CafeMom Tickers

Thursday, February 25, 2010

Untuk bakal pengantin....

hello...
Arini terasa nak menulis utk bakal2 pengantin...just view beberapa page utk kerja2 kahwin & sgt teruja, rase mcm nak sanding lg sekali je...hehehe...
Bagi sesiapa yg sedang merancang utk mendirikan rumah tangga or bertunang...anda sudah boleh mula men'survey2' perkara berkaitan ur big day itu nnt....mulakan dgn membeli majalah Pengantin. Mungkin anda telah ada impian mengenai konsep majlis anda nnt, tp x tau nak merealisasikannya...sila lah dapatkan info dari majalah2 yg memaparkan idea2 majlis perkahwinan...mungkin ia dpt membantu.
Selain itu, banyak juga blog2 atau web yg memaparkan idea2 perkahwinan ini serta menawarkan perkhidmatan untuk perkahwinan...search saja kat internet tuh...mesti jumpe. Hanya di hujung jari anda....
Hasil survey ini, anda sudah boleh merancang majlis perkahwinan anda...seperti:
  • warna tema
  • konsep perkahwinan
  • pakaian
  • make-up
  • dekorasi pelamin/ majlis
  • lokasi majlis
  • perisian majlis/ atucara majlis
  • buah tangan
  • bunga pahar/ bunga telur
  • photographer
  • kad kahwin
  • hantaran
Daripada keseluruhan ini anda telah boleh merangka budget utk perkahwinan anda...sama ada ianya ala kadar/ sederhana/ mewah....ukur la baju di badan sendiri. Jika rase budget tidak mencukupi, cube cari perkara yg paling penting sekali bg anda dari perkara2 di atas...letakkan budget utama utk perkara itu...yg lain2nya biarlah murah/sederhana...contohnya, anda mahu pakaian anda paling glamor....letakkan budget lebih utk itu, limitkan budget utk perkara2 lain seperti kad kahwin, bunga pahar/telur, buah tangan, hantaran atau perisian majlis.... itu majlis anda, anda perlu tentukan sendiri mengikut budget yg anda ada....x perlu terikut2 dgn majlis mewah sedangkan anda tidak mampu...xkan nak dibelenggu hutang sampai ke tua, btol tak? biarlah majlis sederhana mengikut kemampuan, tetapi meninggalkan kesan dan memuaskan hati sendiri....let it be simple & sweet ;)
Selepas majlis, anda boleh menikmati alam rumah tangga dengan tenang + memori indah perkahwinan, tanpa bebanan hutang...dah bleh plan utk perkara lain lak, misalnya beli rumah dan ada anak....banyak lagi keperluan perbelanjaan akan datang. Choices in ur hand...renung2 kan...

No comments:

Post a Comment