Monday, February 6, 2017

Youngest son

Assalamualaikum... lama x menaip... bz memanjang. 

My youngest son skrang dah 1 thn 8 bulan.. Fariq Aiman! 


Oh mak aiii... ini budak aaa.... super aktif, super bijak, super x nakal, super segala benda. Hahahaha... maktok nanny pening layan die. Sape kenal die tau la... kuat nyakat org, die plak dok mengajar abg die si Zafry tu. Panjat meja, panjat tangga, punggah peti ais... Pandai cover, kalo mama marah, dua2 kene marah. Aiyyooo... 

Gigi dah hampir penuh... cakap kemain, tp yg ayat pjg2 die sebut hujung jela. Mama, ayah, abang, nanny, tkii (tokki), tok (maktok & atok), kakak, cat, bird, dog, fish, car, abc...123.. peace, pin pin (upin ipin), boboi (boboboy), nak, nanak (tak nak).. yg lain sebut hujung jela... alhamdulillah... pendek kate paham la ape die nak, ape die cakap... smlm pegang tgn mama... "Mama....,nak kek" amboi... hahaha die suke makan. Makin gebu. Kalo suh bace doa... die tadah tgn tunggu kite bace... die sebut amin je. 

Alhamdulillah masih ade rezeki menyusu badan. Cume dah campur la sbb die x nak minum ebm tu, tp kdg2 die teringin susu mama mase siang tu, die minum ebm sejuk. Mlm mmg bergayut jela. Semoga tercapai la cita2 mama menyusukan aiman sampai 2 thn.. insyaAllah...


Thursday, December 22, 2016

I need a holiday lah! To Seoul I wish… #MyTravelokaEscapade

Assalamualaikum.

Tahun 2016 dah dipenghujungnya.. dush dush…. Setiap tahun memang ade simpan keinginan dan target nak pergi bercuti, tapi asyik je tak kesampaian. Tahun ni aku focus kerja. Bekerja keras, sepenuh jiwa raga tau, ahaks… Tolong la paham bos. Tahun ni aku sempat pergi ke Bandung je. Tapi cuti tahunan abis, camne? ish ish ish… Aku dah study dan plan itenary nak ke Korea ni beberapa tahun dah, tapi ada je halangan. Mak anak ramai kan…banyak komitmen pulak tu. Banyak keperluan lain yang lebih penting dari menunaikan hasrat hati bercuti. I wish next year tercapai la hajat nak bercuti ke tempat idaman…Seoul! Traveloka.com.my via #MyTravelokaEscapade contest tolong jadikan impian saya satu kenyataan! Please…please…please… hahaha…


Why Seoul? Tak payah cerita banyak pon korang mesti tau kenapa kan. Tambahan pulak penggemar cerita Korea. Hero Korea yang handsome. Aku ni bukan la peminat tegar citer Korea, sejak jadi mak budak memang takde masa nak layan drama-drama ni. Aku jatuh cinta dengan keindahan semulajadi especially masa musim luruh. Cair beb! Kriteria memilih tempat percutian yang aku pilih mestilah tempat yang cantik, yang lain daripada Malaysia. Ada aktiviti untuk dibuat seperti taman tema, anak-anak pon tak bosan berjalan dan ambil gambar je. Ada tempat shopping untuk bawa balik buah tangan sebagai kenangan.

Korea Selatan adalah Negara Asia yang mempunyai 4 musim. Nak pergi Eropah macam jauh sangat dan mata wang sangat tinggi. Seoul ni kira dekat la. Mata wang pon dalam 3x ganda duit Malaysia je.

Musim Bunga (Mac – Mei), Musim Panas (Jun – Ogos), Musim Luruh (September – November) dan Musim Sejuk (Disember – Mac). 

Jika nak menikmati keindahan bunga-bunga terutama sakura, pergi lah masa musim bunga, indahnya la hai, berwarna-warni. Ahh untuk peminat bunga macam aku ni…uishh! Musim luruh dapat tengok daun-daun bertukar kekuningan dan berguguran, cuaca pon ala-ala sejuk tak beku gitu, nyaman. Suasana  musim luruh memang romantik sangat, sesuai untuk berbulan madu…eh?! Hahaha.. Terdapat juga pelbagai Festival Musim Luruh seperti Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Musim sejuk pulak dapat main salji tapi tak tau la boleh tahan ke tak cuaca sejuk terlajak tu. So pendek kata memang teringin bercuti ke sana sebab nak menikmati keindahan dan nak tengok juga persekitaran negara maju macam mana kan… bleh upgrade minda skit, anjakan paradigma! Meleleh je air liur tengok orang publish gambar bercuti di Seoul, Nami Island dan Jeju Island.. uwwaaa jeles! Nak jugak… nak jugak…

Seoul juga macam sesuai nak bawak family dan anak-anak kecil bercuti. Banyak tempat menarik nak bawa anak-anak jalan. Antara tempat-tempat menarik yang menggoda dan menjadi igauan aku….


