CafeMom Tickers

Monday, April 29, 2013

Thursday, April 11, 2013

33weeks scanned dan kaki bengkak...

owh...reaching at 33 weeks yesterday. another 3 weeks to reach 36w but hopefully baby can stay inside until 38w at least...

last night went for scanned again, x puas selagi x tau gender... 
plus have to check and monitor my BP 
went to klinik sri indah...Dr. Hazirah xde plak mlm ni, yg ade Dr. Fadhilah.
she's best also...very experienced doctor.

Doc: "mama kurang minum susu ye"
me: hmmm...nape doc?
Doc: "see ur baby bones...nipis skit...thats means u kurang minum susu"

yes, i admit it...kali ni x lalu minum susu enfamama tu sgt. masa hafiy dulu consume anmum materna... tp sbb fat content die tinggi aku tukar ke enfamama...konon je. Setin kat umah tu mcm x berusik. Adeh...poor u my lil baby...baiklah mama akan rajin telan susu balik.

checking for gender...breaking the secret...last scanned at 28w, Doc said its maybe a boy, since she saw like a scrotum but the birdie didnt see yet. Tp Dr. Hazirah said " insyaallah boy"
so i'm like terima seadanya...if possible of course la nak girl so that sepasang kan...tp kalo boy pon xde masalah, masih lg rezeki Allah dan Hafiy ade kawan. so dah prepare nama baby boy jela.

but last night...
doc: "hmmm...nampak mcm burger la, tp separuh je, terlindung dgn kaki die"
me: pulak dah...
doc: "why?"
me: last check up Dr. Hazirah said insyaallah boy
doc: "owh...kadang2 boleh silap, tertukar dgn tali pusat..mungkin juga yg sy nampak ni burger atau scrotum yg penyek" 

sambil tangan doc ligat pusing mencube sedaya upaya utk dptkan gambar yg lg jelas but at this age, baby dah besar susah la skit nak nampak kan.

then the doc said " xpelah, xyah berharap apa2, but as for me its gonna be a girl"
me: hmmm...baiklah doc... (padahal dlm hati ade skit bunga2..no..no..jgn berharap)

ckp ngan hubby..."dah kene cari name utk baby girl plak...ni yg susah ni"
Hubby said: ala...ade seminggu kan nak register lps bersalin nnt...
lg last minit lg pening aku nnt, baik standby awal2...

And paling aku cuak, baby seems besar skit... hasil scan smlm berat dlm 2.4kg..
me: Haa???
Doc: why?
me: doc, kalo edd tu lg sebulan...berapa berat die nnt?
doc: hmm..maybe dlm 3.4kg
me: alamak...takutnye (sambil membulatkan mata aku)
doc: yg 1st dulu brape kg?
me: 3kg
doc: biasenye yg slps2 tu akan slightly bigger...
mmg ramai yg ckp camtu, tp aku expect kalo slightly bigger pon 3.1, 3.2 kg je...huhu cuak sape suh mkn banyak, padan muke aku, next week puase lah... x terganti2 lg nih. adeh...

...dan badan semakin kembang, pipi semakin montel, kaki start membengkak dgn jayanye. di saat ini la memerlukan kasut yg sgt comfort utk menyokong aku utk berjalan...and tq to mama dan adik2 aku yg belikan sandal fitflop ni..suke2...tau mahal, tu yg lagi suke tuh...walaupon yg i berkenan tu harga 8 rat, tp dpt yg separuh harga pon dah tersangat ok. tq u olls... i loike!








Wednesday, April 10, 2013

TUNGKU



Bertungku merupakan salah satu kaedah bagi tujuan mengecutkan bahagian rahim. Proses ini selalunya dijalani oleh para ibu yang baru melahirkan bayi didalam kendungannya, selepas menjalani proses pembedahan ataupun yang pernah mengalami masalah keguguran.
Kaedah bertungku ini masih lagi digunakan bagi tujuan menyegarkan badan, memudahkan perjalanan darah mengalir di samping membuang saki-baki darah kotor dan sebagainya.
Tahukah kawan-kawan terdapat beberapa jenis-jenis tungku yang kebanyakan dari kita agak jarang mengetahui kewujudannya seperti :-
  • Tungku batu
  • Tungku besi
  • Tungku layor (daun dan buah)
bertungku
Gambar dari Google
  • Tungku abu
  • Tungku garam bukit
  • Tungku moden

TUNGKU BATU
Kaedah tungku batu amat popular di kalangan wanita dalam pantang. Biasanya jenis batu yang digunakan didalam bertungku tersebut seperti batu sungai, batu gunung, batu bata merah dan batu kelikir. Yang paling penting batu tersebut sebesar telapak tangan. Supaya mudah untuk kita mengawal batu ketika bertungku di bahagian tertentu.
Kaedahnya:
Seingat Suri semasa dalam berpantang mak Suri akan membakar batu ini diatas dapur gas sehinggalah batu ini benar-benar panas dan kemudian akan dimasukkan kedalam kain batik. Seperti biasa kain akan di balut kemas dan barulah sesi bertungku akan dimulakan. Namun begitu masih ada juga sebahagian dari masyarakat melayu kita memasukkan kain yang beralaskan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. Tujuannya satu bagi mengeluarkan darah beku dalam badan, mengecutkan bahagian peranakan wanita, menghilangkan kebas-kebas kaki serta untuk mengelakkan buasir.

