CafeMom Tickers

Thursday, January 31, 2013


Sahabat
by Najwa Latif


Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku



Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku



Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku



Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku



Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku



Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku



Sahabatku

p/s: dedicated to my hubby and kawan2...

Wednesday, January 23, 2013

Alhamdulillah...syukur!

Alhamdulillah...
syukur sgt2 kpd Nya atas segala rezeki yg dikurniakan kpd kami sekeluarga.

First of all, congratulation in advance to my hubby as he complete his Master degree thesis's viva yesterday...LULUS! official nye kene tunggu konvo la kan.
Walaupon dlm hati terselit kejelesan...but i'm so proud of u dear!
Kitorang sesama blajar tp die yg complete dulu sbb aku cuti 1 sem dulu masa beranakkan our 1st son. So i have 1 more semester to go...semoga dipermudahkan juge, insyaALLAH. 

Aku sgt terharu bile dpt tau hubby lulus, terus sebak dan nangis...i knew him quite for a long time, i knew how he started, i knew what he have gone through... aku juga setia menjadi tempat luahan perasaan etc. Masa buat master ni, i noticed he not like him masa buat degree dulu, he fully understand the courses content...what i can say... dulu aku sifu die (sifu la sgt) , skrang die adalah sifu aku... hahaha... he deserved it!
i want and always to be his pemangkin utk kejayaan die. 
Next level, preparing report etc for his Professional Engineer (PE)...insyaAllah.
pre-celebrating yesterday, i bought him 1 slice of indulgence cake form secret recipe with engrave "congratz dear". Btol2 nye celebration mestila masa konvo nnt...tertanye2 gak bile tarikh konvo die nih...risau time due date aku plak..frust kalo x dpt join.

dah nak abis mkn br ingat nak amik gambar


2nd thing...we have sold our beloved "city"...and new member have join the viva in the porch last night. Welcome... hopefully it can give a good service to us... for this time being, let this car berkhidmat utk kami. ade banyak lg future plan utk direalisasikan,so x perlulah berhabis utk kerete2 idaman mcm lancer/vw/mazda/bmw kan... thats will come later..insyaAllah. Alhamdulillah till today, we have well managed our kredit (car loan, house loan, asb loan, insurance, etc), income & spending without any credit card! InsyaAllah...living in moderate is much better...
x perlulah "biar papa asal bergaya" dan x perlulah jd kaya raya. 
Sederhana lebih baik dan bahagia...insyaAllah.
Tq ALLAH for all U have gave us. HE never left us behind... (sebak).  

new member in the porch


Monday, January 21, 2013

Keperluan Kalsium untuk Ibu Mengandung


  • Kalsium dilihat sebagai satu zat yang penting disamping zat besi, folik, potasium dan lain-lain.
  • Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak. 
  • Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
  • Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari.  
  • Jika ibu-ibu hamil tidak suka mengambil susu, terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
  • Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil bileh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayuran, buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi.


Diet Sumber Asli

  •  Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi
  • Banyak penyelidikan dan kajian atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.
  • Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga praeklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
  • Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. 
  • Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar menghidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.


Kehilangan Kalsium

  • Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak. 
  • Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.
  • Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas bersalin. Itu juga satu tindakan yang salah. 
  • Sebenarnya ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. 
  • Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecutkan semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
  • Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin. Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh menganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, komplikasi ini sangat digeruni ibu-ibu hamil.


Oleh yang demikian, ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk supplemen mahupun daripada sumber semula jadi.





p/s: aku pon malas benor minum susu skrang ni...adeh...jom rajin2 minum susu


source: http://bidanbersalin.blogspot.com/

Friday, January 18, 2013

Check up @ 20w6d


Macm biasa check up hari Isnin, kul 2pm...punye la ramai org...

BP: 108/67 (LOW)
URINE : OK
HB: 11.8 OK
WEIGHT: naik 3 kg...amik ko!

kali ni ade scan...tp doktor tu penye kedekut, aku tanye doktor, nak tengok gender... Die bleh ckp baru lg x boleh nampak ni... padahal tangan tu dok scan merata kat perut aku. Ape la salah nye ko try tengokkan.. this is my 2nd pregnancy kot... masa anak 1st dulu 17w rasenye dah bleh nampak...jelas dan nyata lagi.
Doktor cek kepala, tulang belakang, jantung, air ketuban, uri dah naik...semua ok.
cume doktor ni gi tepek gambar scan tu kat buku yg simpan kat klinik tuh..aku ni x sempat nak tgk kat klinik kan, sampai umah br nak tgk, skali bukak2 buku xde plak gambarnye...frust btol!