1 Cheonggaecheon
Terletak di tengah Bandar Seoul


2 Seoul Central Masjid di Itawon

 
      3  Seoul Namsan Tower


  



      4  Gyeongbokgung Palace dan Changdeokgung Palace










   5    Samcheongdong dan Bucheon Hanok Village






6 Everland




 7    Seokchon Lake dan Lotte World
    Bukan takat budak je enjoy, mak ayah boleh join jugak kat sini.



     8  Haneul Sky Park

  
         9  Nami Island


    tempat penggambaran cerita Winter Sonata

pelakonnya adalah...
 

Dah puas jalan baru la gi shopping. Mana nak tuju? Ni antara tempatnya:


1.    Namdaemun Market
Pasar terbesar di Seoul untuk shopping souvenirs seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch.



    2.    Myeongdong Shopping Street
Di sini terdapat banyak kedai barangan branded dan butik-butik popular. Barangan disini mahal sikit tapi cantik dan berkualiti. Barang-barang kosmetik sangat banyak dan popular kat sini.
 


    3.    Gwangjang Market 
    Boleh shopping fabric macam korean silk atau cotton




    4.    Insadong Art Street


    5.    Dongdaemun

                                                                                                             


Amacam? menarik kan tempat-tempat untuk dilawati di Seoul... Tula yang aku teringin sangat nak pergi bersama suami dan anak-anak. Sambil planning, kita kene menabung juga. Kalau ada yang sponsor lagi la bagus kan, bawak duit poket je. I need a holiday lah! To Seoul I wish… #MyTravelokaEscapade

do visit Traveloka.com.my if u plan to travel

Wednesday, November 16, 2016

Family day opis - 4-6 nov


Kursus dan family day SIP

hoyeh... berjaya jugak adakan family day kali dan. tahniah kpd aku sbb dpt join... kihkih... 

untuk aktiviti SIP ni, seksyen aku mmg ade buat kutipan wang setiap bulan, untuk aktiviti sosial seksyen kami, mmg x gune peruntukan gov la.
best ade bos yg sporting, sosial, sosial jugak...kerja kene jalan ye.
the best bos ever..syok keje di seksyen ni.
mmg ikotkan seksyen kami 2nd pressure la, kami kan handle projek2 kkm, tp ada masa kami jadi anak tiri je...

klah... sebelum kami berjimba dkt family day ni, kami kene attend kursus dulu.

event pada 4-6 nov 2016 di Gold Coast International Resort, Morib.


Jumaat ptg sesi pendaftaran, malam tu kami ade kelas.
sabtu pagi pon ade kelas lg. ptg tu kul 3, baru ade sukaneka.


untuk sukaneka, group kami kene pakai tshirt merah. ade acara dari kanak2 berusia 1 tahun, hinggalah ke dewasa. aku mmg x dan nak join la weh...yg 2 ketul ni melekat je. Hafiy pon join 1 game je, dok ralit main pasir.
time ni la nak gelak sepenuh hati...syiok ok!




   



 my heroes, cinta hati sy =p

little aiman
 

lepas sukan ade yg terjun waterpark.
anak3 dah ngantok... kami naik tido jela.

malam ade dinner.
ade karaoke
menu ade kambing, ade udang, ade ayam bakar...
mee kari, etc
 






 engineer, ta, drafter, pt

dgn mak yong..bos 48, perut x nampak pon tp tgh tunggu hari je, gagah join family day lg...hihihi...

aku mmg x snap gambo makanan... makan mane sempat je, pastu dok kejar anak...haih. gambar tu pon amik lepas antar anak3 naik bilik, aku turun balik sebab blom dpt hadiah cabutan bertuah. yg bestnye semua dapat hadiah, cabut nama, then hadiah dah label ikot nombor, nombor cabutan ke brape.
 gambar sefamili xde ='(

ahad pagi lepas breakfast terus balik... ptg husband niaga.




