CafeMom Tickers

Friday, December 29, 2017

Orentasi Hafiy & OT Zafry

Assalamualaikum...

Semalam adalah Hari Orentasi Darjah 1 sekolah Tmn Melawati. Hafiy sgt relax, mama ayah beria pesan mcm2. "Hafiy tau la mama, nnt dah abis Hafiy tunggu mama kat pintu belakang". confident ok. Hai la anak aku ni. Hafiy mmg agak berani, confident and peramah. Risau jugak aku. Ada masa mungkin terdedah bahaya. sekolah dekat sgt dgn rumah tp still pergi naik van, blk aku amik. Hafiy ckp die bleh balik jalan kaki, tp M'sia kini x mcm M'sia dulu.... aku dulu sekolah jauh pon berani je gi jalan kaki. Allahu....mintak dijauhkan dari sebarang perkara yg x diingini.

Pagi2 siap mandi, sarapan...gi hantar adik2 gi umah nanny. Mama ayah both cuti. Kami bertiga ke sekolah. Daftar ke hadiran, masuk kelas. Hafiy masuk kelas 1 Bijak. mula2 ni sekolah atur ikut tarikh register. Dah masuk kelas, tgk meja tengah dah penuh. Hafiy nak dok depan kat tepi, tp aku ckp xde kawan, Hafiy dok la tengah tp blakang skit. Hafiy x nak, cikgu kelas perasan "Takpe puan, dia nak dok depan, bagi die dok depan" ok cikgu. Mama die ragu2 nak tinggal die kat kelas tp die bleh buat relax je x layan mama. Mama ayah kene gi dewan ade taklimat.



Sesi taklimat dimulakan dgn ucapan guru besar, pk petang & PPD Gombak. Sekolah ni ambil maklum tentang latar belakang murid yg dtg dari pelbagai jenis pra sekolah, so x fair nak buat exam untuk tentukan kelas tuh awal2. So 2 minggu pertama sekolah akan mengajar, minggu last akan ada assessment dan pembahagian kelas akan dibuat pd Jumaat minggu ke2 tuh berserta jadual kelas. 2 minggu pertama x perlu bawa buku teks/ lain2. hanya bawa alat tulis dan color. Nice kan? So mak yg neves...hahahaha... Lain-lain, banyak jugak tips yg dikongsi cikgu. antaranya:
  • Brain gym activity - ketuk ketampi
  • makanan otak - air kosong (jgn bg anak minum air tin)
  • excercise kuatkan tgn utk tulisan cantik - monkey bar & penggunaan gunting
  • tingkatkan sensory anak - main pasir
lepas habis taklimat gi amik Hafiy kat kelas, cikgu cakap die ok, tanya ape semua jawab. Hafiy ckp cikgu bg lukisan, kene warna & tulis nama bg kat cikgu. Aku plak lupe letak color dlm beg dia. Hafiy ckp die pinjam kawan, kawan nama Qayyum. Mujo jugak anak peramah =p dapat kawan baru.


Balik rumah kami balun 2 biji durian. hahaha tido kenikmatan kejap. Pastu gi amik Zafry sebab ade sesi Occupational Therapy kat HKL. Terapis assess Zafry masih x good in balancing. Gayat masih ade. Kaki die pon nampak mcm flat foot, so aku kene cari kasut khas untuk die. or any shoe yg ade support kat tgh tapak kaki tu supaya die selesa. Terapis ckp die akan sakit pinggang kalo berjalan lama2. No wonder bila bawak jalan die akan mintak dukong halfway. Cian Zafry. Zafry nampak mcm terlalu sensitif...deria rase kulit/ badan die. Die x nak main Plasticine/ slime benda melekit tuh.. so terapis akan berus kulit tgn & kaki die guna berus khas... dulu nak potong kuku pon x bg sbb xnak bg org sentuh die. Now dah ok, cume korek telinga masih gagal. Terapis advice massage telinga die dulu dan rajin2 buat senaman sendi/regangan otot die.

ni bukan main saje2 tau, die uji tahap kesabaran anak, kenal warna juga

Selesai sesi OT, makngah die ajak teman ke MId Valley cuci mata. hahahaha apa lg on la...

how i wish i'm in London =p
makkaugemoklagi='(
bilanakkurus


Tuesday, December 26, 2017

Persediaan Sekolah Anak

Assalamualaikum...

