salam. tinggal 5 ramadhan lg sblm syawal menjelma. cepat giler masa berlalu. Ada dah cuti raya dah kan? pergh....syoknye blk kampung. huhu...rindu kampung perlis..kemeriahan raya masa zaman kanak2 dulu dgn arwah tok :-( dah lebih 7 tahun x braya sana.
korang beraya mana tahun ni? jgn gaduh laki bini tau. tetapkan sistem giliran ok. kalo ade special event mcm wedding ke adjust la supaya adil ok. korang semua dah besar...bleh pikir sendiri. cume jgn pentingkan diri sendiri ye. x rugi pon mengalah. ceramah plak. hihi
baju raya dah siap? siap beli? hubby aku bleh x beli lg bj tshirt die... dan x nak beli pon. no prob biar aku yg beli... kasut hafiy blom beli lg. tudung lg 2 blom beli. hmmm....pakai yg mana ade jelah. alamak bj melayu hafiy & zafry lupe amik. sampin blom jahit...aiyyo.
smlm gi amik bj raya aka utk wedg bil nnt kat tailor...ade 2 pasang. masa zan bg bj i...nape bj ni kecik je... nak fitting mmg x sempat la sbb nak rush pi site. amik jela dulu. tp mmg cun la die buat. sy suke. bj kuning gold mahal skit setaraf bj azura azwa ko mahalnye. patch prada lace + pearl :'( yg gold ni x dibenarkan pakai time raya k. peram la dulu till sept. 2 pasang kain mil bg the rest aku tempah & beli. include gold ade 5 pasang...hahaha raya sakan. pengsan. penangan dah lama x buat bj. mostly plain with beads/ lace/ sequin. Balik umah terus try... fit me well. owh i loike!!!
tayang skit lah...
Wednesday, July 23, 2014
Monday, July 21, 2014
Iftar di teratak kami
salam. alkisah semalam giliran kitorang jd tuan umah utk buka puasa. last weekend umah bil. tp kitorang x gi. clash dgn buka puasa anjuran opis hubby. cuak plak... 1st time kene masak semua sendiri utk jamu org mkn. family hubby semua ada kecuali famili adik pompuan die & adik bongsu yg kat australia.
menu:
ketam bercili telur masin
tomyam seafood (udang galah + sotong)
ayam golek (param melawati)
tempe goreng
puding milo-oreo
tembikai
cheese bread pudding (mil)
agar2 lumut (mil)
air apple asam boi (bil bwk)
teh o panas
kuih akok (fil)
roti john (bil)
meja kitorang utk 6 org je. penuh mknn. mkn berselerak la gayanye... mmg cuak. time ni la nak selongkar pinggan mangkuk hadiah kawen dulu..hahaha. aku mmg x penah beli lg sejak kawen. pastu cr tempat serve...adoi. now br pikir nak order corelle & pyrex.
nasi terlembek skit. slalu masak sepot setengah je. tetibe kene masak 6 pot kau!
alhamdulillah. penat weh.yg penting semua org pon mkn bnyk...sedap katenye. i is happy. siap tapau utk sahur.. licin. i kan sahur roti je
kelam kabut punya pasal x sempat snap gambar mknn penuh atas meja & tetamu2. haih. ni pon gambar time lps mkn.
menu:
ketam bercili telur masin
tomyam seafood (udang galah + sotong)
ayam golek (param melawati)
tempe goreng
puding milo-oreo
tembikai
cheese bread pudding (mil)
agar2 lumut (mil)
air apple asam boi (bil bwk)
teh o panas
kuih akok (fil)
roti john (bil)
meja kitorang utk 6 org je. penuh mknn. mkn berselerak la gayanye... mmg cuak. time ni la nak selongkar pinggan mangkuk hadiah kawen dulu..hahaha. aku mmg x penah beli lg sejak kawen. pastu cr tempat serve...adoi. now br pikir nak order corelle & pyrex.
nasi terlembek skit. slalu masak sepot setengah je. tetibe kene masak 6 pot kau!
alhamdulillah. penat weh.yg penting semua org pon mkn bnyk...sedap katenye. i is happy. siap tapau utk sahur.. licin. i kan sahur roti je
kelam kabut punya pasal x sempat snap gambar mknn penuh atas meja & tetamu2. haih. ni pon gambar time lps mkn.
Wednesday, July 16, 2014
Zakat Fitrah
Salam..u olls dah bayar zakat fitrah blom? bayar awal supaya x terlupe...
td ternampak kaunter pandu lalu/ drive through kat masjid putrajaya... good...good.. x sempat plak snap picture.
sumber: en. google
Apa itu zakat fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.WAaktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Jgn lupe ye kawan2...
Monday, July 14, 2014
Puasa dan persediaan Raya
Alhamdulillah dah 16 hari kita di bulan Ramadhan maksudnye dah 16 hari la puase kan. Syukur2.
Ramadhan kali bersederhana sahaja. Setakat ni menu sahun aku setiap pagi masih lg roti. X penah lg sahur nasi. Mujo la tekak laki i is mat saleh sgt...hahaha...
roti
scramble egg
hot dog
roti telur
roti telur cheese
chicken sandwich
mushroom soup
nugget
serunding daging
sambal ketuk
semuanya dimakan dgn roti =p
kalo sebut menu berbuka... mcm2 la. As usual buka puasa hari bekerja adalah di rumah mak mertua. X sempat la kak non oii nak masak. keluar opis 4.40 sampai 6.50pm... penat dok dlm kete. rase nak tertanggal pinggang aku... huhuhu...sadis!
weekend br la buka pose umah mama. aritu join buka pose anjuran opis hubby. Tahun ni nak kurangkan buka di luar, tp kalo ade pelawaan kawan2 tu x dpt nak tolak la... jumpe kwn2 lama kan.
