And keguguran itu....adalah keguguran RAMBUT yg makin menjadi2. Aku dah mula perasan rambut aku gugur since lil Fariq pandai sembur air liur. Masa pregnant rambut adalah sgt jarang gugur, time sikat tu adela terselit 2-3 urat. Tp ini serius...(versi wonder pet) yup...sgt banyak rambut gugur. Ade petua utk kurangkan keguguran rambut nih???
Friday, December 23, 2011
Sleepy mommy...owh keguguran!
And keguguran itu....adalah keguguran RAMBUT yg makin menjadi2. Aku dah mula perasan rambut aku gugur since lil Fariq pandai sembur air liur. Masa pregnant rambut adalah sgt jarang gugur, time sikat tu adela terselit 2-3 urat. Tp ini serius...(versi wonder pet) yup...sgt banyak rambut gugur. Ade petua utk kurangkan keguguran rambut nih???
Wednesday, December 21, 2011
Puting NUK
NUK LATEX VENTED TEAT
NUK PC TEAT - WIDE NECK
Tuesday, December 20, 2011
Baby stuff: yg saya gune...
12) susu - aku hanya bagi susu ibu je.
15) detergen - ni aku guna pureen ABC
18) stroller, car seat - halford cosmo DX travel system. ini pilihan en.hubby. senang bwk travel katenye...ikut kan aje la. tp mmg pon bleh dilipat2...car seat bleh guna dlm kete & kat stroller tu kalo nak baby facing ke kita..
Tuesday, December 13, 2011
Fariq @ 3 month & being a working mom
Motor Development
1-Opens and shuts his hands. - YES
2-Raises his head and chest while lying on his stomach -YES
3-Stretches his legs out and kicks when lying on stomach or back. YES
4-Supports his upper body with her arms when lying on stomach. Tgn x brape kuat lg…
5-Swats at dangling toys placed near him. -YES. Suke main ball
6-Mouths objects brought to his face. -YES. semua benda pon nak masuk mulut
7-Reaches and grasps for things with both hands. -YES
8-Pushes down on legs when feet are placed on a firm surface. -YES. Dah pandai angkat kaki bertatih…comelnye =)
9-Can hold a rattle. -YES. Hold & bring to his mouth k…
2-Turns head toward direction of sound. -YES
3-Follows moving objects with his eyes. -YES. Tgk je kalo mama die gerak ke mana2..
4-Recognizes familiar objects and people at a distance. -YES. Dah start kenal org & tempat…kalo x familiar & mama xde mesti nangis…
Language Development
1-Begins to imitate some sounds. mcm x same je bunyi die...he with his own sound =p
2-Begin to babble. -YES. Sgt banyak ckp (bahasa dia la), ayah kate ikut mama die
1-Reacts when you sing, call his name, or attempt to play. -YES. Mama nyanyi lain, die nyanyi lain…hihi
2-Imitates you when you stick out your tongue. YES
3-Enjoys playing with other people; may cry when playing stops. YES
4-Becomes more communicative with face and body. Reti ikut org senyum je…
5-Imitates your movements. Org suh tepuk tangan, die masuk tangan dlm mulut…
6-Smiles! Grins! -YES comel =p
Cognitive Development
1-Stares at his hands and fingers. YES
2-Plays with his fingers. YES
3-Brings his hands to his mouth. YES...abis buchuk macham...
4-Has accustomed to regular eating and sleeping patterns. Kadang2 x same ikut keadaan la
Thursday, December 1, 2011
11111 dan 20112011
well, ni bkn sebarang nombor k....nombor paling bermakna dlm hidup aku =p
1.11.11
- thn ni genap la usia aku 28 thn...huhu sudah semakin bertambah usia..syukur masih diberi nafas olehNya.
- Alhamdulillah banyak yg telah dikecapi dlm usia ini...terima kasih atas segala rezeki pemberianNya.
- telah bergelar isteri & mama...nikmat yg tiada tandingnya.