Hari ni nak share persediaan anak nak masuk Tahun 1. Lebih kepada persediaan barang-barang. Since i olls xde pengalaman lg, so xleh nak share yg lain2. Jom kite cek sesame kot2 ade yg tertinggal.


  1. Baju sekolah
    • 3 pasang
    • tag nama
    • lencana
    • tali leher
    • tak perlu tali pinggang, satu hal nak ke toilet nnt
    • x perlu kot sampai 5 pasang sbb nnt tgh tahun kene beli baru sbb dah belacan/ kusam/ comot or dan singkat/ senteng
    • x perlu beli 2-3 kali saiz besar, sbb x sempat pon pakai tahun depan, dah belacan/ kusam =p
  2. Baju sukan
    • tshirt 2
    • seluar track 2 (better cotton senang serap peluh dan tak gatal)
    • label nama
  3. Singlet - 2 helai
  4. Kasut sekolah
    • 2 pasang - 1 pvc, 1 kanvas
    • kapur kasut
    • label nama
    • x perlu bertali, jenuh la oii
  5. stokin - 3 pasang (standby a few pasang lg)
  6. beg sekolah - label nama/ tag (biar jelas kot2 ade yg same design nnt)
  7. Wallet - yg simple senang isi & ambil duit
  8. botol air & bekas makanan - label nama
  9. alat tulis + color
    • label nama 
    • beli stok banyak
    • sharpener beli yg ade bekas senang die sharp
    • pensel 2B je, mekanik tu kang koyak buku
    • color, i prefer staedtler Luna 
  10. buku sekolah
    • sticker color2 untuk label hari (ikut jadual)
    • pembalut buku
    • buku tulis beli lebih
  11. cop nama - nama anak panjang, senang cop je =p
  12. sticker nama - untuk letak kat setiap batang pensel/ color/ brg2 lain
  13. Poket Fail - untuk letak segala surat/ urusan sekolah anak.

i olls is so nerves....hahaha... Alhamdulillah jugak sbb workplace baru ni, i olls agak lengang... harap bleh adjust masa untuk amik anak sekolah & monitor kerja sekolah anak. Permudahkanlah Ya Allah...amin.

Thursday, December 21, 2017

Performance Day - MFZ

Assalamualaikum...

Tak sempat lg share pasal Performance Day sekolah Zafry. Zafry ni special skit, bukan autisme tp something related to genetic kate doktor la, Doktor pon buat assumption je, sbb test kromosom aritu fail. aku detect die speech delay...terus check up dkt HKL, jumpe pakar kanak2. She suggest immediately aku kene hantar ke EIP (early intervention program) which include OT(occupational therapy) and ST (speech therapy). Tp costly oiii, upfront RM5K, bulan2 RM2500. Adoii... ade yg based on sumbangan tp aku kene hadir 2 hari setiap minggu. mane la cukup cuti aku. Cari punya cari aku decide hantar ke Kinderkaizen. Kinderkaizen amik budak2 special ni. Including autism. Learning through playing camtuh. Zafry pon join dlm bulan 6 kebetulan mase tu ade kekosongan. So far xde masalah teacher nak handle dia, dia ok je gi school hari2. Cuma thn ni x dpt la nak continue since xde org nak amik die. Nak sampai petang pon, aku x sempat, sbb school die jauh skit. 

So far sejak ke playschool, vocab dah bertambah, doktor genetik pon notis benda tu. 1st meet only ma (mama) & yah (ayah), now dah mcm2 boleh sebut, mama & ayah pon dah jelas. Tahun depan aku hantar ke Little Caliph fullday. Mujo jugak LC nak terima, aku mmg bgtau awal2 Zafry problem speech delay and still pakai pampers. Teacher positif nak jage die, so aku harap ade banyak la improvement die kelak. Masih meneruskan sesi terapi OT & ST di HKL. OT setiap bulan sejak Mei lepas, cuma ST ni agak ramai, so schedule die jarak2, 2 bulan sekali camtu.

