, 2017

Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Assalamualaikum...

ha mesti berita ni yg korang tunggu kan... ahakz...

Boleh la plan saving untuk cover gap yang lama tu ye... Especially untuk bulan Februari & Jun. Ogos juga jgn terlebih belanja =p