Birthday Oktober

Assalamualaikum...

cerita basi...
sempena birthday mama dan adik bongsu pada bulan oktober
biase tunggu birthday i skali, tp time x kene
so kami pi makan2 dulu...
i blanje mkn, angah blanje kek, deal!
mkn kat fiske steakhouse je pon, sbb ayah suka makan sini, mknn sedap, servis pon cepat.





mama turned 57th
Imad turned 21st
Hepi birthday to both of u.  Luv u both
Semoga sentiasa sihat, gembira, bahagia dan selamat dunia & akhirat
semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati mereka..
amin.

Saturday, November 12, 2016

1st November...

1st november this year... I've turned 33! Omg.... Tua nye. Never mind its just a number.. Hahahaha ayat sedapkan hati.

Smoga thn akan dtg lebih baik.. Rezeki melimpah ruah, sihat tubuh badan, berjaya, bahagia, slamat dunia & akhirat..amin!

Roses yg sentiase mencairkan hati. Tq husband!


Ariani pastel pucci shawl... Terjatuh cinta, lupekan naelofar jap.


Thursday, October 20, 2016

Jom sihat! Jom kurus!

Assalamualaikum...

Sihat ke? Ingat tak mase start puase dulu  aku ade ckp pasal cabaran kurus?

Aku x kurus pon lg...hahaha... Ade la pengurangan, sehingga kini aku baru loss 3.4 kg.... Aritu aku target 8kg kan?! So masih ade 4.6 kilo lg lemak degil. Chaiyyokk... Kali ni mmg lemak degil btol lah. Mase bersalin anak ke2 dulu, aku amik mase 10 bulan je nak kurus blk... Haih... Ni anak no3 dah nak masuk setahun 5 bulan kot. Sadiss.... Umur makin meningkat, metabolisma makin menurun la ye dak... So effort kene berlipat ganda la kan. 

Tp aku xleh diet extreme since masih breastfeed anak no 3. Harapannya kali ni biarlah sampai ke umur 2 tahun, tp dah campur jugak susu tu, bukan sbb x cukup, tp die xmo minum ebm :( kesian die x minum susu langsung siang hari, so mil aku campurkan ebm+ pediasure. Br nak minum...tu pon x  banyak. 

Klah... Matlamat utama aku nak sihat, nak ringan badan...kurang penyakit nak hinggap... aku perlu sihat utk urus keluarga & besarkan anak3.

Kedua nak kurus jugak... At least sampai aku selesa pakai baju2 aku. Maksudnye x nampak gumpalan lemak2... ;p dan self confident!

Ok la meh nak share rutin kesihatan aka nak kurus aku tu... Ni cara aku lah...

Pg sblm breakfast aku akan minum ephyra... Sebagai supplement, tingkatkan metabolisme etc


Lepas tu sampai opis aku akan mkn buah (betik/honey dew/ kiwi), mkn kuih 4 ketul & minum nescafe. Aku perlu minum air manis to boost up my energy, idak le lemau je. Dah la dok dkt bilik bos, kejap2 panggil...dah mcm p.a no2 plak.

Minum air 1.5 liter

Pukul 10.30-11 pg aku makan buah. Pam susu.

Lunch kul 1... Aku mkn ape yg terase nak makan tp limitkan kuantiti utk cukup kenyang. Kadang2 nasi, tp 1/2 mangkuk je or bihun sup/ tomyam or subway

Minum air lg 0.5 - 1 liter...
Pam susu

Ptg kalo lapar otw drive balik aku kunyah biskut oat.

Mlm mkn dgn husband. Mkn ape yg die nak makan...nnt kecik hati aku x teman. Tp aku sebolehnye elakkan nasi. 

Lepas mkn aku mkn omega guard shaklee & jamu sblm tido.

Aku akan pastikan aku membuang air besar setiap hari.

Jogging setiap weekend either sabtu or ahad. Sebelum ni aku jogging dlm 2-3 km je, skrang aku try gandakan ke 5-6km.

Sesekali aku mkn jugak ais krim/ frappe kalau teringin. Balance kan balik dgn air kosong. Calories in, calories out...



Skarang aku dah muat baju2 lama. Inch loss lg banyak dr weight loss. Beli baju pon saiz uk12, L... Ade yg muat M jugak. Syiokkk...!

Next target... Nak loss 4.6 kg by end of this year. Smoga tercapai la misi aku ni. Yg penting xleh stress...relax2 saje!

Jom sihat! Jom kurus!