Back to performance day Kinderkaizen...bukan graduation, lebih kepada gathering, every student dpt award on kelebihan masing2. xde assessment, performance pon xleh expect perfect since student dr pelbagai kategori.









Wednesday, December 20, 2017

My youngest son - MFA

Assalamualaikum

Arini nak cite pasal budak kecik yg gebu ni... yg bongsu buat masa ni.. insyaAllah. Muhammad Fariq Aiman. Awal disember aritu ade check up 2 thn setengah. xde ape sgt pon, timbang berat, ukur tinggi, tgk perkembangan die. 17.5kg ok! BMI terlebih skit dr chart...OMG hahahaha... mmg Aiman senang makan. Orang makan ape pon die nak rasa. Aku stopkan susu pediasure. Sebenarnya susu pediasure aku beli utk abg die si Zafry sbb kurus nau. Tp sbb mls beli bnyk jenis, kang si maid pening, aku bg susu yg same untuk si Aiman. Sudahnye, abg x gemok2, adik plak gebu kemain. Now bagi susu dutch lady je, malam masih bf...selagi ade susu badan ni, bagi jelah, biar kering sendiri.

Alhamdulillah mudah jugak la besarkan Aiman ni, x banyak ragam. sebelum 2 tahun die dah makan sendiri, suap sendir. guna tngan or sudu/garfu. Die cepat pandai cakap, so mmg ape die nak die bgtau. Bercakap mcm orang tua... mengomel kemain. dan never ending questions.... keep on asking everything. Mama yg pening hahhahaa... Aiman jugak yg banyak ajar abg die si Zafry.

"nape mama amik Aiman?"
"bye mama, hati2 ye"
"bye nanny, esok datang lagi"
"Áiman nak mandi oyang2 (sorang2)"
"mama, zafry kan die buat aiman"
"Aiman nak gi alan2 (jalan2)"
"mama tak leh..ni aiman punya"
"Aiman tak nak kawan mama"
"oyi (sorry) mama"

Tp mama x berkenan die nye perangai suke gigit org. Jgn la carik pasal dgn die, kuis die skit, die bleh jeling lg, ade je budak pukul or baling barang kat die, die terkam gigit. Zafry la slalu buat camtu kat die. Dua org ni mmg xleh dok dekat, mesti gaduh. berparut2 si Zafry di gigitnye. Mama kat tengah pon sempat lg die gigit. Mencabar btol!








"mama, aiman nak school" dok mencari jugak sekolah yang nak amik budak 3 tahun dan transport plak nak kene pikir. xpelah nak, 4 thn jela awk gi school.

Friday, December 15, 2017

Darah Selepas Keguguran

Assalamualaikum...

Hari ni nak share skit jawapan kepada persoalan sy... Since 1st time alami keguguran, banyak nau soalan akak oii... makanya google search la. So terjumpa jawapan yg mudah paham nih.


DARAH SELEPAS KEGUGURAN; Adakah ia nifas?

Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid?

Jawapan;

1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian.
Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak). 

3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid). 

4. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita tersebut dianggap tidak bernifas.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang nifas, sila baca di laman FIQH ANDA, di bahagian Darah-Darah Wanita.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.my/2011/03/darah-selepas-keguguran-adakah-ia-nifas.html

Thursday, December 14, 2017

Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Assalamualaikum...

ha mesti berita ni yg korang tunggu kan... ahakz...

Boleh la plan saving untuk cover gap yang lama tu ye... Especially untuk bulan Februari & Jun. Ogos juga jgn terlebih belanja =p




Wednesday, November 29, 2017

Pengalaman Keguguran

Assalamualaikum...

Dukacita sy telah keguguran pd 22hb aritu. Xde rezeki lg nampaknya. kebetulan bukan kehamilan yang dirancang juga. Hari ni hari ke 8 berpantang, tapi dah bekerja. Mc doktor bg 7 hari je. cuti pon x banyak nak sambung. Makanya mari bekerja dan berpantang =p semoga dipermudahkan urusanku.

