1. Kurangkan berat badan secara perlahan
- kurangkan berat badan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak ditambah dengan senaman ringan..
- penurunan berat badan yang cepat akan bahayakan bayi kerana mungkin kita membebaskan toksin ke dalam aliran darah dan seterusnya meningkat jumlah pencemar yang masuk ke dalam susu badan.. toksin ni biasanya disimpan di dalam lemak badan.
2. Kerapkan Menyusu Badan
Seorang ibu yang menyusui membakar banyak kalori . Ini bermakna ibu-ibu yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.
3. Minum air dengan secukupnya
bagi ibu-ibu yang menyusu adalah sangat penting untuk meminum air di antara 2-3 liter sehari. ini juga bagi mengelakkan bekalan susu daripada berkurangan
4. Amalkan Pengambilan Supplement yang sesuai
- terdapat banyak supplemet yang terdapat di pasaran pada masa kini. carilah supplemet yang selamat dan sesuai untuk dimakan oleh ibu yang menyusu.
- supplement dalam konteks penyusuan bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya. tetapi ia lebih kepada meningkatkan kesihatan ibu.
- ibu yang sihat tanpa masalah seperti keletihan dan sebagainya akan meningkatkan penghasilan susu badan