CafeMom Tickers

Friday, January 15, 2010

Gastrik pulak....

X tau la kenape kebelakangan ni badanasyik x berape sihat je....last week PMS, this week gastrik lak. Sebenarnye sy mmg dah lame ade gastrik ni, dr form 4 lagi....mmg bekalan ubat tu sentiasa ada je la...tp sejak keje ni jarang sgt sakit, last year mmg xde rekod la sakit walaupun dok sibuk berdiet... Mcm mane bleh sakit balik ni?

Alkisahnye, isnin aritu merajuk ngan hubby, mogok x mau makan malam...hubby pun x maan, cian die...
tp perut die kuat. Selasa lak tghari sy cume mk waffer sbb mcm x lalu je nak mkn dgn keje yg berlambak2....hari rabu sy ade kelas etiqa kul 8 mlm, mmg x sempat makan malam la, ingat kul 10 dah abis, tp kul 12 br sampai umah...so kul 12 la br kitorang makan, ummi buat pizza...makan pizza jela. Masa nak tido tuh dah terasa perut mcm sakit je, tp buat x tau sbb ubat gastrik pun dah xde, so tido jela dgn harapan bangun nnt dah hilang la rase sakit tuh... Esok pagi (khamis) mmg niat nak bgn awal, nak gi keje awal sbb lately slalu jam je kat MRR2 & Putrajaya tuh,,,seawal 5.15 pagi tuh la perut sy menjadi teramat sakit....abis semua isi makanan semalam terburai kat toilet...time tuh bdn dah seram sejuk, bulu roma dah tegak berdiri...hubby kate x yah gi opis arini, japgi kite gi klinik...sy ikutkan aje, sbb mmg dah x larat sgt, KL ke Putrajaya tuh bukan dekat, jd ape2 kat tgh jalan nak mintak tolong sape... 8.30 pagi dah terpacak kat klinik panel opis hubby...doktor dtg kul 9 lak...jenuh menahan rase nak muntah...sah, doktor ckp mmg gastrik...jgn mkn masam2, jgn mkn mknn berempah, pedas2...nnt mkn ubat, rehat...pastu kami pun gerak balik, tp tgh jalan sy suh hubby berenti sbb x tahan nak muntah...kat tepi jalan gak sy muntah, malu semua orang tgk...tp dah x tahan...lantak jela...(dlm hati siksanya...dah lame x rase mcm ni). Balik umah breakfast, mkn ubat, tp semua pun keluar balik...huhu....siksa...siksa...

Hari Khamis tuh sepanjang hari sy tido, bangun hanya utk mkn dan mkn ubat...mujur tghari tuh dah x muntah lagi...

Arini, pg td mmg dah siap nak pi keje, tp perut ni masih sakit....nak angkat kepala pun xleh...takut x sampai opis je kang...hubby kate 'xyah la gi keje tuh, tido je....blom sihat lagi tuh' dan sy tido, ni br bgn sbb terase sembab sgt mata nih asyik tido...

kat sini sy selitkan sikit info mengenai penyakit gastrik...


Penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan dipanggil 'Penyakit Peptic Ulser' iaitu sekumpulan penyakit yg disebabkan oleh asid di dlm sistem penghadaman perut. Ia berpunca dari asid yg merosakkan dinding perut. Sebahagian drp pesakit gastrik mempunyai kuman 'Helicobacter Pylori' dalam perut yg bertindak melemahkan ketahanan dinding perut dari ancaman asid.

Pesakit gastrik juga sering mengalami pedih ulu hati. Ia kerap berlaku dalam keadaan perut kosong terutama lewat malam atau awal pagi. Muntah juga membantu untuk melegakan rase kepedihan ini. Kepedihan pesakit adalah berbeza mengikut tahap penyakit yang dihidapi. Selain pedih ulu hati, kadang2 pesakit akan berasa sebu pada bahagian atas perut dan akan mengalami jeluak atau sedawa.

Komplikasi yg mungkin dialami oleh pesakit gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut tersumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan teruk dan boleh mengancam nyawa. (huhu..takutnye...)

Punca-punca gastrik :
  • tabiat pemakanan tidak mengikut waktu (mmg kene batang hidung sendiri)
  • gaya hidup yg tertekan (tertekan gak la ngan keje yg menimbun tuh)
  • Jangkitan bakteria 'helicobacter pylori'
  • bahan2 kimia spt ubat Non-steroid anti inflammatory drug (NSAIDs)
  • Kegagalan rgan tubuh - spt kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia, dan pesakit tenat yg boleh mengakibatkan stress ulser
  • Makan makanan berempah, pedas, dan berminyak (tp sedap...mcm mane x mkn)
  • Makan makanan yg masam
  • Minuman bergas
  • Pengambilan alkohol
  • Merokok
Tanda-tanda gastrik :
  • kerap sakit kepala terutama di bhgn kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat mkn nasi
  • perasaan loya atau mual dan sebu perut serta hilang selera utk mkn
  • demam apabila miss mkn pagi, tghari atau malam
  • muntah, kadang2 berwarna kuning, atau berserta darah
  • sakit perut dan kadang kala teramat sakit
  • keluar angin dr mulut mcm sendawa terutama apabila bahagian badan tertentu diurut atau digosok
Rawatan:
  • Mkn mengikut waktu yang tetap
  • Minum air suam & minum sesudah mkn
  • elakkan junk food terutama jeruk/ asam
  • elakkan minum nescafe, teh, kopi, minuman bergas, air oren, air limau
  • jika gastrik peringkat berat/ teruk elakkan mkn makanan ber yeast spt roti, donut, pau
  • elakkan mkn terlalu kenyang
  • elakkan cuka & makanan pedas
  • kurangkan makan daging & ayam
  • elakkan mkn ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak/ nangka, rebung serta makanan lain yg menyebabkan angin
  • Minum susu segar atau full cream 4 kali sehari sehingga sembuh

Petua :
kalau sakit perut teramat sgt, muntah dan demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar dan 3 gelas air...rebus hingga jadi segelas air. Minum air rebusan ini 3 kali setiap 4 jam... (belum cube lagi nih...baru terbace)


Sumber : http://emjayjb.multiply.com & http://intim.wordpress.com

1 comment:

  1. assalamualaikum.. emm.. nak minta kebenaran utk copy punca2, tanda2 n rawatan utk gatrik ni boleh tak?? sy akn post balik link blog puan..

    ReplyDelete