CafeMom Tickers

Tuesday, March 29, 2011

Apa kata survey : Hospital bersalin swasta...

Remember the post before, which about 'nak bersalin kat hospital mane?'... I've done some survey regarding that since my fren told me that private hospital won't accept us to deliver at their hospital if we don't do check-up since 7 months pregnancy....giler gelabah call sana sini ok... but the lack of info is i don't know which doctor is perform well dan favourable...maybe u out there has the info...lets share it k...
Hospital Ampang Puteri (KPJ) Pakej bersalin

  • Single bed room : RM 2650

  • Double bed room : RM2350

  • 4 bed room : RM2050

*pakej ini adalah bg normal delivery shj, termasuk caj wad 3hari 2 mlm, mkn, doktor, labour room, nursery etc. If we take epidural/deliver through vacuum/forcept there will be an extra charge for that.


If C-sect : RM 10,000**


Doktor pompuan available are, Dr. Fauziah, Dr. Kufumani, Dr. Ariza & Dr. Zalina.


For more info please visit http://www.apsh.kpjhealth.com.my/


Hospital Tawakal (KPJ)

Xde pakej utk hospital ni... Rate bersalin

  • Normal : RM 2k** - RM 4k**

  • C-sect : RM 7k**

  • single bed room : RM230/day

  • double bed room : RM160/day

  • 4 bed room : RM100/day

  • Nursery : RM80/day

*There will be an extra charge for epidural/vacuum/forcept etc.


Doktor pompuan available sorang je, which is Dr. Siti Zaleha


For more info please visit http://www.tawakal.kpjhealth.com.my/


Hospital Pusrawi

Rate available:

  • Normal delivery : RM 2500-3k** for 2days 1 night stay

  • C-sect : RM7500-8k** for 4days 3 night stay

*extra charge for epidural/vacuum/forcep etc.


Doktor pompuan available : Dr. Asmah, Dr. Adilah, Dr.Nor Kedah, Dr.Norfida, Dr. Habibah


For more info please call 03-2687 5000 (Pusrawi)


Pusat Perubatan KOHILAL Melawati


Pakej available:



  • Normal : RM1500**

  • Normal (doc specialist) : RM1700**

  • C-sect : RM6k**

*pakej ni include wad, mkn, caj bersalin etc.


*extra charge for epidural/vacuum/forcept etc.


Doktor pompuan available is Dr. Norshida


Hospital Pakar Al-Islam (Kg. Baru)


Pakej available:



  • Normal : RM1300 (4 bed room, specialist doc. etc.)

Without package:



  • Normal : RM2500++

  • C-sect : RM5500-6000++

  • single bed room : RM150/day (@wad bersalin)

  • 4 bed room : RM100/day

  • Nursery : RM60/day

Doktor pompuan available, Dr. Norlida & Dr. Rosilawati


PCMC



  • Normal: RM4k-7k++ (including stay 2h 1m dll)

  • C-sect : RM9k-10k++ (including 3h-4h stay dll)

  • Dr. Seri & Dr. Tan (pompuan)

  • extra charge on epidural/vacuum/forcept etc.

UKM Specialist Centre



  • Normal : RM3k-4k++ (including stay 3h 2m)

  • C-sect : RM6K-7k++

  • Dr. Lim & Dr. Helina (pompuan)

  • extra charge on epidural/vacuum/forcept etc.

Ha...selain kat atas ni...baik prepare gak utk survey gov hospital. Why? Sbb nye kalo ade komplikasi, private hospital akan refer kite ke gov. hospital...sy tgh tanye2 gak sape yg ade experienced bersalin kat hospital gov:



  • Hospital Ampang

  • HUKM

  • Hospital Selayang

Harap info di atas membantu. Untuk lebih clear bleh direct call ke hospital berkenaan k.


My sista engagement day...



Actually it happen last month...tp sbb mls nak upload gambar...br skrang la post...hehehehe...


Quick review...




  • Date : 27 Feb 2011 (Sunday)


  • Time : 12pm


  • Venue : Family house @ Semenyih


  • Color theme : Green turqoise, white & Pink (harus ade ini color...)


  • Pelamin : deco sdn. bhd. (sendiri bikin sudah)


  • Hantaran : 5 vs 7 (deco sdn. bhd gak)


  • Photographer : My younger sista's bf & my younger brother


  • Menu & catering : Nasi beriani by ayah and his team...