TUNGKU PASIR
Berbeza pula dengan kaedah bertungku dengan tungku pasir kerana penyediaannya lebih ringkas dan mudah untuk kita mendapat bahan asasnya. Tahukah kawan-kawan pelbagai jenis pasir boleh digunakan untuk menjayakan misi bertungku ini seperti pasir sungai, pasir laut, campuran lumpur, tanah bukit atau pasir bukit.
Kaedahnya:
Sekiranya anda menggunakan pasir disungai maka terlebih dahulu ia perlu digoreng tanpa menggunakan minyak. Gorengkan pasir sungai itu sehingga ia benar-benar kering. Kemudian sediakan kain belacu yang dialas daun pisang, daun mengkudu, lada hitam, hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul, bahu, belikat, perut dan tapak kaki. Kaedah ini amat sesuai bagi ibu yang yang mengalami masalah senggugut ataupun meroyan.
TUNGKU BIJIRIN
Ia digunakan oleh sesetengah bidan kampung untuk rawatan terapi bersalin. Cara ini tiada lain bagi menyusutkan bengkak dan nanah yang terdapat di bahagia pinggul.
Kaedahnya:
Bijirin yang digunakan ialah jenis bijian seperti jejagung, kekacang hijau, lada hitam, halba, lada ekor, ketumbar, daun kantan, daun pandan, halia bara dan lengkuas. Ia akan di tuam di sekitar bahagian pinggul.
TUNGKU BESI
Biasanya amat terkenal di negeri-negeri bahagian belah utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku besi ini diperbuat daripada besi dan berbentuk laras.
Kaedahnya:
Penyediaannya sama juga seperti dengan cara memanaskan tungku tersebut terlebih dahulu dan kemudian memasukkan daun kecubung, lengkuas, daun dan kulit limau puruke dalam bunjut kain. Lalu di tekap dan tuam pada tubuh wanita berpantang.
TUNGKU LAYOR
Tungku layor pula menggunakan sedikit kaedah yang berbeza. Ia terdapat beberapa kaedah yang berlainan sama ada menggunakan kaedah daun ataupun buah. Kaedah daun yang sesuai digunakan ialah daun kantan, lengkuas, jambu batu hutan sirih, kecubung dan kaduk. Bagi kaedah buah ianya menggunakan buah mengkudu.
Kaedahnya:
Daun dan buah tersebut akan dilayorkan (diletakkan di atas api perlahan sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.

Monday, April 8, 2013

False alarm or false labor

Luckily its just false alarm...cuak beb! Maybe utk ingatkan aku yg aku kene bersedia. Barang baby adik x siap beli lg...beg hospital x pack 1 ape pon lg... Borang GL x amik lg... Haih...
Jumaat aku cuti...rehatkan diri. Rehat la sgt... Since brg x abis beli, aku kuar shopping ngan adik aku...kebetulan die cuti plak. Ape lg ke sogo aku terjah... Hasil tuaian dpt la free parking 3 jam... Hahaha...

Harap2 x berlaku lg false alarm nih... Cuaknye tahap tertinggi ok plus ketakutan yg melampau! Mungkin sbb aku x ready lg and br 32w, baby x cukup 1 cycle kejadian lg...and paru2 baby x matang lg and...mcm2 aku pikir. Masuk toilet rase nak nangis risau..pergh... Masa 1st pregnancy aku lebih relax mungkin sbb kali ni aku dah tau mcm mana sakit contraction & sakit bersalin kot buat aku takut terlebih.

Owh...en hubby nye konvo will held on 11th may... Harap2 sempat pergi. "Dear baby adik..kite gi konvo ayah dulu ye... Lepas2 tu br bg hint nak kuar k.." alamak mesti gambar konvo ayah x cantik sbb ade gambar mama yg super duper bolat...sob...sob...

Thursday, April 4, 2013

CUAK

ok...adakah ini false alarm atau akan terjadi sesuatu???
dr smlm aku rase sakit perut mcm senggugut tu... kejap2, pastu hilang... adela beberapa kali terasa bila aku sedar dr tido...sakit mcm nak membuang air besar pon ade. Dan smlm juga aku adalah sgt kerap bangun membuang air kecil...try gak teran slow kot2 nak yak...tp x kuar plak. tawakal jela & sambung tido.

Pg ni adalah x larat sgt nak jln, tp gagahkan jugak ke opis... sakit perut tu terase lg sesekali...tp x consistant & continuous. Lunch minum air kelapa... lepas makan rase nak membuang...gi toilet, skali lepas membuang ade skit lendir kuar....ok, CUAK banget nih... pikir dan pikir ape aku nak buat ni sambil catit sela masa sakit perut. 
See after this, kalo kuar lg lendir/ cairan jernih itu aku kene kemas2 dan balik umah segera!
Ya Allah, berilah aku peluang melahirkan anakku ini ketika kejadiannya cukup sempurna (at least 36w). Permudahkan segalanya bagi ku Ya Allah, berilah yang terbaik buat hambaMu ini...amin.

Tanda-tanda Hampir Bersalin


Tanda-tanda Hampir Bersalin 
 
Apakah tanda-tanda hampir bersalin? 
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
 
  • Bayi turun ke bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
  • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
  • Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
  • Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
  • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
  • Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Bila Perlu ke Hospital?
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.