CafeMom Tickers

Friday, May 18, 2018

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan...

Kelam kabut skit permulaan Ramadhan kali ni. Sebelum puasa diuji anak cirit birit masuk wad 2 hari, keluar wad siap gi sekolah dah tetibe, muntah pulak, masuk wad balik lagi 2 hari. Dah keluar wad, tetibe badan dok dedar panas, gi klinik ade tonsil pulak. Blom pon baik si abg (no.2), si adik (no. 3) plak demam. Mak ko dok berkira cuti... huhu...cuti raya nnt, cuti adik kawen lagi. Allahu... Last2 doc bagi jugak mak ko mc sbb mak korang dan start lembik. Tengah2 lembik tu la usaha siapkan hadiah cikgu anak2. 

Seperti kebiasaan tahun2 sebelum ni, sejak kawen... memang berbuka kat umah MIL. Bagi duit skit untuk beli barang mknn. Kami tambah skit2 kuih-kuih atau lauk/ air. Tahun ni kurang meriah sbb ade 2 keluarga je join. Yang lain dah pindah jauh. Cukup aje... tambahan lagi misi diet aku. Mmg berjaga2 jenis makanannye...poyo! hahahaha...

Sahur memang wajibul roti. Cuma kali ni aku mkn roti wholemeal bread. Lauk je berbeza-beza ikot selera semasa.

Sahur semalam, 17hb: roti, sardin, sayuran... air susu latte farm fresh 100ml dan air masak 500ml.

 Sempat jugak beli & sedia makanan kering nih, kot2 x sempat prepare ape2.


 sambal tempe kering beli kat member

 sambal bilis buat sendiri =p

Nah, i olls share tip dari Kevin Zahri untuk berbuka puasa.





Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Agak lewat untuk ucapan Selamat Hari Guru... tp xpelah. Untuk semua cikgu-cikgu ku... cikgu-cikgu yang mengajar anak2 ku....TERIMA KASIH! Hanya Allah yang mampu balas jasa kalian. Teruskan usaha mendidik anak bangsa dengan ikhlas dan sabar.

Aku ni sbb nak totally mendidik dan mengajar anak memang payah lah sebab kekangan masa dan tugas. Tugas pejabat dan tugas rumah. Memang mana yang mampu je. Tu yang mmg mengharap cikgu main peranan semasa kat sekolah. Allahu... mmg mencabar. Aku x dpt pulak nak jumpe cikgu hari-hari nak ucap terima kasih. Sebab tu aku gigihkan jugak diri sediakan sedikit hadiah untuk cikgu-cikgu anak-anak aku, supaya cikgu rase dihargai.

Bila amik Hafiy dari sekolah kul 6.10 petang 14hb, Hafiy baru bgtau ade sambutan hari guru kat sekolah agama esok, mak aih.... meloncat mak ko kejap, angkut 3 beradik terjah Jusco. Melilau dgn bebudak mmg xleh pikir la nak oii... sambar je ape yg ade.



Ni untuk ustazah & ustaz sekolah agama Hafiy dan teachers Zafry di Little Caliph

Sambutan Hari Guru sekolah kebangsaan dibuat pada 16 Mei, maka mak ko sempai la gi belek2 barang time lunch kat opis 15hb tuh.

Untuk semua cikgu kelas & matapelajaran Hafiy di Sek Kebangsaan.



Selamat Hari Guru kepada semua guru yang ikhlas dan sabar mengajar anak bangsa!
Ikhlas dari hati.


Tuesday, May 15, 2018

PRU14 dan aktiviti cuti

Assalamualaikum... 

Rasenya selepas pilihan raya baru2 ni, kita masih lagi tak move on. Banyak topik2 nak didengarkan, di share dan dibincangkan...iye dak? Apapun rakyat telah bersuara. Kerajaan baru diharapkan dapat membentuk Malaysia baru, besar harapan rakyat melihat perubahan, ke arah kebaikan. Rakyat pon kene lah berubah, attitude tuh... jgn masih di takuk 3rd world class.... kemon guys!

Alkisah aku gi mengundi aritu, area KL je pun, gi pagi memang ramai la oii... beratuq sikit punya panjang. Tapi demi Negaraku... 5 tahun sekali je. Mengimbau kenangan btol, kami jalan kaki dari rumah ke sekolah. Dulu aku jalan ke sekolah xde walkway... berpanas berhujan lah. Sekarang ade walkway berbumbung...untunglah! Tu pon sekarang susah nak tengok budak2 berjalan ke sekolah, semua mak ayah antar sampai depan pintu pagar kan. Rindu waktu dulu, ko jalan sorang2 pon xde rase takot org nak ragut or culik ko. Oh Malaysia masih aman! Back to mengundi kat sekolah, jumpe la a few schoolmate.. mak aih, lama kot x jumpe...18 tahun dah tinggalkan sekolah menengah =( Done mengundi.





Malam tu mata panda tunggu keputusan. Perghh...hebatnya kuasa rakyat.

Dan dapatlah kita cuti 2 hari...
Haih lama rasenya x masuk opis. Khamis kami gi jejalan kat mid valley... dlm kepala banyak barang nak beli, tp sebab bawak 3 hero tuh, kelaut mak kau nak. Petang kita sorting baju-baju lama, kosongkan storage box dan almari. Baru bleh beli baju baru. 




Jumaat gi beli barang dapur kat aeon big.



Sabtu ade makan-makan kat umah sil... dan celebrate birthday utk April & May babies. I olls buat triffle jer.





Ahad selesaikan semua kerja rumah, gosok baju, lipat baju, cleaning etc. Malam baru keluar claim frappe for mother's day treat... hubby nak belikan kek tapi i olls xnak...hahaha diet! Tp frappe nak =p how i love coffee!


momof3boys