CafeMom Tickers

Tuesday, July 31, 2012

SANGKAAN TENTANG PUASA


BEBERAPA SANGKAAN TENTANG PUASA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Mandi Masa Puasa
Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Memasukkan Ke Rongga
Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

Tidak Mandi Junub
Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

Muntah
Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah.
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

Imsak
Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya)
“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Musafir
Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya)
“..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w:
“Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

Tidak Sengaja
Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).
Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minoriti ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.
Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.



Saturday, July 28, 2012

Raya with Jovian

hmmm...finally i managed to grab one of jovian collection for melaram di hari raya...hihi
mencabar btol...hari2 bkk zalora nak order, tp setiap kali tu la xleh nak add kat carte tu then stuck... bila call die ckp semua out of stock. Then i decide to call HQ butik 1st Lady, tanya kat mana ade jual Jovial collection. ade 2 je butik cawangan yg jual, 1 kat jln TAR, 1 lg kat Alam Sentral Shah Alam. Alamak...bile nak pegi ni, pergi lambat kang abis plak. On friday time rehat aku nekad dr putrajaya terjah ke jln TAR... nasib sempat grab 1, tp saiz L, aku aim saiz XL. Tp dah kat tgn berat plak nak lepas, try dulu lah...
Try tray sekali muat la pulok...mcm x caye je muat...cutting die besar kot. Aku aim color pink belacan tu, sekali yg ade hanya purple belacan, x kisah lah...
Setakat ni br ade 3 bj raya... target 1-2 lg. Raya ni raya sakan la skit, balas dendam last year x beli baju raya pon sebab xde saiz ok (last year kan pregnant yg bdn mengembang super duper x ingat)
Review on quality of the Jovian, xde la superb sgt. Kemasan die agak kureng skit, perincian die pon xde la yg mahal sgt sesuai dgn harga la kan. tp the design lain skit la...asik kurung moden, kurung pahang kan...

 i grab this design tp
color purple belacan

Wednesday, July 25, 2012

bonus raya

betul ke ni....br je dgr berita kat radio hot fm...elok je time aku sampai umah. nasib x kuar kete lg. Dpt bonus setengah bulan gaji ..min rm500. dapat bile x dgr btol2 plak. tgk berita mlm ni k...

Ramadhan Kareem!

Salam Ramadhan semua..

hari ni 5 Ramadhan dah... Alhamdulillah diberi kesempatan dan keizinan untuk menikmatinya sekali lg. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih berkat dari yang sebelumnya. Hmm...last year berpuasa tgh sarat mengandung sambil menunggu hari bersalin, last2 baby kuar raya ke-5. X banyak dugaan pon...cume tinggal sehari sbb gastrik & muntah. Tahun ni cabarannya adalah menyusukan anak. Sabtu, Ahad mmg direct feed je si Hafiy tu. Mlm sblm puase dah ckp ngan Hafiy "Hafiy, esok start puasa tau, Hafiy puasa ye" Sabtu tu...die kurang skit nak bergayut...tp bila bg mkn nasi banyak die makan. 

Pagi tu aku sahur 3 keping roti + 2 ketul hotdog + 1 biji telur separuh masak + 1/4 sudu kecil madu + 1 biji kurma + 2 gelas air masak + 1 cwn nescafe. Banyaknye aku mkn kan....hahahaha.... Kitorang (aku & hubby) x sahur mkn nasi lauk bagai. Alhamdulillah xde plak Hafiy merengek, menangis x cukup susu/ kelaparan. Elok je die main. Cabaran lain, time aku bangun prepare utk sahur tula si Hafiy pon sibuk bangun... nak susu la, nak peluk la...haih. Kadang2 bg susu die tido balik, kadang join sahur ngan kitorang skali. Mama & ayah melantak, anak "mengemas" rumah. Pengsan...pengsan...terkejar2 la mama die ni simpan blk segala perkakas yg dikemas tuh, nak mandi lg, nak siap gi keje lg..time aku angkat letak dlm car seat, die terus diam..mcm merajuk tahu org nak hantar die gi umah nanny. Oh anak... Alhamdulillah juga stok EBM semakin meningkat, dr 5 botol, sekarang dah ada 8 botol. Hafiy mcm kurang skit minum susu lately...die lg suka bergayut dr botol. Tp mkn adalah semakin banyak. 

1st iftar adalah di rumah PIL...menu : nasi kerabu, ayam percik..marvelous! next day iftar kat my parent house, menu asam pedas, ayam masak merah..delicious! Bulan puasa ni, biarpon aku kuar opis tu tepat 4.30ptg, mesti aku akan sampai umah kul 6, 6 lebih...haih. Jem sana jem sini...rimas btol, yg non Muslim pon blk 4.30 ape hal? aku pon x paham la... kesudahannya aku akan bkk pose kat umah PIL je. Setakat ni baru sehari je aku masak buka puasa kat umah sendiri tu pon sbb kursus aku abis awal semalam. Sorry hubby...

sempena ramadhan ni, aku ade 1 projek...currently working on it...harap2 jd seperti yg diinginkan...hihi...apakah? tunggu.... (risau je tetiba malas...maka x siap la projek tu)




Tuesday, July 17, 2012

Puasa & EBM

Aku ganti puase on Monday aritu...sblm tu dok gundah gelana bagai "boleh ke nak puase ni" " effect milk production tak" hmmm...serius berdebar2. Risau x dpt supply susu utk Hafiy for the next day. But i dont have any choice..nak x nak kene ganti gak kan. I read something pasal panduan berpuasa bagi ibu lepas pantang from here Kak Engku Bidan Bersalin. i tried some of the tips... 


