CafeMom Tickers

Wednesday, March 27, 2013

Mommy Pingu...

Alkisahnye...smlm lepas kuar opis, on the way blk umah tergerak hati nak singgah jj... kebetulan teringat rebate baucer blom amik. Konon2...bajet2...kuat la nak jln2, beli brg skit... Lepas amik baucer, gi beli brg baby skit mcm wipes, baby bath, liquid cleaser etc... sampai kat kaunter nak bayar, tgn yg penuh barang tu lenguh x ingatnye, sakit giler...nak nangis rase, mungkin sbb pegang barang lame2 kot. 

selesai bayar aku angkat la barang tuh, MasyaAllah...beratnye! padahal ape je aku beli, tahap x laratnye over plak. Tetibe hubby call suh beli KFC & aiskrim... Hmm...ok. Maka aku pon berjalan la menuju ke KFC, mak aiii...apehal rase slow semacam je ni, dah try abis laju aku jalan, still slow, rase mcm terkedek2 mcm peguin...mommy pingu! adeh. Sebak, nak nangis rase. Beratur plak dlm KFC tu skit nye lame. dah settle ku gagahkan jua ke pasaraya cari aiskrim...nak sampai ke pasaraya tu buat aku rase nak nangis lg...padahal dr KFC ke pasaraya tu bukan jauh pon, tp aku rase dah penat & mengah giler dan terasa pasaraya tu jauh yg amat... huhuhu...cry! apakah maknanya ni...

Balik umah, ngadu ngan hubby..."sorry abg, syg lambat. ntah nape syg rase dah jln laju tp still slow, mcm pingu =(" i'm no longer can do a lot of things with my ownself...owh... even now i'm requesting my mom to start send me to the office next month. Slalu balik opis terus amik Hafiy kat umah MIL, but now, hubby yg amik. i dah x larat.. this week baby turns to 31 weeks...next week turns to 32w... another 1 month to enter 36w.

and 2 days before, aku mimpi sakit contraction...mak aii... and keep thinking how i'm going to deliver this time... can it be normal? vaccuum? forcept? c-sect? adeh...ngeri2... please Allah, let it be normal! i beg U.... 






Hafiy plak skrang suke sgt layan pingu... kebetulan aku beli buku citer pingu, nanny die beli patung pingu... comel je bile die suke joget hentak2 kaki mcm citer happy feet tuh...



pingu pink jugak yg die nak...layan pingu kat umah nanny.

KELEBIHAN PANTANG 44 HARI


Sumber:  Harian Metro (27.2.13)
KELEBIHAN PANTANG 44 HARI
"Teringat cerita seorang rakan yang baru saja melahirkan anak pertama. Oleh kerana masih muda dan terdedah dengan gaya hidup moden, dia tidak meng­amalkan cara berpantang yang betul sama ada dari segi pemakanan mahupun rawatan tradisi seperti berurut, berbengkung dan bertungku. Akibatnya selepas setahun, dia mengakui sakit badan dan sukar tidur malah ada ketika lenguh pada tangan dan kaki"
Ramai wanita terutama ibu moden masa kini memandang mudah pada amalan berpantang selepas bersalin sehingga tidak mahu mengikut kaedah tradisional terutama perkara yang dianggap menyusahkan diri. Antaranya, minum air campuran herba kerana tidak sanggup menahan rasanya yang pahit, memakai bengkung kerana tempoh melilit yang lama serta bertungku
Namun sebenarnya, semua amalan berpantang dari saat melahirkan anak sehingga tamat tempoh 44 hari mempunyai maksud tersendiri serta kebaikan yang diperoleh bukan saja dalam tempoh berpantang malah sehingga akhir hayat.

Walaupun ada sesete­ngah tanggapan ia waktu yang membosankan kerana terpaksa menunggu 44 hari, mereka yang mengetahui rahsianya akan mempergunakan sepenuhnya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.
Foto
NASI lemuni mengandungi banyak khasiat.

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan mengganggu keseimbangan hormon dan wanita mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Ketika melahirkan anak pula, mereka menggunakan sepenuh tenaga sehingga banyak urat saraf tercedera dan luka.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan minum air segelas sehari saja. 