  • Door gift : cupcakes

pendek kata most of it done by sdn. bhd. except for make up. Yela, majlis tunang je pon...biar ala kadar je janji meriah. Sonok sgt sbb dpt jumpe semua my cousins, nieces & nephews (from my mom side) yg dok kat kl, putrajaya, sgor & NS....opps lupe, uncles & aunties juge...best2...


my sista (tgk bunga tgn tu...actually dpt time jd bridesmate my fren, Pn. Aini...sgt2 digunakan sepenuhnya...=p)


Her future MIL sarungkan cincin & gelang (pelikkan...tp suke hati die la)


Mama, aunty from groom side & my sista's future MIL



Asilah & Anuar





All the hantaran





Pn. Engineer, Cik Accountant & bakal Cik Nurse...Kami tiga beradik pompuan (see...our family trademark...pipi yg tembam! not just us, but our cousins too (from my mom side)...hahahaha....


InsyaAllah, majlis akad nikah & bersanding akan diadakan tentatively on March 2012...Congratz to both of u, selamat mengharungi tempoh darah manis ni...i'll make sure i'm getting slim on their big day...azam nih....

Monday, March 21, 2011

Botol susu bayi polikarbonat bisphenola (BPA) diharamkan


Hello...

just nak kongsi INFO dari email yg i br dpt dr opismate berkaitan botol susu baby yang ade BPA...

PC atau polycarbonate ini dibuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau nama glamornya BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.


Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
    Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif



Sila check label botol anda. No. 7 menunjukkan ianya mengandungi BPA!

petikan kenyataan akhbar dari Menteri Kesihatan:

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ”Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat digunakan golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

“Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. – Bernama

p/s : nasib x beli lg...hehehe...anyway, bile masa yg sesuai nak start beli barang baby eh? ade org ckp bila kandungan 6 bulan ke atas...btol ke???

Wednesday, March 9, 2011

Tetibe...

Tetibe nak layan lagu nih...(mode jiwang...ngee~ =p)

OST Adamaya - Yang Terindah by Dakmie
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Monday, March 7, 2011

bersalin kat mana?

Hmmm...sejak pregnant ni, isu yg ditepek kat blog semuanya adalah isu pregnancy...maaplah ye... ha...skarang ni isu yg bermain difikiran adalah isu nak bersalin kat mane.

Smlm en.hubby dah tanye "dah decide ke nak bersalin kat mane?" selambe kodok jawab "PCMC" en.hubby: "hmmm, brape caj die?" me: "x check lg, nnt la check ye..." apakah maknanye? setujukah en.hubby? Hahahaha...berangan la beb. Tp sy mcm berminat nak gi kelas anternatal kat PCMC...tgk lah mane2 yg berkesempatan. Tp nak bersalin i kene pikir sepuluh kali la nak bersalin kat PCMC tuh...utk jangka masa pendek mampula, utk jangka masa panjang...banyak lg benda nak dilaburkan duit tuh. Lain la kalo majikan cover kan. So, stop berangan.

Dilema hospital gov ngan hospital swasta...sebenarnye 70% kate hati aku adalah bersalin di hospital swasta, dan disokong penuh oleh my mil & adik2 aku terutama yg nurse kat KPJ tu la...ikut my mom, mane2 pon boleh je...sbb die dulu bersalin kat umah je. Yg 1st & last child je bersalin kat hospital gov. En. hubby ikutkan je...whichever yg buatkan aku selesa. Yg pastinya he request for female doc yg handle aku nnt. Mmg la...aku pon x mau doc laki, segan kot. Hosp. gov bleh request ke? Any experiences? Share la...

Ape2 pon skarang aku tgh pikir, kalo nak bersalin hospital private, hospital mane yg best (service, rate, doctor) yg dekat ngan area umah aku kat melawati ni...ni shortlist, but xde experience kan...so sesiapa yg nak share experience anda & charge rate nye , jgn segan2 tinggalkan komen ye.


  • Hospital KPJ Ampang Puteri

  • Hospital KPJ Tawakal

  • Hospital Pusrawi

  • Hospital Kohilal

  • Hospital Damai, Melawati

  • Hospital Pakar Al-Islam (Kg. Baru Medical Centre)