CafeMom Tickers

Thursday, November 24, 2011

Fariq join contest...jom VOTE beramai2

First time Fariq join contest...skali dua contest mama masukkan...hihi
so dear aunties & uncles, please VOTE fariq k.

BABY STYLO CONTEST

untuk vote...
1) click page One Baby World (facebook) & LIKE k.

2) click gambar Fariq & LIKE

Thursday, November 17, 2011

Mode gembira =)

Hari2 pon gembira tp hari ni sgt gembira...hahaha...anak x sihat bleh plak bergembira ye. Sila ketuk kepala sendiri...aiyyak...

Sebenarnya td telah mengalami kemurungan memikirkan xde baju cantik nak ke wedding yg berlambak2 jemputannya sempena cuti sekolah ni. Baru berkira2 nak beli baju baru...tp rase membazir plak bila tgk baju2 aku yg berlambak dlm almari ni, yg baru sekali pakai pon ade...haih. last 2 weeks dah try tp x muat...nak try lg ke tak nak...kang sakit hati je bile try x muat... tp mcm ade suara kuat mengatakan "alah, try jelah" sekali MUAT ok! hahahaha...mcm mane mak x suke.... rase nak lompat bintang 100 kali tanpa henti...walaupon kat dada tuh ngam2 jer...nak wat mcm mane kan.
tp kalo naik atas penimbang sure berat still same je. last 2 weeks timbang baru turun lg 2 kg...utk achieve berat sebelum pregnant perlu turunkan lg 9kg! utk achieve berat masa kawen perlu turun lg 14kg...aiyyakk...bila la mimpi nak jadi kenyataan nih...

Lantak la...berat tu lame2 turun la...(jgn naik plak tau) yg penting shape perlu kembali dulu... tp lemak kat perut ni degil btol la...sila rajin sit up ok (nasihat utk diri sendiri). Apa2 pon aku gembira x payah beli baju baru (kalo beli baru kan lg best...tp beli saiz besar skit adalah tidak best ok).


pict taken during my SIL wedding - with my mom & my sis

Monday, November 14, 2011

Breastfeeding: Kesedaran

Salam semua. sorry lama x story mory...bz skit coz my SIL kawen kan. walaupon x menyumbang tenaga sgt tp sumbangkan masa pon ok la kan...hihi.

talking about breastfeeding, alhamdulillah sehingga kini diberi Allah rezeki utk menyusukan Fariq. Niat/hajat dihati nak susukan die sampai umur 2 thn kalo diizinkan Allah. Allah dah bg rezeki nape ko x nak susukan anak sendiri??? Masya Allah, rupanya kesedaran tentang breastfeeding ni masih kurang terutama dikalangan masyarakat luar bandar. Sedihnya....

Masa wedding my SIL, kaum kerabat dr kampung dtg la bertandang ke umah PIL. Bila Fariq nangis nak susu, aku pon angkat die masuk bilik nak bf...tetibe ade suara2....
"kak bg susu dada ke?"
"nape x campur dgn susu tin? kerja nanti mcm mane?"
"kene bg susu tin, nnt susah nnt"

aku paling x suke org ckp mcm ni...hello...susu ibu itu adalah susu yg paling baik...nak susah apenye. Aku x rase susah pon yg korang nak susah utk aku nape? aku sayang anak aku, aku nak bg yg terbaik utk die...korang x sayang anak lantak la..nak pikir senang korang aku x kesah.
Emo kejap...
Cuba korang pikir, sekarang ni mcm2 penyakit ade...seboleh2 nya bf la anak sendiri utk imunisasi die. Mmg takdir Allah kita x boleh nak nafi, tp usaha utk kebaikan pon dituntut kan. Prevent is better than cure what...banyak kebaikan susu ibu ni selagi mampu cuba la susukan anak sendiri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasti ada jalan! nak x nak je. Sedih la bila masih ade yg berfikiran mcm ni...lain la kalo x diberi rezeki olehNya, itu aku paham.
Meh sini nak bgtau khasiat susu ibu ni...