Buka puase... aku akan minum air dulu...segelas dua baru mkn kurma/ kuih. Nasi aku akan makan kurang dr setengah pinggan, lebih skit dr suku.
yg lain xde pantang.. sob sob...tu la yg br sekilo je turun oiii...
aku mcm terlalu obses, hari2 pon timbang...tp mkn x pantang. plan bnyk kali nak gi jogging lps terawih tp mmg tak la...dlm mimpi je =(
i badly missed my jog routine... nak start balik nnt sure mengah2 haih...
Persiapan raya?
Aku dah tempah awal2 sebelum puase lg.
2 pasang kain mak mertua bg utk buat pakai time wedding adik ipar aku ogos/ sept nnt, tp aku plan nak buat pakai raya skali. nak jimat duit kononnya. 1 helai jubah, 1 kain songket + top
konon2 nak pakai color gold, sekali fil ckp nnt org dah tgk bj tu. lg pon gold tu theme wedg sblh kite. makanya...tukar plan lah. Either tukar terus theme color or aku mix and match je. Baju nikah pon dah muat pakai balik =p (wink...lompat bintang)
tgk bj2 online cun2 tp x terbeli lg setakat ni... i is x suke same ngan org. lg prefer tempah. 3 lagi bj yg tempah tu x siap nih. aritu gi amik 1 jubah tu skali salah buat, no front zip mcm yg aku request, hampir ngamok aku...mcm mana nak bf anak kan. haih...padahal die tulis dlm buku tempahan tu ;-( 2 lg baju tempah kat tailor yg jahit bj kawen aku...all time favorite. satu masa dulu aku rasa rate die mahal sgt, but now ok la...affodable..alhamdulillah.
utk anak2, aku setiap bulan akan beli bj baru utk anak2 aku mengalahkan anak pompuan plak. so utk raya xdela beli banyak...topup skit2 je.
bj melayu hubby dah siap. anak2 dah tempah. cuma 1 bj utk zafry & kain sampin diorang aku jahit sendiri, dah gunting tinggal nak jahit je.
bj hubby blom shopping lg. Sambil2 tu sedang buat wardrobe overhaul...baju2 lama yg masih elok nak sedekah kpd yg lebih memerlukan. ade bj yg aku br tempah awal tahun aritu, tp dah jadi bj gajah...besar sgt oii... x pakai! dr memenuhkan almari, baik bg org pakai kan?
kuih raya aku tunjuk je...seminggu sblm raye dpt la. harapan la nak buat sendiri. tp kek aku buat sendiri ok. tgh pikir nak buat 1 menu utk raya nnt.
tukar duit raya blom lg...td gi cimb putrajaya, skali die ckp dah tutup kaunter. Kaunter bukak 9.15 sampai kul 12 je. padahal aku sampai 11.50...bikin panas je.
gi maybank, rabu ni br start bukak kaunter, gi rhb blom ade duit lg. kesimpulannye...rabu ni la aku gi ='(
zakat fitrah hubby dah bayarkan sefamili.
perasaan? bercampur baur... nak gembira x gembira sgt la.. sedih sgt utk Gaza. Ya Allah...berilah yg terbaik buat saudara seIslamku di Palestin. Sesungguhnya Kau lebih mengetahui.
Kita mendoakan kehancuran utk Israel, tp kita x tau perancangan Allah.
Setiap sesuatu perkara jahat/ buruk/ baik semua datang dariNya!
maka kepadaNya kita kembalikan.
Ya Allah, hati kecil yg Kau kurniakan rase belas ihsan ini amat pilu atas kesenggaraan mereka. Kau peliharalah mereka Ya Allah!
Thursday, July 10, 2014
oreo oh oreo...
dugaan bulan pose...
bleh plak tetibe teringat biskut oreo...
yummy
lebih enak buat cheese cake oreo
google resipi dulu, ada masa kite buat.
tak meleleh air liur tgk?
haih...sabar2...
Wednesday, July 9, 2014
Jom try Glitter Glam Shawl oleh ShawlbyAnne
ShawlbyAnne baru lancarkan koleksi terbaru sempena Raya
Glitter Glam shawl.. ada 6 warna untuk dicuba
yang masih2 tercari tudung yg sesuai boleh la gi tengok di shawlbyanne.blogspot.com
Thursday, July 3, 2014
Penjawat Awam dpt Bantuan Khas Aidilfitri: Alhamdulillah, rezeki!
mesti korang dah dgr berita smlm kan...
memula...erk...500 je. ingatkan sebulan bonus ke setengah bulan pon ok gak.
pikir2 balik... apa yg dtg tu tetap rezeki dari Allah.
Syukur. Sape nak bg free 500 kan
Alhamdulillah.
manfaatkan lah wang itu sebaiknya.
smoga Allah memberkati setiap sen yg kita dpt & belanja.
Penjawat awam, pesara terima bantuan khas raya
Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.
Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.
Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)