Bila dah kehilangan baru terkesan di hati, agak sukar nak terima berita kehamilan mase awal2 dulu, sbb selfish! x nak gemok...x tau camne nak handle 4 org anak...mcm2 alasan. Tp bila hati dah terbuka, dah mula terima, Allah tarik balik. Padan muka! Ada doa yang Allah kabulkan...doa yang x kene mungkin..huhu... pengajaran untuk diri sendiri.

Ok lah, cerita pasal pengalaman, aku gi scan kali pertama masa 9w, sepatutnya la, tp doc scan ckp kantung br 6w, and baby x nampak lagi. Hati dah rase x sedap. X pernah lg mcm ni. Takpelah doa yg baik2 saje. Minggu depannya, aku agak aktif uruskan hadiah bos berpindah, berjalan kemain tawaf jln tar cari hadiah, jumaat tu, ade blood spot. cuak, terus gi klinik. Doc scan ckp baby usia 6w, ada heartbeat tp slow, doc bg ubat kuatkan rahim & ubat kuatkan heartbeat. Allah...hati x keruan sbb spotting setiap hari masih ada. seminggu lepas tu, hari jumaat, keluar darah mcm period. Gulp...kebetulan appointment untuk next scan, doc nampak kantung meleper, baby masih usia 6w, means xde perkembangan. Tp doc x brani ckp ape2, masih positif. so continue mkn ubat. Doc pesan jika masih keluar darah bnyk or keluar ketulan/ gumpalan darah terus ke hospital. 

sabtu, ahad sakit perut mcm period pain tu, kejap ada kejap hilang.. darah masih mcm period tu. Isnin aku x selesa dlm keadaan tu lama sgt, so aku ke hospital ampang. Doktor scan dr bawah, nampak kantung ade lg, dan seketul telur, heartbeat xde. doktor bg mc  5 hari, dtg balik bila ketulan dan keluar. Allahuakbar. Aku dah redho sejak aku bleeding mcm period tu.

Rabu, keluar seketul darah, aku x pernah miscarriage, so x tau la mcm mane rupanya, asyik2 dok tanya member aku si Iliy. perut makin sakit, mesej husband suh balik bawak pi hospital. Sampai hospital ampang ke PAC, nurse ckp ketulan tu hanyalah darah beku, frust btol. Die suh naik tingkat 4 ke EPAU. tukar pakai kain pink tu, kebetulan mase tu ade lg 3 orang dgn kes yg sama, doc guna speculum and forcep...gulp, seram tp sbb sakit sangat perut aku x tahan dah... darah membuak2 keluar, but seriusly, doc buat x sakit pon, doc tekan kat satu part, suh aku batuk kuat skit, beberapa kali batuk, akhirnya seketul daging tu keluar. Allahu... ingatkan dah keluar tp belum lg rupanya, patut la perut sakit yg amat, mcm nak bersalin tu. Alhamdulillah, leganya rase bila dah keluar. Doc tunjuk la kat aku rupanya, mcm seketul telur ayam tu besar die. Allah. Doc scan rahim lps tu, clear dah, cucuk ubat kecutkan rahim kat peha, sakit jugak, lebam sampai skrang x hilang lagi. Doc bg mc 7 hari. Tukar kain, amik mc dah bleh balik rumah. On the way turun, rase semacam, seram sejuk rase nak pitam. sampai kat guard bawah aku ckp kat husbn nak duduk, rase nak pitam. Duduk kejap, husbn belikan air mineral, minum la setengah bottle, x tahan, suh husbn hantar balik naik atas kat tempat td. Naik atas, doc ckp mmg ubat kecutkan rahim tu kuat skit, akan rase pening, loya etc. so aku kene rehat 30 minit kat situ, dah stabil baru balik.

Allah... aku tido umah mama 3 malam sbb nak betul2 rehat. malam 1st, zafry tido dgn aku, malam kedua aiman, tp mlm ketiga, tiga2 dah tido same. Hari ke4, aku dah balik rumah. Hari2 lepas tu, siang aku kat umah mama, mlm baru blk umah. Pantang mcm org bersalin jugak, 3 hari berurut, sbb bdn senang masuk angin. Tungku aku buat hari2. ni dah kerja ni, petang or mlm kang la baru sempat bertungku. Makan masih berpantang. Ada ckp gugur 3 bln, pantang 30 hari, if 4 bln ke atas, pantang sama mcm bersalin 44 hari. Tapi mama suh pantang je 44 hari tu ='( hihu...

blom ade rezeki upgrade status ke mak4oranganak...