“Ibu yang menyusu amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan air susu ibu”

Alhamdulillah, i works on me... malah hari aku puase tu, i manage to get 12 oz compared to hari2 biasa cuma 9-10oz. The next day, x  puase, but i still amik madu. Xbanyak pon cume 1/4 sudu kecil. And i get 12oz gak. Summarize of EBM  for the week...
  • Monday - 12oz
  • Tuesday - 12oz
  • Wednesday - 14oz
  • Thursday - 13oz
  • Friday - 5oz ( aku cuti arini...direct feed)
stock dr tinggal 3, now dah ade 5 x 5oz. My new milk boster...keep taking the honey early in the morning =p Alhamdulillah rezeki Fariq Hafiy.


Thursday, July 12, 2012

TQ & congratz dear...

Since May, en. hubby have been promoted as senior Geotech Engr...
br nak wish congratz, bertuah punya bini. Hehehe... 
Anyway, i'm happy for u, i'm proud of u... 
Alhamdulillah, syukur... x penah putus rezeki Allah utk kami sekeluarga. 
Penah jugak hubby ckp nak kuar dr company yg die tgh kerja ni, tp aku x bg sbb aku tau banyak benda yg die blajar kat company tu. Aku pon slalu je refer die bab2 geotech ni. 
Aku suh die cedok segala ilmu yg ada dulu, dah rase bleh independent br cari company lain, xyah kejar $$$ sgt la. Rezeki Allah tu kat mana2 ada. Beside motivate him to go for PE... aku? hmmm...if i cannot go for PE, maybe go for Phd. (farhana, sila sedar diri master blom abis lg!)
Owh dulu i sifu die tau, now pon...(bab2 teori lah) but now he teach me a lot via his experiences. we complete each other =p sweet je kan...ahakz...attend kelas master pon together-gether

TQ hubby for dinner treat & perfume & elaun bulanan tuh.. i loike =p & i luv u.
i'm so so so in love with the smell...melayang2...






Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wed ~ 2nd houz







i bought 2nd hand house 

Just do some minor renovation. 
Currently in progress ~ brickwall, pagar, cat grill, cement render
since we are intention to rent out this house, so no major renovation. 
Owh tu pon dah beribu $$$ abis... thats explained why i nak melaram sgt skrang ni... adoiyai..
hmm...padahal last week dah shopping kain baju raya kat Jakel
after paper friday ni nak shopping plak for lil Hafiy...
i just love shopping =p
OMG!!!
but i shop without using any credit card
i never have one ^-^

Friday, July 6, 2012

Dia dlm ingatan dan kenangan....

Hari ni genap 5 tahun pemergian adik sy ke Rahmatullah.

Setiap hari pun terasa kekurangan bila dia tiada.. 
namun apakan daya Allah lebih menyayanginya..
Redha jua yang terbaik pengubat lara.. 
Semoga kau bahagia bersamaNya di Jannah
...amin...

Al-Fatihah untukmu adiku Muhammad Aizat...
Missing u so much.

Wednesday, July 4, 2012

Jln2: Cameron Highland





Ni kisah cuti sekolah aritu...not exactly on school holiday... its on 10-12 Jun 2012. Kami sekeluarga + FIL gi berehat2 kat Cameron Highland. Ni idea my MIL la... kebetulan on 10th is my PIL anniversary & 11th is my MIL birthday. Why Cameron? i dont know... mungkin sbb my MIL suke tempat sejuk kot, banyak fresh vegies, fruits etc. Kire mcm every year pon mesti sekali gi CH ni. Last year gi mase pregnant kan Hafiy. All together there are 9 adults and 1 baby, si Hafiy la tu. Ahakz... Kami gerak 2 kete, naik ikut Tapah. Nasib Hafiy tido time ni.. Kali ni kitorang dok kat Tanah Rata. X best arr tanah rata, Brinchang lg best. Still sejuk la kat CH ni...cian hubby asyik bersin je sepanjang masa...mcm mana nak gi oversea ni dear. my MIL as usual akan angkut segala pekakas dapurnya...every meal kitorang mkn kat umah je. Cume minum petang je kat luar. Kitorang sampai dlm kul 2.30pm...rehat2 jap petang kuar gi cari vegie, mlm nak buat BBQ... Gi Brinchang pasar tutup plak...rupenye bkk everyday masa cuti sekolah, kalo bkn cuti sekolah bkk hari jumaat sabtu jerk. Gi pasar mlm kat tanah rata jela jwbnya. X best sgt pasar kat tanah rata ni, x banyak gerai. Mlm adalah BBQ mode. Si Hafiy bkn main gembira berjoget bagai bila org nyanyi lagu ABC die.






Esoknya tempat harus pergi adalah pasar Kea Farm dkt ngan equitorial tu. Borong jagung, limau, dried strawberries etc. Pastu terjah Landang Boh yg cantik tu, tp oppps...isnin tutup beb. Frust2...gi Cactus Point lah then pusing Brinchang cari kedai mkn & kedai kek. Kedai kek ade 2 je kot, 1 jual slice by slice jer, 1 lg kek span biasa je...beli jela drp xde kan. Kedai banyak bkk petang/ mlm je, so terpaksa la lunch kat kfc. Ptg gi strawberri farm...sukenye Hafiy jalan 2-3 tapak, pekena strawberri aiskrim, then gi minum petang kat Bharat Plantation...+ sesi potong kek di sini. Mlm dinner kat umah + lepak2 dan tido. 


jln2 kat strawberri farm


 
 luv u both...

 our lil family =p


Selasa pagi...breakfast dan pulang ke KL, petang ade kelas...penat giler wpun bkn i yg drive.