“Diet begini tidak lagi sesuai pada masa kini kerana kurang zat serta terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itu pemakanan haruslah seimbang dan mengandungi semua zat diperlukan tubuh,” 

Dalam hal ini pengambilan ikan amat digalakkan ketika berpantang kerana ikan mengandungi protein dan sangat baik untuk penyembuhan luka. Antara ikan yang disyorkan termasuk haruan, belut dan ikan merah sama ada dibuat sup, dibakar atau dikukus. Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang dikhuatiri akan menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain itu, jenis ikan yang menyebabkan kegatalan serta menimbulkan reaksi alahan juga tidak digalakkan antaranya kembung, tamban, cencaru atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.

"Untuk minggu pertama selepas bersalin saya menyediakan nasi yang dimasak bersama daun lemuni hitam. Daun ini mempunyai banyak khasiat iaitu mengembalikan tenaga serta melancarkan peredaran darah. Nasi ini sesuai dimakan bersama sup ikan merah atau sup haruan,” katanya yang turut menyediakan ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, lemuni hitam, sekentut, cemumar, pudina, bebuas dan ruku. Ulam-ulaman ini mengandungi serat, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuk A, C dan E serta bersifat antioksida.

“Saya juga memastikan hidangan mengandungi sayur-sayuran seperti brokoli dan lada benggala kerana sayur-sayuran ini tidak berangin dan mempunyai khasiat yang tinggi. Tetapi elakkan mengambil sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, kacang panjang, petola, labu, rebung, petai, jering serta terung,” jelasnya yang turut menggalakkan ibu mengambil buah-buahan seperti anggur dan epal. 

Selain itu, mandi menggunakan air rebusan dedaun pada waktu pagi selama seminggu mampu memberi kesegaran, menguatkan otot badan serta memberi haruman pada tubuh. Lebih elok dilakukan selepas selesai bertungku dan berurut dan diamalkan sepanjang tempoh berpantang atau dua minggu selepas bersalin.

Banyak daun kayu dan pucuk muda boleh digunakan sebagai air rebusan mandian. Antaranya daun kunyit, serai wangi, kacip fatimah, pandan, lengkuas, daun pisang kelat, daun inai dan daun mengkudu.  Saya juga menasihatkan wanita supaya memulakan jirusan pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. 

“Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Daun rebusan itu juga boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit,” katanya yang mengakui amalan mandi sebegini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Urutan Tradisional Melayu daripada Politeknik Shah Alam, Zuzana menambah, urutan sebaiknya dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut atau pada penghujung pantang pada hari ke-42 hingga ke-44, hari ke-60 dan hari ke-100 pantang. Tujuannya untuk memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin dalam badan, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut, mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta melancarkan pengeluaran susu badan. 

Amalan bertungku pula penting kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin dan mengecutkan urat selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Selepas bertungku biasanya darah nifas mengalir lebih lancar. Tungku yang diperbuat daripada besi perlu dipanaskan kemudian dibalut kain yang dilapik daun mengkudu. “Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun dan merawat bahagian badan. Proses ini dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari dan di atas perut,” katanya yang menggalakkan ibu bertungku selepas habis pantang. 

Selepas bertungku, perut disapu dengan ubat barut yang dicampur bersama minyak, kapur sirih dan perahan limau nipis kemudian kain sepanjang 15 meter dililit bermula di kawasan pinggang hingga ke pinggul bertujuan mengurangkan rasa sakit di perut, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut dan memulihkan kawasan rahim. Ini berbeza dengan bengkung moden yang hanya menggunakan pelekat. 

“Selain itu, wanita digalakkan memakai param ke seluruh badan bagi mengelak badan dimasuki angin serta pilis di dahi supaya dapat menghilangkan rasa pening kepala. Namun kini, ia semakin kurang diamalkan,” katanya. 

Bagi ibu yang bimbang anak mereka mengalami masalah demam kuning, selepas bersalin Zuzana mencadangkan ibu minum campuran jus kurma dan manjakani yang membantu mengurangkan masalah kuning pada bayi. Malah kurma berkhasiat memberi tenaga manakala manjakani ejen terbaik mengubati luka selepas bersalin. Serbuk manjakani juga sesuai ditaburkan pada hidangan untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman. 

Tambah Zuzana, peringkat penjagaan dalam pantang ini bukan hanya sesuai untuk ibu yang melahirkan anak secara normal malah sesuai untuk kelahiran pembedahan. 