Semoga cepat la masa berlalu. Semoga kembali sihat sepenuhnya...amin.


Thursday, November 16, 2017

Inspirational Leadership

Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan join Inspirational Leadership Podium bersama a tall, dark & handsome YB Khairy Jamaluddin semalam.

Sedikit background beliau, dilahirkan di Kuwait, dibesarkan di beberapa negara, Jepun (where he learn values and be such OCD sbb pentingkan kebersihan) , India, London, Singapore (where he learn to be patriotism).., Graduan Oxford in economic, social & ape tah lupe dah... pernah bekerja sebagai Economic journalist (pernah bekerja di Afghanistan, where he learn that religion is important to direct you in good things and unity).

so nak share skit la ilmu yg dapat semalam regarding leadership, ni pon berdasarkan sharing oleh YB, apa yg beliau lalui and bagaimana beliau menjadi beliau yg kini as a leader.

1) Get the best of yourself
always ask yourself, is that the very best u did? or u give? in anything u do...
have self criticism

2) Values - age 5-10, teach values to your child
timeliness - respect others time
cleanliness etc

3) Try to make our own country better
level of competitiveness
benchmark someone/ something to motivated u

4) How to structure society better
"what can we do..." facing the situation, always look for solution

5) Religion - believed that religion teach to do good things, bukan menggalakkan pepecahan/ kekejaman etc.
force for good
promote peace, unity... 

6) as in public service, do your job for more than just "tugas hakiki"


we have Q&A session too... ni soalan2 yg diingat la.

1) Q: how to manage bosses & dealing with senior officers
    A : respect elders, both ways respectful, not calling others even junior officer           just by name

2) Q: how to channel the idea, sometimes, boss not inline with us
    A: use diplomacy, mcm kipas tp bukan kipas... "kalau kite buat mcm ni ok tak? and your boss said boleh jugak, reply back saying, bagus idea boss" ha camtu...

3) Q: how to avoid org yg bermuka2... dpn puji our work, but kutuk kite at the back
    A: pastikan outcome clear, evaluations are transparent...abaikan ckp blakang
 
4) Q: what are the most obstacles & most regret in your life?
    A: obstacles: being son in law to ex PM
        regret: less talk to his late father (regret must be related to someone that          u love)
 

his motto when he 1st entered KBS, "more performance, less protocol..." 

leadership is that u must be on the ground... ask your team, "what u can do for me, and what i can do for u"..., "i give my back, u give your back"... camtu.

and regarding to health, youth, and TN50...

  • lifestyle - try to educate people that they must responsible on their own health and life!, government wasting a lot of money treating and dealing with NCD (non-communicable diseases) ape tu? meh nak citer...
Noncommunicable - or chronic - diseases are diseases of long duration and generally slow progression. The four main types of noncommunicable diseases are cardiovascular diseases (like heart attacks and stroke), cancer, chronic respiratory diseases (such as chronic obstructed pulmonary disease and asthma) and diabetes.
some of the penyakit tu adalah yg boleh dicegah melalui tabiat pemakanan. So people, eat healthy, live healthily... jom fit!

  • try to educate people on mental health. terutama screen addiction. not just to your child, but u can also be one of them. 
Most shocking of all, recent brain imaging studies conclusively show that excessive screen exposure can neurologically damage a young person’s developing brain in the same way that drug addiction can. 
sekian perkongsian serba sikit. Semoga bermanfaat.





Tuesday, November 14, 2017

Ihtifal Little Caliph - anak sulung

Assalamualaikum...

