Mari...mari...mari meriahkan...
Mari pergi saksikan 13 belon udara panas daripada Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia yang mengambil bahagian. Orang ramai berpeluang menaiki 5 belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam.



Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (PBUPAP) yang kembali untuk tahun ke2 selama 4 hari mulai 18 sehingga 21 Mac 2010.





Lokasi: tapak pelancaran berhampiran Monumen Alaf Baru di Presint 2
Acara lain:
- aksi sukan paramotor dan paragliding,
- pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang
- menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam
- pertunjukan badut
- silap mata
- seni pasir
- inai
- membuat tatu lekap
- mewarna
- membuat kapal terbang kertas
- bermain tanglung
- pertunjukan bunga api (malam)
Acara2 dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Persekutuan Sukan Udara Malaysia dan AKA Balloon Bhd.


Masa: Pesta dibuka antara 7 pagi dan 7 malam.
Masuk adalah percuma. Namun bayaran dikenakan berpatutan dikenakan untuk menaiki belon udara dan aktiviti gerai di tapak pesta.
Maklumat lanjut, hubungi 03-7981 8769/03-7981 8712 atau
layari http://myballoonfiesta.com/.
Jom...jom...jom...jom heboh2 di Pesta Belon!
p/s: x tau lg bleh gi ke tak...huhuhu...korang gi la, pastu story2 eh...
hujung bulan ni akan ada di alor setar pulak... datang la beramai2 bermula 28 sehingga 30hb mei...
ReplyDelete