“Mungkin pada awal kelahiran, ibu tidak boleh bertungku dan berbengkung sehingga selepas seminggu bersalin dan mengelak menyentuh kawasan pembedahan. Namun dari segi pemakanan, ia sama saja,” jelasnya yang berpengalaman 11 tahun dalam bidang rawatan selepas bersalin. 

Dia yang membuka pusat rawatan selepas bersalin di Sungai Besi ini menyediakan pakej bermula seminggu selepas bersalin atau sehingga selesai tempoh berpantang termasuk rawatan urutan badan, bertungku, mandian herba, mandian dan urut bayi serta penyediaan makanan untuk ibu selepas bersalin. 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat selepas bersalin boleh melayari laman sesawang www.zuzanapostnatalcare.com.my.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/27

Monday, March 25, 2013

Hafiy @ 18 months old

Hafiy dah besar. Mcm x caye...cepatnye mase berlalu. Bagus gak la sbb die nak jd abg dah kan. But he is still my cute lil baby boy... Time aku check up aritu kebetulan same ngan check up hafiy 18bln.
Berat: 10kg... Mama dah x larat dukung kamu
Tinggi: 81cm
Kene cucuk...nasib nangis skit je. Lepas tu je terus jd hyper...adeh penat mengejar 1 klinik.

At this age...die sgt cpt blajar..tiru pelakuan org. Tp tang menyebut tu lambat skit mama die nak paham...kadang2 x berbutir...ikut sedap celoteh die la.

Word yg aku bleh pick up stakat ni...
Mama - mama
Terima kasih - shih
Habis - bish
Bit you - bi u
Kiss/ sayang - mmmmmmuah
Nak - nak
Nah - nah
Dah-dah
Ball- bool
Two- tu
Three - trii
Four- fffou
Cat - at
Upin ipin - ppin...
Eeiii- eeiii
Tu - tu
Cepat - pat

Aksi2 comel
*Salam - die akan salam cium tgn sambil sebut mmmmmmuah
*Bye - die akan buat flying kiss sambil sebut mmmmmmmuah bnyk kali.
*Jumpe sikat gi dpn cermin sikat rambut die...
*Jumpe botol losyen ke minyak ke... Bkk tuang kat tgn dah sapu kat kepala tiru ayah die sapu minyak rambut.
*Jumpe baby akan kiss kat pipi/ muka...mmmmmmmmuah
*Pampers or sampah die akan amik & buang dlm tong sampah kat dapur
*Bace doa...angkat tangan sambil mulut terkumat kamit bisik2...
*Sepak bola. Ayah die tunjuk skill die akan ikut..
*Kalo bwk main kat luar...die akan jalan yerus ke taman permainan... Ayah die ikut je kat blakng..bleh plak die tau jln ke sana.
*Suke benor kalo org dok tegur2 die senyum2 kat die....die akan tersipu2 senyum...

Percakapan yg die paham
*Hafiy yak tak? Sambil tgk pampers die.. Kalo ye die jwb 'dah', kalo x yak die jwb 'tak'
*Hafiy nak susu bg mama botol...die amik botol sambil tunggu mama die kat dapur
*Hafiy jom mandi...serah diri utk mama bkk baju & terus lari gi tunggu dpn pintu toilet
*Hafiy jom solat...die akan berdiri dpn aku ats sejadah yg same terus angkat takbir, rukuk sujud (baring meniarap)...
*Hafiy jom tido... Die akan buat bunyi "krooh krooh....pastu gelak" haip...
*Mama nak skit... Die akan bg ape yg die ade skit kat aku...pastu amik balik...
*Hafiy jom mkn... Terus tarik kerusi meja mkn...panjat & duduk atas meja mkn sambil kacau segala mknn atas meje gune sudu.
* give me five - die akan give me five la...

Banyak lg kalo nak di senaraikan... Setiap hari pon teruja tgk perkembangan die. Alhamdulillah.
Hafiy jd anak yg baik ye...nnt jage adik pulak..