- bekerja & punya pendapatan tetap wpun masih keciwa krn x gunakan sepenuhnya ilmu yg ditimba sblm ni...
- sedang menyambung pelajaran lg...impian adalah bergelar dr & ir...
- perlu terus berusaha menyeimbangkan duniawi & ukhrawi...terasa kerdil disampingNya.
- yg penting biar berapa tahun pon usia aku, aku tau DIA sentiasa berada bersamaku... Allahu akbar! 20.11.2011
- ulang tahun perkahwinan F&F yg ke-2...Alhamdulillah...dipermudahkan segala oleh Nya dlm melayari bahtera...melalui suka duka...
- syukur dikurniakan suami yg sgt memahami, sabar dan sentiasa bertolak ansur...yg sayang aku & baby.
- dikurniakan seorang anak lelaki september lalu...Ya Allah, besarnya pemberianMu..gelaran ibu itu terlalu berharga...
- semoga ikatan cinta ini mekar & setia ke akhir hayat dengan izinMu & semoga kami sekeluarga sentiasa dlm peliharaanMu & mendapat keberkatan dariMu.
Thursday, November 24, 2011
Fariq join contest...jom VOTE beramai2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=265988636784996&set=a.263371467046713.84239.109113239139204&type=3&theater
BABY HIPPO CONTEST
untuk vote just LIKE fariq's photo je k
Thank u to all in advance.
Wednesday, November 23, 2011
Thursday, November 17, 2011
Mode gembira =)
Sebenarnya td telah mengalami kemurungan memikirkan xde baju cantik nak ke wedding yg berlambak2 jemputannya sempena cuti sekolah ni. Baru berkira2 nak beli baju baru...tp rase membazir plak bila tgk baju2 aku yg berlambak dlm almari ni, yg baru sekali pakai pon ade...haih. last 2 weeks dah try tp x muat...nak try lg ke tak nak...kang sakit hati je bile try x muat... tp mcm ade suara kuat mengatakan "alah, try jelah" sekali MUAT ok! hahahaha...mcm mane mak x suke.... rase nak lompat bintang 100 kali tanpa henti...walaupon kat dada tuh ngam2 jer...nak wat mcm mane kan.
tp kalo naik atas penimbang sure berat still same je. last 2 weeks timbang baru turun lg 2 kg...utk achieve berat sebelum pregnant perlu turunkan lg 9kg! utk achieve berat masa kawen perlu turun lg 14kg...aiyyakk...bila la mimpi nak jadi kenyataan nih...
Lantak la...berat tu lame2 turun la...(jgn naik plak tau) yg penting shape perlu kembali dulu... tp lemak kat perut ni degil btol la...sila rajin sit up ok (nasihat utk diri sendiri). Apa2 pon aku gembira x payah beli baju baru (kalo beli baru kan lg best...tp beli saiz besar skit adalah tidak best ok).
pict taken during my SIL wedding - with my mom & my sis
Monday, November 14, 2011
Breastfeeding: Kesedaran
talking about breastfeeding, alhamdulillah sehingga kini diberi Allah rezeki utk menyusukan Fariq. Niat/hajat dihati nak susukan die sampai umur 2 thn kalo diizinkan Allah. Allah dah bg rezeki nape ko x nak susukan anak sendiri??? Masya Allah, rupanya kesedaran tentang breastfeeding ni masih kurang terutama dikalangan masyarakat luar bandar. Sedihnya....
Masa wedding my SIL, kaum kerabat dr kampung dtg la bertandang ke umah PIL. Bila Fariq nangis nak susu, aku pon angkat die masuk bilik nak bf...tetibe ade suara2....
"kak bg susu dada ke?"
"nape x campur dgn susu tin? kerja nanti mcm mane?"
