CafeMom Tickers

Thursday, December 22, 2016

I need a holiday lah! To Seoul I wish… #MyTravelokaEscapade

Assalamualaikum.

Tahun 2016 dah dipenghujungnya.. dush dush…. Setiap tahun memang ade simpan keinginan dan target nak pergi bercuti, tapi asyik je tak kesampaian. Tahun ni aku focus kerja. Bekerja keras, sepenuh jiwa raga tau, ahaks… Tolong la paham bos. Tahun ni aku sempat pergi ke Bandung je. Tapi cuti tahunan abis, camne? ish ish ish… Aku dah study dan plan itenary nak ke Korea ni beberapa tahun dah, tapi ada je halangan. Mak anak ramai kan…banyak komitmen pulak tu. Banyak keperluan lain yang lebih penting dari menunaikan hasrat hati bercuti. I wish next year tercapai la hajat nak bercuti ke tempat idaman…Seoul! Traveloka.com.my via #MyTravelokaEscapade contest tolong jadikan impian saya satu kenyataan! Please…please…please… hahaha…


Why Seoul? Tak payah cerita banyak pon korang mesti tau kenapa kan. Tambahan pulak penggemar cerita Korea. Hero Korea yang handsome. Aku ni bukan la peminat tegar citer Korea, sejak jadi mak budak memang takde masa nak layan drama-drama ni. Aku jatuh cinta dengan keindahan semulajadi especially masa musim luruh. Cair beb! Kriteria memilih tempat percutian yang aku pilih mestilah tempat yang cantik, yang lain daripada Malaysia. Ada aktiviti untuk dibuat seperti taman tema, anak-anak pon tak bosan berjalan dan ambil gambar je. Ada tempat shopping untuk bawa balik buah tangan sebagai kenangan.

Korea Selatan adalah Negara Asia yang mempunyai 4 musim. Nak pergi Eropah macam jauh sangat dan mata wang sangat tinggi. Seoul ni kira dekat la. Mata wang pon dalam 3x ganda duit Malaysia je.

Musim Bunga (Mac – Mei), Musim Panas (Jun – Ogos), Musim Luruh (September – November) dan Musim Sejuk (Disember – Mac). 

Jika nak menikmati keindahan bunga-bunga terutama sakura, pergi lah masa musim bunga, indahnya la hai, berwarna-warni. Ahh untuk peminat bunga macam aku ni…uishh! Musim luruh dapat tengok daun-daun bertukar kekuningan dan berguguran, cuaca pon ala-ala sejuk tak beku gitu, nyaman. Suasana  musim luruh memang romantik sangat, sesuai untuk berbulan madu…eh?! Hahaha.. Terdapat juga pelbagai Festival Musim Luruh seperti Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Musim sejuk pulak dapat main salji tapi tak tau la boleh tahan ke tak cuaca sejuk terlajak tu. So pendek kata memang teringin bercuti ke sana sebab nak menikmati keindahan dan nak tengok juga persekitaran negara maju macam mana kan… bleh upgrade minda skit, anjakan paradigma! Meleleh je air liur tengok orang publish gambar bercuti di Seoul, Nami Island dan Jeju Island.. uwwaaa jeles! Nak jugak… nak jugak…

Seoul juga macam sesuai nak bawak family dan anak-anak kecil bercuti. Banyak tempat menarik nak bawa anak-anak jalan. Antara tempat-tempat menarik yang menggoda dan menjadi igauan aku….


1 Cheonggaecheon
Terletak di tengah Bandar Seoul


2 Seoul Central Masjid di Itawon

 
      3  Seoul Namsan Tower


  



      4  Gyeongbokgung Palace dan Changdeokgung Palace










   5    Samcheongdong dan Bucheon Hanok Village






6 Everland




 7    Seokchon Lake dan Lotte World
    Bukan takat budak je enjoy, mak ayah boleh join jugak kat sini.



     8  Haneul Sky Park

  
         9  Nami Island


    tempat penggambaran cerita Winter Sonata

pelakonnya adalah...
 

Dah puas jalan baru la gi shopping. Mana nak tuju? Ni antara tempatnya:


1.    Namdaemun Market
Pasar terbesar di Seoul untuk shopping souvenirs seperti keychain, fridge magnet, t-shirt dan barang paling popular yang sering dicari ialah Korean Brooch.



    2.    Myeongdong Shopping Street
Di sini terdapat banyak kedai barangan branded dan butik-butik popular. Barangan disini mahal sikit tapi cantik dan berkualiti. Barang-barang kosmetik sangat banyak dan popular kat sini.
 


    3.    Gwangjang Market 
    Boleh shopping fabric macam korean silk atau cotton




    4.    Insadong Art Street


    5.    Dongdaemun

                                                                                                             


Amacam? menarik kan tempat-tempat untuk dilawati di Seoul... Tula yang aku teringin sangat nak pergi bersama suami dan anak-anak. Sambil planning, kita kene menabung juga. Kalau ada yang sponsor lagi la bagus kan, bawak duit poket je. I need a holiday lah! To Seoul I wish… #MyTravelokaEscapade

do visit Traveloka.com.my if u plan to travel

2 comments:

  1. I am very pleased to find this blog. I want to thank for your time for this wonderful read!!! Keep Sharing, I’ll surely be looking for more.

    Girls Clothing Online India

    ReplyDelete
  2. pegi la une... mmg best.. n confirm byk nk shopping.. hehe..

    ReplyDelete