Assalamualaikum...
Dukacita sy telah keguguran pd 22hb aritu. Xde rezeki lg nampaknya. kebetulan bukan kehamilan yang dirancang juga. Hari ni hari ke 8 berpantang, tapi dah bekerja. Mc doktor bg 7 hari je. cuti pon x banyak nak sambung. Makanya mari bekerja dan berpantang =p semoga dipermudahkan urusanku.
Bila dah kehilangan baru terkesan di hati, agak sukar nak terima berita kehamilan mase awal2 dulu, sbb selfish! x nak gemok...x tau camne nak handle 4 org anak...mcm2 alasan. Tp bila hati dah terbuka, dah mula terima, Allah tarik balik. Padan muka! Ada doa yang Allah kabulkan...doa yang x kene mungkin..huhu... pengajaran untuk diri sendiri.
Ok lah, cerita pasal pengalaman, aku gi scan kali pertama masa 9w, sepatutnya la, tp doc scan ckp kantung br 6w, and baby x nampak lagi. Hati dah rase x sedap. X pernah lg mcm ni. Takpelah doa yg baik2 saje. Minggu depannya, aku agak aktif uruskan hadiah bos berpindah, berjalan kemain tawaf jln tar cari hadiah, jumaat tu, ade blood spot. cuak, terus gi klinik. Doc scan ckp baby usia 6w, ada heartbeat tp slow, doc bg ubat kuatkan rahim & ubat kuatkan heartbeat. Allah...hati x keruan sbb spotting setiap hari masih ada. seminggu lepas tu, hari jumaat, keluar darah mcm period. Gulp...kebetulan appointment untuk next scan, doc nampak kantung meleper, baby masih usia 6w, means xde perkembangan. Tp doc x brani ckp ape2, masih positif. so continue mkn ubat. Doc pesan jika masih keluar darah bnyk or keluar ketulan/ gumpalan darah terus ke hospital.
sabtu, ahad sakit perut mcm period pain tu, kejap ada kejap hilang.. darah masih mcm period tu. Isnin aku x selesa dlm keadaan tu lama sgt, so aku ke hospital ampang. Doktor scan dr bawah, nampak kantung ade lg, dan seketul telur, heartbeat xde. doktor bg mc 5 hari, dtg balik bila ketulan dan keluar. Allahuakbar. Aku dah redho sejak aku bleeding mcm period tu.
Rabu, keluar seketul darah, aku x pernah miscarriage, so x tau la mcm mane rupanya, asyik2 dok tanya member aku si Iliy. perut makin sakit, mesej husband suh balik bawak pi hospital. Sampai hospital ampang ke PAC, nurse ckp ketulan tu hanyalah darah beku, frust btol. Die suh naik tingkat 4 ke EPAU. tukar pakai kain pink tu, kebetulan mase tu ade lg 3 orang dgn kes yg sama, doc guna speculum and forcep...gulp, seram tp sbb sakit sangat perut aku x tahan dah... darah membuak2 keluar, but seriusly, doc buat x sakit pon, doc tekan kat satu part, suh aku batuk kuat skit, beberapa kali batuk, akhirnya seketul daging tu keluar. Allahu... ingatkan dah keluar tp belum lg rupanya, patut la perut sakit yg amat, mcm nak bersalin tu. Alhamdulillah, leganya rase bila dah keluar. Doc tunjuk la kat aku rupanya, mcm seketul telur ayam tu besar die. Allah. Doc scan rahim lps tu, clear dah, cucuk ubat kecutkan rahim kat peha, sakit jugak, lebam sampai skrang x hilang lagi. Doc bg mc 7 hari. Tukar kain, amik mc dah bleh balik rumah. On the way turun, rase semacam, seram sejuk rase nak pitam. sampai kat guard bawah aku ckp kat husbn nak duduk, rase nak pitam. Duduk kejap, husbn belikan air mineral, minum la setengah bottle, x tahan, suh husbn hantar balik naik atas kat tempat td. Naik atas, doc ckp mmg ubat kecutkan rahim tu kuat skit, akan rase pening, loya etc. so aku kene rehat 30 minit kat situ, dah stabil baru balik.
Allah... aku tido umah mama 3 malam sbb nak betul2 rehat. malam 1st, zafry tido dgn aku, malam kedua aiman, tp mlm ketiga, tiga2 dah tido same. Hari ke4, aku dah balik rumah. Hari2 lepas tu, siang aku kat umah mama, mlm baru blk umah. Pantang mcm org bersalin jugak, 3 hari berurut, sbb bdn senang masuk angin. Tungku aku buat hari2. ni dah kerja ni, petang or mlm kang la baru sempat bertungku. Makan masih berpantang. Ada ckp gugur 3 bln, pantang 30 hari, if 4 bln ke atas, pantang sama mcm bersalin 44 hari. Tapi mama suh pantang je 44 hari tu ='( hihu...
blom ade rezeki upgrade status ke mak4oranganak...
Semoga cepat la masa berlalu. Semoga kembali sihat sepenuhnya...amin.