Kebaikan
Untuk bayi :

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/PenyusuanSusuIbu.php


Susu ibu adalah penawar terbaik bagi bayi yang mengalami cirit-birit, gangguan sistem usus, jangkitan saluran pernafasan dan keradangan akibat serangan virus atau bakteria pada telinga.

Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah untuk mendapat pelbagai jangkitan atau masalah kesihatan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk menguatkan badan si kecil menentang serangan bakteria.

Secara umumnya, susu ibu adalah makanan yang lengkap — ada protein, vitamin dan mineral; semuanya penting untuk membentuk sistem pertahanan badan bayi dan membantu pertumbuhan serta perkembangannya.

Susu ibu sebenarnya mengandungi banyak faktor-bio yang kompleks. Faktor-bio adalah bahan yang memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan. Faktor ini membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi yang diberikan susu badan.

Antara faktor-bio utama yang dikenal pasti dan ditambah dalam susu formula ialah nukleotida, rantaian panjang asid lemak tidak tepu (LCP) seperti asid arakidonik (AA) dan asid dokoheksanoik (DHA), selenium dan karotenoid.

Selain itu, susu ibu mengandungi faktor anti-mikrobial yang berfungsi menentang bakteria dalam usus (seperti laktoferin, lisozim, IgA, lipid dan oligosakarida); anti-keradangan (contohnya prostaglandin, kortisol, epitelial, faktor tumbesaran, asid lemak tidak tepu) serta perangsang sistem imunisasi (seperti sitokinin dan nukleotida).

Sistem pertahanan

Seperkara lagi, susu ibu juga ada satu bahan dipanggil limfosit yang meningkatkan sistem pertahanan badan, manakala faktor bifida membantu pertumbuhan bakteria berguna, Lactobacillus bifidus dalam usus.

Bunyinya mungkin terlalu ilmiah, tetapi ini antara ‘bahan penting’ dalam susu ibu yang sudah dikenal pasti. Susu ibu memang unik dan ia digunakan sebagai piawaian untuk pengeluar susu formula.

Sehingga kini belum ada susu formula mampu menyaingi khasiatnya kerana ada beratus-ratus faktor-bio belum dapat ‘ditambah’ ke dalam susu formula.

Pensyarah Kolej Perubatan dan Kesihatan Umum, Universiti South Florida, Dr Jane Carver, berkata kajian membuktikan kanak-kanak yang diberikan susu ibu membesar dengan lebih baik dan cepat.

Katanya, kanak-kanak yang dibesarkan dengan susu ibu didapati lebih cerdik, mendapat keputusan baik dalam pelajaran dan kecerdasan ini dipercayai berlanjutan sehingga dewasa.

“Sememangnya khasiat susu ibu tiada tandingan. Bahan penting susu ibu seperti AA dan DHA membantu perkembangan neuro (sistem saraf) dan otak yang lebih baik.

“Susu ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting dalam sistem pertahanan badan bayi. Ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan anti keradangan.

“Selenium pula berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan kemusnahan membran sel dan merangsang proses pembesaran,” katanya ketika perbincangan media mengenai faktor-bio dalam pemakanan bayi anjuran Wyeth (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini.

Susu badan sangat penting, terutama kepada bayi pramatang (tidak cukup bulan) kerana organ mereka belum berkembang sepenuhnya ketika dilahirkan. Malah, kebanyakannya mengalami masalah kekurangan berat badan dan mudah mendapat jangkitan.

Kajian epidemiologi dan klinikal menunjukkan susu ibu yang kaya karotenoid mampu merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan retina mata dan displasia bronkopulmonari (perkembangan paru-paru yang tidak normal).

Susu ibu adalah makanan yang steril. Justeru anak yang mengalami cirit-birit dan diberikan susu ibu akan terhindar daripada jangkitan bakteria atau virus berterusan.

