Rambut gugur kerana baby anda menyemburkan air liur? Ye ke?
Bagaimana pula kalo baby tidak menyemburkan air liur tetapi rambut masih gugur.
Kebanyakan ibu baru akan terkejut mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan dalam beberapa bulan yang pertama selepas bersalin (aku start bulan yg ke-3), tetapi ini adalah perkara biasa. Dan tidak perlu berasa panik. Anda tidak akan botak (sure???). Rambut anda sepatutnya akan kembali normal pada hari ulang tahun pertama bayi anda (lamenye…huhu).
Ini apa yang berlaku. Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala anda tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari (rase mcm lebih je).
Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
Namun tidak semua wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau tempoh berpantang.
Apa yang boleh kita lakukan?
Anda tidak dapat memberhentikan rambut daripada gugur tetapi anda boleh mengubah stail rambut anda. Mungkin dengan memotong pendek rambut anda. Tambahan dengan kehadiran bayi dan kesuntukan masa akan lebih memudahkan anda menjaga rambut anda.
Perhatian buat ibu baru: Helaian rambut boleh membelit sekeliling bayi anda seperti di jari tangan, jari kaki, pergelangan tangan, kaki atau kemaluan. Ini dipanggil ‘sekatan darah oleh rambut’ (hair tourniquet) dan ini memberi kesakitan kepada bayi anda. Jika anda mendapati bayi anda menanggis tanpa sebarang sebab, cuba periksa samada terdapat ikatan rambut yang kuat pada bayi anda.