Hasil scan:
presentasi: breech
uri: not low
BPD: 48.7
FL: 33.5
EFW: 399g

since BP low...aku kene gi cek tekanan darah kat klinik 2 kali seminggu every monday & friday selama 3 minggu..
Berat naik banyak, apa lg...minum air gula.
Arini...8 pagi tercongok kat klinik utk minum air gule.
result lg seminggu br dpt.
kalo kat klinik putrajaya dulu, aku minum air gule perisa blackcurrent, yg kali ni pure air gule semata, result pon bleh terus dpt. Paham...x semua klinik lengkap dgn peralatan canggih.
Now kene cari masa ke klinik private utk scan...MIL dah berpuluh kali tanye "dah tau baby ape?" haih...


Thursday, January 17, 2013

Nasi Ayam Cik Anne

Hahaha...selamba bagi nama kat nasi ayam...
semalam adalah telah tamat exam 1 paper utk sem ni.
Pergi balik exam dgn en. hubby, tq sudi jd driver i.. after lunch bantai tido sampai kul 4 petang ko. giler x sedar diri, sblm tu dah ckp ngan hubby nak masak nasi ayam lah malam ni. Disebabkan teringat kene masak nasi ayam tu aku rajinkan diri gak bangun, kalo ikut nafsu tido mmg sambung lagi. Nasib en. hubby puji sedap...hihi.

Nah aku tepek kat sini resipi...untuk rujukan aku gak, kekadang bile lama x masuk dapur mula lah lupe..



Sup
Bahan2:

  • Ayam
  • sup bunjut
  • halia 1 inci
  • 1 ulas bawang putih
  • secubit kiub ayam
  • daun sup
  • garam
Mula2...rebus ayam dengan sup bunjut + halia + garam + kiub ayam
Keluarkan ayam, keluarkan sedikit sup untuk masak nasi, sedikit sup untuk buat sambal merah & sambal kicap.

Tumis bawang putih, masukkan ke dalam kuah sup serta sedikit minyak tumisan td.
Masukkan daun sup 

Nasi
Bahan2:

  • 1.5 cawan beras basmathi (cawan beras tu la eh...jgn pakai cawan minum plak ni utk 2 org lah, masak ikut sukatan koranglah)
  • sesudu mentega
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Halia 1/2 inci dihiris
  • sup ayam
  • sedikit serbuk kunyit
Tumbuk bawang merah & bawang putih
tumis bawang merah + putih dengan mentega dlm rice cooker
masukkan beras yang telah dibasuh
masukkan sup ayam (ikut sukatan air utk beras...lebihkan sedikit)
masukkan hirisan halia

Ayam
Bahan2:
  • Ayam (yang dikeluarkan dr sup td)
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • sesudu sos tiram
  • kicap manis
  • 1/2 sudu madu
  • sedikit garam
tumbuk bwg merah+putih+halia
masukkan sos tiram, kicap manis, madu & garam
gaul dengan ayam
perap dlm peti sejuk 30 minit (lagi lama pon xpe)
Ambil loyang/ bekas...sapu dengan mentega & Panggang ayam dlm oven hingga garing

Sambal/ sos merah
Bahan2:
  • 2 tangkai cili merah/ cili besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau kasturi
  • gula
  • garam
  • sup
blend cili + bwg putih
masak atas api + sedikit sup + limau + gula + garam (perasakan hingga cukup rasa)
masak hingga agak pekat

Sambal Kicap
Bahan2:
  • perapan ayam (baki)
  • sup
  • kicap manis
  • 1/2 biji limau kasturi
masak lebihan perapan ayam tadi dengan sedikit sup, tambah sedikit kicap manis & limau.

siap....hidang ikut kreativiti masing2...
slamat mencube...


Wednesday, January 9, 2013

Pinky...

Tq hubby for this....
such a lovely PINK! 
i love it
i love u much 


Monday, January 7, 2013

Anak Buah lagi...

