CafeMom Tickers

Tuesday, May 31, 2011

Aktiviti Weekend...


Huhu...sekarang ni semua program pon nak buat time weekend...bile nak berehat? haih...

Last weekend kene gi conference @ Avillion Admiran Cove PD...conference ni anjuran Engineering Division, MOH mengumpulkan semua engineer MOH dari seluruh negeri & hospital. Adela dlm 100 over...tu pon ade yg x dtg. Bilik penginapan mmg bagi 5 bintang tp mknn x best. yg lain2 ok la. Pengisian conference ok, ade gak presenter yg boring....yg paling x best, sbb en.hubby x ikut =( opis die wat trip ke Pulau Kapas pastu terus ke KT untuk wat kerja projek kat sana....lama ooo...seminggu gak la...aiyyyaaa...sudah rindu tahap maksima nih..


uarghhh...tgh ngantok time ni..



swimming pool kat melambai2 suh terjun...malangnye xleh nak terjun sbb xde panjaga yg berwibawa =(


kesimpulannya, weekend kali ni x best....


Monday, May 23, 2011

kelebihan WANITA



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."



2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.



3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takut akan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepadakeluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.



5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.



6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.



7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.



9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).



12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab RasulullahS.A.W."Ibunya."



13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.



14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.



17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.



18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.



20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.



21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.



22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.



23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.



24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.



25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.



26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.



27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.



28. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.



29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.



31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.



32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.



33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.



34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.



35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.



36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.



37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.



39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.



40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

source: www.al-azim.com/~beringin/agama/doawanita.htm

Congratz to my officemates...

I'm so happy today...dpt good news 2 of my officemates dah selamat menjadi IBU. Tetibe aku plak cuak....huwaa....


One is my former immediate bos. Lama dia tunggu rezeki ni, dlm 7-8 thn jugak la die berusaha utk hamil. Usaha yang akhir, die & suami gi buat umrah. Sepanjang mengerjakan umrah tu, hanya itu la doa dia, and everyday die minum air zam-zam...tak lama lepas tu dpt tau die pregnant, yg lg best kembar 3 ok...rezeki die kan setelah lama menunggu. Semalam die dah selamat bersalin secara C-sect. kalo x silap dlm 33 weeks kot. tiga2 baby girls...1.7, 1.8 and 1.9 kg. Imagine berapa kg semua dok dlm perut die. Congratz puan!


Pagi ni my colleague plak selamat bersalin, C-sect jugak. Yg ni sbb die kecik je orgnye...doc ckp pelvic bone die kecik, baby x muat. Baby boy 2.8 kg. Congratz dear!


Selamat menjalani tempoh berpantang. Selamat menjadi ibu =)


o..o..o...aku start cuak ok, padahal lambat lg...ngee...

Monday, May 16, 2011

Baby cot or Playpen?

Hello everyone!





Banyak benda nak citer tp lets update satu2 la ye...actually i'm done my baby checklist dah start shopping skit2 for my beloved baby =) sy suke shopping!!! tp melihat kpd checklist yg dah dibuat tu adalah tersangat banyak barang utk dibeli. Al maklumlah me & hubby dua2 anak sulong, so xde kakak or abg yang bleh nak donate barang2 baby nih. nak tak nak kene beli la kan...Sbb banyak barang nak dibeli, kene bajet btol2...kalo bleh nak beli barang yg mmg berguna sesuai dgn duit yg dikeluarkan tuh, nnt membazir plak.

So now, tgh pikir nak beli baby cot ke playpen....mane lg berbaloi? ape bezanya dua benda nih? My planning, baby akan sleep ngan mommy time dlm pantang, lepas tu baby kene diajar tido kat katil sendiri...but beside mommy of course.

Kalo ikut hati, i beli dua2...tp mcm membazir je....



sweeeet kan? heart the baby cot!





owh pink...just love it very much! Baby cot ni pon menarik gak...




Menarik gak kan playpen nih...hmmm...




Any opinion???


Friday, May 6, 2011

Jom shopping!!!