Thursday, March 21, 2013

Pregnancy: 30 weeks

My baby is 30 weeks now. Pergi check up last monday... Alhamdulillah, the progress is good till now. Pray for smooth & easy 3rd trimester & delivery...amin.
As per check up at 29w 4d...
HB : 11.1
BP : 118/63
weight : naik 0.5 kg je (yeehaa! Tp aku dah mengembang dgn jayanya)
urin : ok
jantung baby : 149 bpm
kedudukan baby : cephalic ( alhamdulillah kepala dah kat bwh, harap x pusing lg)
Result mgtt 8hb aritu NORMAL
FBS: 4.3
2HPP: 3.6
Scan mase 28w aritu...
FL: 56.3 mm
EFL: 1356g (berat skit dr abg hafiy dulu...cuak!)
Still x sgt pasti jantina baby... Tp doc ckp insyaAllah............??? (ce teka)
Pasni checkup adalah 2 minggu sekali. Mak yong dah x brape larat nak bwk perut. Tp tetap kene gi site gak....adeh. Brg x abis beli lg...tp nurse dah pesan bleh start prepare brg & beg hospital..camne... Skrang dah teringat2 balik sakit contraction..owh...sakitnye! Dan x tau ape bahagian aku kali ni...smoga dipermudahkan segala urusan & diringankan ujianMu yg Allah...amin.

Wednesday, March 20, 2013

Genting ~ Mac 2013

Early mac me & family spend time gi bercuti kat genting. Balik hari je pon. Saje nak have fun sbb rase dah lama x gi bercuti... Mak yong mane bleh main... Tgk jela hubby & adik2 berjimba. Si hafiy pon x bnyak mainan yg die bleh main. Nak main pon takut...haih. Kitorang gerak dr umah kul 8.30pg mcm tu...Hafiy redha je kene bgn awal...mandi mate x bkk ok. Semua skali ade 6 dewasa 1 baby besar. Sampai2 org x ramai lg kat outdoor. Aku tukang amik gambar jela. Jom layan gambar...puas diorang main sampai kul 4ptg br ingat nak cr lunch. Terjah KFC...pastu terus pulang. Perh...penat tp syok!




Tuesday, March 12, 2013

Dugaan...wean off?

Urghhhh....ngantoknye. Dah seminggu lebih aku asyik tido lambat...kul 2-3 pg. Ni semua gara2 si abg Hafiy yg susah nak tido. Abis semua lampu padam pon xleh nak tido. Die dok merengek jerk...menangis lah... Sblm tido dah minum susu sebotol, pastu nak gayut lg (bf)...sekejap bleh la, lame2 sakit ooii...dah la time pregnant ni sensitif skit kat situ...adoi... Mama & ayah dah tertido die dok berjaga lg + dok nangis. Segala mcm la aku buat nak bg die tido...ingat sakit perut, aku sapu minyak angin, x jln jugak, gosok2 blakang pon x jln, tepuk2 apa tah lg. Maka menangis la mama die ni susah hati dan mengantok keletihan...plus pikir mcm mana kalo baby dah kuar nnt? How to handle the 2 babies ni...huhu... Ayah pon x tau nak buat ape..puasla ayah pujuk, tidokan die bagai...x jln gak. Terpikir nak stop bf die... Tp blom stop pon die susah tido, kalo x bg mcm mana??? Meraung gamaknye.
Smlm...aku dah buntu x tau nak buat ape. Aku bkk lampu..ajak die sembang2...instead nangis kan...perit telinga. Tersengguk sengguk layan die sembang, pastu aku bg die main game kat hp...dah btol2 die ngantok agaknye pastu die sendiri bg hp kat aku & mintak gayut. Alhamdulillah time bf tu die tertido sendiri. Fuhhh...xkan rutin harian aku akan hanya tido kul 2-3 pg??? Kul 5.40pg dah kene bgn... Nak drive ke putrajaya plak. Pg td drive pon tahan mata jer....giler ngantok. Adeh.....


Monday, March 4, 2013

Last sem...

Hopefully... Today start kelas. Sem ni tinggal 1 subjek & dissertation 2...which is final thesis. Result sem lepas...alhamdulillah semua lulus. Tp idak ler cemerlang sgt...seperti dijangka sbb aku super duper mls. Sem ni lg mls sbb pikir nak beranak je...tp memikirkan aku nak abiskan cepat master ni...so that aku akan ade lebih banyak masa utk hubby & anak2..ku harungi jua. Dgn perut memboyot pergi kelas...exam mungkin tgh pantang...viva nnt dah lepas pantang kot. Tp nak menyiapkan thesis tu yg menuntut kerajinan aku tahap ke8..hahaha...
Baiklah...start collect info yg masih kekurangan..next modelling!

Euuhh...blom pi kelas dah rindu hafiy... Harap2 kelas arini sekejap je..