Ahad lepas telah berlangsung ihtifal Little Caliph untuk rangkaian Tadika di bawah Khalifah Budiman. Termasuklah LC Melati Utama, LC tmn Samudra, LC Genting Klang dan LC Diamond Square. Ihtifal diadakan di Kampung Pengantin KL, parent theme black n white. Meraikan anak-anak 6 tahun yg tamat pendidikan di tadika ni. Next akan melangkah ke alam sekolah rendah.

Masa aku mula nak hantar Hafiy ke preschool, mmg merata survey, start hantar Hafiy mase umur 5 tahun. Tp Alhamdulillah aku berpuas hati, bila anak aku balik rumah, boleh mengimamkan solat, lancar niat solat, bacaan solat, bace surah2 ringkas...Allahu, sebak. sebab si mak ni sedar die x banyak masa untuk ajar anak semua tu. Allahuakbar. mmg aku berterima kasih dgn teacher2 yg dedicated, sabar dgn karenah setiap budak2 ni. Biasa la budak lelaki mmg suka main, agak sukar nak fokuskan die ke buku. Hafiy suka math, mmg score 100% yg tu... yg lain average ok la, ade 90+, ade 80+ juga... BM tetibe dpt 72 kali ni, as long as die paham, aku dah bersyukur. Aku x kan marah kalo die dpt markah rendah... kene kenal pasti apa masalah die. aku tgk die suka tulis terlalu menekan, sampai satu masa die penat menulis, so mmg die malas nak menulis, end up malas pikir, masalah ni aku kene bantu slow2.

Ada teacher tanye soalan cita2 nnt nak jadi apa... die balik umah dok pikir2 ape die nak jadi... "Mama, Hafiy nnt nak jadi ape ye?, engineer mama kata susah" hahahaha...yg kelakarnye, bile suh bace buku, die jawab "nantilah mama, Hafiy x tau nak jadi ape lagi besar nnt" aiyyooo hai anak... maknye pon jawablah "Hafiy, xyah pikir lagi nak jadi ape, Hafiy bace buku je bagi pandai, niat jadi orang berilmu dan beriman sudah". Harap die paham lah...

Masa majlis tu jugak aku baru tau Hafiy dpt special award on full attendance + good attitude. Mak sebak nak... pastu br teringat mmg tahun ni 2x je x gi sekolah sbb demam & sakit perut. Most of the time ayah yg rajin hantar ke sekolah, hujan2 pon hantar anak ke sekolah. Thanks husbn!

Hafiy mmg nampak self confidence die... so die mmg x kisah buat persembahan, cuma mula2 tu mmg nangis sbb katanye xnak menari, Hafiy nak berlakon, tp lepas teacher pujuk die excited pulak, tu yg jadi leader tu. Aku sgt suka cara teacher bg anak2 hafal surah, surah Al Waqiah sampai ayat 15, Hafiy hafal sbb setiap ayat tu ada gaya yang menceritakan maksudnya.


 baca surah Al Waqiah

baca doa khatam Al-Quran 

persembahan Boria 

special award 

perarakan konvo 




 teacher suh bg kad kpd ibu ayah...hati tisu mak ko ni nak


Mama ayah akan sentiasa doakan Hafiy berjaya dunia & akhirat.
Semoga jadi anak yg soleh, membahagian ibu bapa, berjaya, berilmu & beriman dan sentiasa dilindungi Allah...amin.

Monday, October 30, 2017

Bandung 2017

Assalmualaikum...

Sementara akak dok goyang kaki lg nih...baik story pasal gi bercuti aritu. Sepatutnya kami ke Bali...tp cerita gempar Gunung Agung berkepuk2 asap debu kuar plus gegaran x brenti2 tu, akak pon x sanggup nak amik risiko kot2 tetibe die meletus, airport tutup, kami ni acaner... makanya, call airlines minta reschedule, tp diorang x batalkan penerbangan so xleh reschedule, boleh change route sama ada ke Jakarta atau Bandung pada tarikh yang sama. Adehhh... Jakarta macet oiii x sanggup, buang mase je kang. makanya marilah skali lagi kite ke Bandung... muntah weh sbb br tahun lepas je pergi pon. xde pilihan lain dek non, tiket business akak beli oiii.... burn saje sayang, maka kite hadap jelah.