Hampir-hampir terlupa plak pasal expo ni, nasib baik my sis ingatkan...


6-8 May 2011
Mom & Baby Expo 2011
Malaysia Largest Parenting Expo
The Most Happening Baby Fiesta is Happening on Mother’s Day 2011!

Location
Halls 1 2 3
Mid Valley Exhibition Centre

p/s: beriya je nak shopping...nak beli ape dulu pon x tau....huhu..

Wednesday, May 4, 2011

6 months already...

Rase mcm sekejap je...rase baru smlm br buat pregnancy test...sekarang dah 6 bulan menggendong si baby comel ni dlm perut..hahaha...owh sweetheart, mommy love u so much!



Now dah rase baby semakin aktif di dlm perut ni...ape lah aksi anak mama ni buat eh? yg paling best when i talk to him/her, he/she will responsed back to me...like "anak mama tgh buat ape tu? cube kick skit" he/she will kick me after that...seronoknye...slalu berebut ngan daddy nak ckp ngan baby...what a feeling...heaven!




Last week, i've done my MGTT test, and its NORMAL. When i went for the check up, my weight still increasing more than it supposed to be...and nurse said " u must be careful, control ur weight increament, or else u have to repeate the MGTT test @ week 28 or week 32". Owh no...

My HB have raise to 11.0 but it just nice figure. I must eat food that will supply me more iron...

Sumber zat besi : Hati, limpa, Paru, Daging, Ayam, Sardin, Sayur, Hijau, Hasil, Soya...rasenye aku salu je mkn sayur, ayam ngan soya tuh...tp nape la x cukup2 lg...



@ 24 weeks:




At this stage:




  • Your baby now weighs more than 600g


  • He/She is starting to fill the space in your uterus (womb).


  • From crown to heel she/he could measure 30cm.


  • Though your baby still has little body fat and her/his skin is thin and fragile, she's/he's well-proportioned.


  • His/Her brain is growing rapidly, tastebuds have fully developed, and he/her footprints and fingerprints are continuing to form.


  • Inside her/his body, her/his lungs are developing branches of the respiratory tree as well as cells that produce surfactant. This substance will help her/his air sacs inflate once she/he reaches the outside world.


  • You may be noticing stretch marks on your belly, hips and breasts - so far xde lg...but i feel itchy sometimes...


  • Your eyes may be light-sensitive and may feel gritty and dry. This is a perfectly normal pregnancy niggle known as dry eye syndrome. - patutla kadang2 rase x selesa je mate nih...

Source: http://www.babycenter.com


Nurse also check heart beat baby..normal, Alhamdullilah. Xde scan kali ni, bile tanye bile lg nak scan, die ckp maybe 7 bln nnt nak check kedudukan uri and 9bln time dkt nak bersalin nnt. Fine! Rase mcm x best la bile x tgk baby...en.hubby ckp, xpe, let go for scan at clinic...die pon nak tgk baby. Hopefully this weekend we'll free to do so.


And i'm start cuak sbb x beli ape2 pon brg baby lg...3 months to go. Nak bersalin kat mane pon x decide lg...selamba badak je aku nih. Lepas ni bleh la shopping dgn riang ria sbb dah abis final exam, assignment, presentation and report segala bagai.



Till today, tinggal 1 lg final exam paper to answer and 1 more report to submit...selesai 2 benda ni, merdeka! utk this sem la. At the same time, tgh dlm dilema memikir ape citer sem depan ni...nak continue mcm biase ke nak tangguh? Nak tangguh mcm sayang je...kalo bleh nak abis cepat. Nak continue, due date bln 8, kelas start bln 9, sempat ke abis pantang? x pon...terpakse ponteng kelas utk 3-4 minggu. Camne?


Ape2 pon...bz mcm mane pon...tension mcm mane pon, i'm really enjoy my pregnancy period =) walaupon mase pregnant ni bdn aku naik mcm dipam-pam, jerawat berlumbe-lumbe naik kat muke nih...redha jela...demimu wahai anakku...Alhamdulillah atas segala pemberian dan ujian dariNya.