Assalamualaikum.
Tahun
2016 dah dipenghujungnya.. dush dush…. Setiap tahun memang ade simpan keinginan
dan target nak pergi bercuti, tapi asyik je tak kesampaian. Tahun ni aku focus kerja.
Bekerja keras, sepenuh jiwa raga tau, ahaks… Tolong la paham bos. Tahun ni aku
sempat pergi ke Bandung je. Tapi cuti tahunan abis, camne? ish ish ish… Aku dah
study dan plan itenary nak ke Korea ni beberapa tahun dah, tapi ada je
halangan. Mak anak ramai kan…banyak komitmen pulak tu. Banyak keperluan lain
yang lebih penting dari menunaikan hasrat hati bercuti. I wish next year
tercapai la hajat nak bercuti ke tempat idaman…Seoul! Traveloka.com.my via #MyTravelokaEscapade contest tolong
jadikan impian saya satu kenyataan! Please…please…please… hahaha…
Why Seoul? Tak payah cerita
banyak pon korang mesti tau kenapa kan. Tambahan pulak penggemar cerita Korea.
Hero Korea yang handsome. Aku ni bukan la peminat tegar citer Korea, sejak jadi
mak budak memang takde masa nak layan drama-drama ni. Aku jatuh cinta dengan
keindahan semulajadi especially masa musim luruh. Cair beb! Kriteria memilih
tempat percutian yang aku pilih mestilah tempat yang cantik, yang lain daripada
Malaysia. Ada aktiviti untuk dibuat seperti taman tema, anak-anak pon tak bosan
berjalan dan ambil gambar je. Ada tempat shopping untuk bawa balik buah tangan
sebagai kenangan.
Korea Selatan adalah Negara Asia
yang mempunyai 4 musim. Nak pergi Eropah macam jauh sangat dan mata wang sangat
tinggi. Seoul ni kira dekat la. Mata wang pon dalam 3x ganda duit Malaysia je.
Musim Bunga (Mac – Mei), Musim Panas
(Jun – Ogos), Musim Luruh (September – November) dan Musim Sejuk (Disember –
Mac).
Jika nak menikmati keindahan bunga-bunga terutama sakura, pergi lah masa
musim bunga, indahnya la hai, berwarna-warni. Ahh untuk peminat bunga macam aku
ni…uishh! Musim luruh dapat tengok daun-daun bertukar kekuningan dan berguguran,
cuaca pon ala-ala sejuk tak beku gitu, nyaman. Suasana musim luruh memang
romantik sangat, sesuai untuk berbulan madu…eh?! Hahaha.. Terdapat juga
pelbagai Festival Musim Luruh seperti Festival Gingseng, Festival Kembang Api,
Festival Kimchi dan sebagainya. Musim sejuk pulak dapat main salji tapi tak tau
la boleh tahan ke tak cuaca sejuk terlajak tu. So pendek kata memang teringin
bercuti ke sana sebab nak menikmati keindahan dan nak tengok juga persekitaran negara
maju macam mana kan… bleh upgrade minda skit, anjakan paradigma! Meleleh je air
liur tengok orang publish gambar bercuti di Seoul, Nami Island dan Jeju
Island.. uwwaaa jeles! Nak jugak… nak jugak…
Seoul juga macam sesuai nak
bawak family dan anak-anak kecil bercuti. Banyak tempat menarik nak bawa
anak-anak jalan. Antara tempat-tempat menarik yang menggoda dan menjadi igauan
aku….
1 Cheonggaecheon
Terletak
di tengah Bandar Seoul
2 Seoul Central Masjid di Itawon
3 Seoul Namsan Tower
5
Samcheongdong dan Bucheon Hanok Village
6 Everland
7
Seokchon Lake dan Lotte World
Bukan
takat budak je enjoy, mak ayah boleh join jugak kat sini.
8 Haneul Sky Park
9 Nami Island
Dah puas jalan baru la gi shopping. Mana nak tuju? Ni antara tempatnya:
1.
Namdaemun Market
Pasar
terbesar di Seoul untuk shopping souvenirs seperti keychain, fridge magnet,
t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch.
2.
Myeongdong Shopping Street
Di
sini terdapat banyak kedai barangan branded
dan butik-butik popular. Barangan disini mahal sikit tapi cantik
dan berkualiti. Barang-barang kosmetik sangat banyak dan popular kat sini.
3.
Gwangjang Market
Boleh shopping fabric macam korean silk atau cotton
4.
Insadong Art Street
5.
Dongdaemun
Amacam? menarik kan tempat-tempat untuk dilawati di Seoul... Tula yang aku teringin sangat nak pergi bersama suami dan anak-anak. Sambil planning, kita kene menabung juga. Kalau ada yang sponsor lagi la bagus kan, bawak duit poket je. I need a holiday lah! To Seoul I wish… #MyTravelokaEscapade
do visit Traveloka.com.my if u plan to travel