Kandungan nukleotida dalam susu ibu juga mampu menguatkan sistem usus dan imun bayi. Ini juga sebabnya bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah mengalami cirit-birit.

“Malangnya, ramai ibu berhenti memberikan susu ibu apabila mereka kembali bekerja. Walaupun susu formula juga ada banyak khasiat, ia belum dapat menandingi susu ibu kerana kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan anak.

“Berikan susu badan kepada anak walaupun sedikit, tetapi anak tetap akan mendapat banyak manfaatnya. Pemakanan ketika kecil akan memberi kesan besar apabila anak dewasa. Justeru, jangan bazirkan anugerah yang diberikan,” katanya.

Sumber:Harian Metro

http://permatahati.wordpress.com/2006/07/07/susu-ibu-penawar-terbaik-untuk-bayi/

Fikir-fikirkan...selamat beramal =)

Friday, November 4, 2011

Bawak anak keluar...tips?

Hmm...so far kalo bawak Fariq keluar hanya ke klinik, umah Ma tok or umah Nanny je... ade sekali la kitorang bawak Fariq ke jusco, tu pon kejap je. Masa sampai Fariq tido, so ok je mase letak dlm stroller tp bile die jage terus nangis, terkejut agaknye so mama die terpaksa dukung la. Cari tempat nak feeding pon susah...terasa lecehnye. Tu nasib gi ngan hubby. kalo gi berdua je mcm mane? mesti aku kelam kabut bila Fariq nangis, tp mama die ni suke shopping/ window shopping... meronta2 je nak kuar sbb bosan dah kat umah. Takkan asyik nak tinggal Fariq kat umah Ma tok or nanny je...Ma tok keje, so weekend je bleh tinggal. Bile tinggal plak, perasaan adelah x keruan ok. Shopping pon x senang hati, asyik sms tanye Fariq ok ke? buat ape? haih...penangan anak.

Aku merasakan perlu belajar jugak bawak si Fariq keluar. setiap kali keluar terasa mcm2 nak bawak. Risau nak bf Fariq mcm mane...since x semua tempat ade nursing room kan. Kalo gi umah org mcm mane plak... walaupon ade car seat, tp aku x yakin Fariq akan behae while aku drive. Kalo tgh2 drive die nangis mcm mane? Mcm mane korang bawak anak keluar eh? Any tips??? jom la share...

Thursday, November 3, 2011

Fariq @ 2 month


Alhamdulillah hari ni Fariq genab 2 bulan...sekejap je rase dah besar anak mama ni.
hari ni gi klinik check up & cucuk Fariq

weight : 5.3 kg (naik 1.1 kg)
length: 58cm
head: 37cm

Fariq nangis kejap je, lepas tu die ok. dah blk umah baru merengek-rengek nak manja ngan mama dia. demam? x sure plak sbb suhu badan mcm normal je...
  • Fariq dah pandai sembang...dlm bahasa yg dia sorang je paham. Mama & ayah die anggukkan je. Punyalah banyak ckp kalo kene mood die. Ayah ckp ikut perangai mama die banyak ckp...haih.
  • Suara dah makin kuat...tp x reti meniarap lg. sesekali mama dia tiarapkan suh practice die jerit2 marah...hahaha...
  • Dah berjaya masukkan genggaman tgn kiri & kanan ke dlm mulut (sepenumbuk tu ok...sungguh2 nak masukkan semua dlm mulut...) kalo masukkan tgn kanan dia akan masukkan satu2 jari dulu...slalu mama & ayah akan marah bila die masukkan tgn dlm mulut, tp kadang2 biarkan jugak supaya die belajar gerakkan tgn ke arah mulut.
  • kalo mood baik Fariq suka senyum...tgh menyusu pon kalo mama senyum kat die, die akan stop menyusu & senyum, pastu start la sembang...
  • Dah mula cam suara mama & ayah
  • kuat gerakkan kaki & tangan...sgt suka melompat.
  • yg penting Fariq makin tembam...aiyyak...berkat minum susu mama =)