"kene bg susu tin, nnt susah nnt"
aku paling x suke org ckp mcm ni...hello...susu ibu itu adalah susu yg paling baik...nak susah apenye. Aku x rase susah pon yg korang nak susah utk aku nape? aku sayang anak aku, aku nak bg yg terbaik utk die...korang x sayang anak lantak la..nak pikir senang korang aku x kesah.
Emo kejap...
Cuba korang pikir, sekarang ni mcm2 penyakit ade...seboleh2 nya bf la anak sendiri utk imunisasi die. Mmg takdir Allah kita x boleh nak nafi, tp usaha utk kebaikan pon dituntut kan. Prevent is better than cure what...banyak kebaikan susu ibu ni selagi mampu cuba la susukan anak sendiri. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pasti ada jalan! nak x nak je. Sedih la bila masih ade yg berfikiran mcm ni...lain la kalo x diberi rezeki olehNya, itu aku paham.
Meh sini nak bgtau khasiat susu ibu ni...
Kebaikan
Untuk bayi :
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Susu ibu adalah penawar terbaik bagi bayi yang mengalami cirit-birit, gangguan sistem usus, jangkitan saluran pernafasan dan keradangan akibat serangan virus atau bakteria pada telinga.
Bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah untuk mendapat pelbagai jangkitan atau masalah kesihatan kerana susu ibu mengandungi antibodi untuk menguatkan badan si kecil menentang serangan bakteria.
Secara umumnya, susu ibu adalah makanan yang lengkap — ada protein, vitamin dan mineral; semuanya penting untuk membentuk sistem pertahanan badan bayi dan membantu pertumbuhan serta perkembangannya.
Susu ibu sebenarnya mengandungi banyak faktor-bio yang kompleks. Faktor-bio adalah bahan yang memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan. Faktor ini membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi yang diberikan susu badan.
Antara faktor-bio utama yang dikenal pasti dan ditambah dalam susu formula ialah nukleotida, rantaian panjang asid lemak tidak tepu (LCP) seperti asid arakidonik (AA) dan asid dokoheksanoik (DHA), selenium dan karotenoid.
Selain itu, susu ibu mengandungi faktor anti-mikrobial yang berfungsi menentang bakteria dalam usus (seperti laktoferin, lisozim, IgA, lipid dan oligosakarida); anti-keradangan (contohnya prostaglandin, kortisol, epitelial, faktor tumbesaran, asid lemak tidak tepu) serta perangsang sistem imunisasi (seperti sitokinin dan nukleotida).
Sistem pertahanan
Seperkara lagi, susu ibu juga ada satu bahan dipanggil limfosit yang meningkatkan sistem pertahanan badan, manakala faktor bifida membantu pertumbuhan bakteria berguna, Lactobacillus bifidus dalam usus.
Bunyinya mungkin terlalu ilmiah, tetapi ini antara ‘bahan penting’ dalam susu ibu yang sudah dikenal pasti. Susu ibu memang unik dan ia digunakan sebagai piawaian untuk pengeluar susu formula.
Sehingga kini belum ada susu formula mampu menyaingi khasiatnya kerana ada beratus-ratus faktor-bio belum dapat ‘ditambah’ ke dalam susu formula.
Pensyarah Kolej Perubatan dan Kesihatan Umum, Universiti South Florida, Dr Jane Carver, berkata kajian membuktikan kanak-kanak yang diberikan susu ibu membesar dengan lebih baik dan cepat.
Katanya, kanak-kanak yang dibesarkan dengan susu ibu didapati lebih cerdik, mendapat keputusan baik dalam pelajaran dan kecerdasan ini dipercayai berlanjutan sehingga dewasa.
“Sememangnya khasiat susu ibu tiada tandingan. Bahan penting susu ibu seperti AA dan DHA membantu perkembangan neuro (sistem saraf) dan otak yang lebih baik.
“Susu ibu juga mengandungi hampir 30 jenis karotenoid yang memainkan fungsi penting dalam sistem pertahanan badan bayi. Ia berfungsi sebagai agen antioksidan dan anti keradangan.