Congratz my bro in law & wife
for new born baby girl!


Nama: Farwa Khairina
DOB: 12.12.12 @ 8.30pm
Weight: 2.87kg
MOD: c-sect @ HKL

buaian...

kisah buaian?
ha...alkisahnye... mama suh aku cari & belikan buaian
since kali ni die nak buat majlis aqiqah anak buah aku.
time aku dulu x eksited pon sbb MIL aku dah terover eksited...hihi... so die relax je.
buaian tu pon boleh gune utk letak2 baby kan...

dulu aku penah nampak ade org jual perabot rotan kat medan mara, so sabtu lepas pergi la terjah ngan adik aku si MJ tuh...plus gendong si Fariq Hafiy... hubby keje =(
puas pusing medan mara tu xde la pulak...adeh...
pastu shopping kat sogo la jawabnye.
tp pikir2 kene carik gak ni...
ptg kitorang gi terjah Cotton Picking kat ukay boulevard plak...since my MIL beli & tempah buaian + deco2 kat Cotton Picking great eastern mall. 
masuk je kedai ni rase best giler... sukenye tgk brg2 deco dlm kedai tu...jatuh cinta u!
tp mahal skit la brg die...
nampak je buaian yg dicari tuh...giler eksited, tp tanye nak beli, akak tu cakap x jual plak. tu untuk sewa utk majlis aqiqah/ cukur jambul
frust ok... "ala, akak, mana sy nak cari buaian ni...puas dah jalan nih"
akak tu suh aku try cr kat area tepi2 jln MRR2 lepas Flamingo menghala ke ulu kelang.
baik...cube lg.
finally jumpe 1 kedai jual perabot rotan...
puas mata melilau, akhirnya nampak gak buaian rotan tu..tinggal 1 je ok..terus beli je.
lega...dpt gak yg dicari.
nnt nak terjah cotton picking lg nak cari cover buai tu plak
aku bab deco2 ni eksited sikit...
nak harap mama mmg x la..shila dlm pantang...

aqiqah sepatutnya nak buat 5hb aritu ditangguhkan sbb anak buah aku kene kuning sampai kene masuk wad. tarikh baru x sure lg...

ni lar rupe buaian tanpe cover 

Hafiy plak layan main kuda nih... ayah die ckp naik kuda ni x kemana baik beli beskal ke...



Anak buah...

 Congratz my sis for new born baby boy!



ni kire anak buah 1st sblh aku la...

Nama: Aqmar Zahin
DOB: 30.12.12 @ 7.59am
Weight: 3.29 kg
MOD: vacuum @ hosp. selayang


Thursday, January 3, 2013

2013 ~ Azam...

Sekejap je rasa dah abis 2012 dan masuk tahun yang baru 2013. Aku x ingat ade set ke tak azam tahun lepas... since its a new year, mood baru... azam pon nak set baru. i really want to have a very new me =) yang baik harusla dikekalkan dan di improve kan lagi...insyaAllah. yg x cemerlang di cemerlangkan... yg buruk dibaiki kan...

lets set the resolutions....


  1. Jadi isteri, ibu & anak yang lebih baik & solehah
  2. Istiqamah dlm melaksanakan ibadah kpd Nya
  3. Spend more time with hubby & anak2...improve in cooking/baking
  4. get my Master in engineering (geotech)
  5. give birth to my 2nd child...
  6. Nak kurus! target weight 56kg (mampu ke? seumur hidup penah 2 kali je reach this figure...start lepas bersalin k...sblm tu abaikan aku yg makin kembang =( )
  7. since i will enter '3 series phase'... intensive actions must be taken to improve look, skin, body etc... pendek kata nak cantik!
  • facial regularly or maybe skin laser is needed..facial lifting etc.
  • body spa regularly
  • take supplement 
     ** will start after confinement

   8. Naik pangkat??? (kalo ade rezeki, insyaAllah, tp risau kene tukar ke luar  
       je)
   9. Improve working skill, improve knowledges, communication... jd pekerja 
       yg lebih rajin & cemerlang
  10. Cuti2/ vacation with family/ fren


Cukup la 10 dulu...risau x tercapai plak... 

"Ya Allah permudahkanlah segala urusanku dan berkatilah segala perancanganku... amin"