CafeMom Tickers

Monday, September 30, 2013

Diet vs menyusu

Kalo ikut hati mesti nak cepat kuruskan...tp mengenangkan masih menyusukan anak, anak lg penting kot...ni beberapa tips yg aku sempat bace kat blog orang...

1. Kurangkan berat badan secara perlahan
  • kurangkan berat badan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak ditambah dengan senaman ringan.. 
  • penurunan berat badan yang cepat akan bahayakan bayi kerana mungkin kita membebaskan toksin ke dalam aliran darah dan seterusnya meningkat jumlah pencemar yang masuk ke dalam susu badan.. toksin ni biasanya disimpan di dalam lemak badan.   


2. Kerapkan Menyusu Badan
Seorang ibu yang menyusui membakar  banyak kalori . Ini bermakna ibu-ibu yang menyusui boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

3. Minum air dengan secukupnya
bagi ibu-ibu yang menyusu adalah sangat penting untuk meminum air di antara 2-3 liter sehari. ini juga bagi mengelakkan bekalan susu daripada berkurangan

4. Amalkan Pengambilan Supplement yang sesuai

  • terdapat banyak supplemet yang terdapat di pasaran pada masa kini. carilah supplemet yang selamat dan sesuai untuk dimakan oleh ibu yang menyusu. 
  • supplement dalam konteks penyusuan bukanlah untuk membanyakkan susu ibu sebenarnya. tetapi ia lebih kepada meningkatkan kesihatan ibu. 
  • ibu yang sihat tanpa masalah seperti keletihan dan sebagainya akan meningkatkan penghasilan susu badan
tu yg slow je badan ni nak turun. aku consume shaklee...takdela turun sgt sbb aku pon kejap makan kejap lupe kejap malas... pastu en. hubby cadangkan gi berjogging. aku ckp ok je tp en. suami kene teman. asal teman aku ok je, nak ke gym pon boleh. Hmm...best gak. dah lame x jogging ni. Last weekend dah beli kasut jogging baru. aku stop jogging sbb kasut kene curi...dah lame dah, lepas bersalinkan Hafiy dulu...hahha...semangat ok! 

ni sumber inspirasi aku....doakan aku berjaya dalam misi ni k... bestnye kurus =p




2 comments:

  1. nak kurus jugekkkkkkkk! aku nak tumpang print gambar kedua tu tampal dekat dapur..kihkih.. Good luck ne.. utk aku jugak..\0/

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan ko dah kurus ke nas... tq2. tampal kat dapur eh...

      Delete