Tiket
Aku naik Malindo air, citer pasal tiket, aku book ke Bali... tiket business sbb nye masa tu tiket ekonomi promo abis, tinggal ekonomi flexi yang mahal 20 hinggit dari business promo, apalagi... berbusiness la kite. Harga tiket bisnes utk 2 orang pergi balik rm2k...hahhaha... nak ke Bali 3 jam, kalo dok business selesa skit, tp dah ke Bandung, 2 jam jela. syok weh naik business....nak check in luggage ade laluan khas, laju je.... ke imegresen ade kaunter khas... nak naik pon kene panggil dulu...amboi kelas ko jah! hahahaha sesekali merase, tiket murah bleh la. tiket mahai kite dok ekonomi jela. hihihi.... lepas check in luggage, dapat baucer stabak/ old town/ lounge... apalagi, laju je ke stabak....sorang rm30. amik ko, nak breakfast ape sampai rm30 sorang nih..hahahha...
**psst: aku lg prefer Malindo dr AA. selepas ko tambah itu ini, harga lebih kurang same je, extra malindo ade tv bleh layan entertainment. hahahha

Supir
aku book supir yg aritu, Pak Oca, tp die bz die antar org lain bawak kami. x best sgt sbb banyak tempat menarik or tempat makan menarik die x tau. Untuk 4 hari termasuk airport transfer rm650. agak mahal aku rase, tp aku malas nak cari lain sbb xde masa.


Hotel
aku cari hotel yang selesa, ade breakfast, dekat dengan kedai or mall, agak2 boring bleh gi jln2. so aku dok hotel De Java. depan mall Paris Van Java, sebelah ade kedai serbanika mcm 7e tu. 4h 3m harga rm542. breakfast variety, servis ok. bilik pon selesa.

Itenari
Day 1
- tiba di Bandung
- shopping di D'fashion textile
- toko 3
- lunch di Iga bakar mas giri
- rumah batik/ telekung
- check in hotel
- dinner di Stone cafe
- cihampelas walk

Day 2
- kawah putih
- glamping lake side
- lunch di Ayam Penyet surabaya
- lavie baby house
- toko anak kecil
- rumah mode
- dinner di rumah mode

Day 3
- farmhouse lembang
- transtudio
- lunch di transtudio
- D' fashion
- kartika sari
- dinner di rumah makan sunda
- tapau Mutabak san francisco 

Day 4
- check out & off to airport

Gambar
layan gambar jela eh...

day 1




@d'fashion textile 

Iga bakar mas giri... sedap, tp portion kecik 

@stone cafe 



day 2
 kawah putih


 glamping


 @Rumah mode, kali ni ada yg baik hati amikkan gambar

mee sup ayam cendawan... sedap. suka mkn kat rumah mode, ada banyak pilihan dan sedap

day 3
 farmhouse lembang







 transtudio



mutabak san francisco

day 4
pulang...


Bandung ni bleh la nak jln relax2... nak shopping. Aku kalo borong kain mmg mls nak ke Pasar Baru tuh, sesak susah nak napas, pening lg nnt, so mmg terjah ke D' Fashion, supir bgtau ada satu lagi kedai kain La-Femme tp x sempat nak terjah. Beli pon x banyak, mmg beli kain utk raya & bj opis je. Akak x amik tempahan kali ni sbb x larat oiii... duit pon bawak ngam2 je. Akak x pakai kredit kad (masih berjaya belum mengadakan kad ini). so maap la ye, yg nak kirim2 tu.
toko 3 pon dah mahal, same harga mcm kl je. beli jeans kat rumah mode murah.
kali ni x gi pon amanda, ke kartika sari je. tu pon beli brownies je. pisang bolen tu x beli. x tahan lama.

Lepas ni nak berjalan bawak anak3 plak. bajet tinggi skit la, menabung masih diteruskan. Aku bukan ape, risau bawak anak jln ke luar negara ni sbb risiko sakit, nak tala hospital, caj rawatan etc. so planning ke luar negara patut include insurans skali ye.

Mil pon ade cakap nak bawak semua famili jalan jauh, so ade cadangan tempat mane best bawak budak2? next year lps branak la kot (eh ;p)