Thursday, February 24, 2011

Amalan Semasa Mengandung

Antara doa-doa yang digalakkan untuk diamalkan semasa mengandung ialah:


  • Saidul (penghulu) Istighfar

  • Surah Ali 'Imran, 3:8-9 (Doa memohon rahmat)

  • Surah Ali 'Imran, 3:38 (Doa memohon zuriat yang baik)

  • Surah Ibrahim, 14: 40-41 (Doa agar anak mengerjakan solat)

  • Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)

  • Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)

  • Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

  • Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)

  • Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)

  • Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)

  • Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)

  • Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)

  • Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)


Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:


1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.


2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.


3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.


4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.


Jom cube amalkan...x rugi pon.


*aku tgh dlm mood tenang ni, jgn plak ade yg saje carik pasal buat aku marah eh...hehehe...


Source: intomylens.blogspot.com

2 comments:

  1. farhana,congrate!
    sori baru nak wish...super duper lambat.
    btw,take care ye =)

    ReplyDelete