“Selenium pula berfungsi sebagai antioksidan untuk mengelakkan kemusnahan membran sel dan merangsang proses pembesaran,” katanya ketika perbincangan media mengenai faktor-bio dalam pemakanan bayi anjuran Wyeth (Malaysia) Sdn Bhd, baru-baru ini.
Susu badan sangat penting, terutama kepada bayi pramatang (tidak cukup bulan) kerana organ mereka belum berkembang sepenuhnya ketika dilahirkan. Malah, kebanyakannya mengalami masalah kekurangan berat badan dan mudah mendapat jangkitan.
Kajian epidemiologi dan klinikal menunjukkan susu ibu yang kaya karotenoid mampu merendahkan risiko mengalami pelbagai penyakit akibat kemerosotan tisu, gangguan retina mata dan displasia bronkopulmonari (perkembangan paru-paru yang tidak normal).
Susu ibu adalah makanan yang steril. Justeru anak yang mengalami cirit-birit dan diberikan susu ibu akan terhindar daripada jangkitan bakteria atau virus berterusan.
Kandungan nukleotida dalam susu ibu juga mampu menguatkan sistem usus dan imun bayi. Ini juga sebabnya bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko rendah mengalami cirit-birit.
“Malangnya, ramai ibu berhenti memberikan susu ibu apabila mereka kembali bekerja. Walaupun susu formula juga ada banyak khasiat, ia belum dapat menandingi susu ibu kerana kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan anak.
“Berikan susu badan kepada anak walaupun sedikit, tetapi anak tetap akan mendapat banyak manfaatnya. Pemakanan ketika kecil akan memberi kesan besar apabila anak dewasa. Justeru, jangan bazirkan anugerah yang diberikan,” katanya.
Sumber:Harian Metro
Fikir-fikirkan...selamat beramal =)
Friday, November 4, 2011
Bawak anak keluar...tips?
Aku merasakan perlu belajar jugak bawak si Fariq keluar. setiap kali keluar terasa mcm2 nak bawak. Risau nak bf Fariq mcm mane...since x semua tempat ade nursing room kan. Kalo gi umah org mcm mane plak... walaupon ade car seat, tp aku x yakin Fariq akan behae while aku drive. Kalo tgh2 drive die nangis mcm mane? Mcm mane korang bawak anak keluar eh? Any tips??? jom la share...
Thursday, November 3, 2011
Fariq @ 2 month
Alhamdulillah hari ni Fariq genab 2 bulan...sekejap je rase dah besar anak mama ni.
hari ni gi klinik check up & cucuk Fariq
weight : 5.3 kg (naik 1.1 kg)
length: 58cm
head: 37cm
Fariq nangis kejap je, lepas tu die ok. dah blk umah baru merengek-rengek nak manja ngan mama dia. demam? x sure plak sbb suhu badan mcm normal je...
- Fariq dah pandai sembang...dlm bahasa yg dia sorang je paham. Mama & ayah die anggukkan je. Punyalah banyak ckp kalo kene mood die. Ayah ckp ikut perangai mama die banyak ckp...haih.
- Suara dah makin kuat...tp x reti meniarap lg. sesekali mama dia tiarapkan suh practice die jerit2 marah...hahaha...
- Dah berjaya masukkan genggaman tgn kiri & kanan ke dlm mulut (sepenumbuk tu ok...sungguh2 nak masukkan semua dlm mulut...) kalo masukkan tgn kanan dia akan masukkan satu2 jari dulu...slalu mama & ayah akan marah bila die masukkan tgn dlm mulut, tp kadang2 biarkan jugak supaya die belajar gerakkan tgn ke arah mulut.
- kalo mood baik Fariq suka senyum...tgh menyusu pon kalo mama senyum kat die, die akan stop menyusu & senyum, pastu start la sembang...
- Dah mula cam suara mama & ayah
- kuat gerakkan kaki & tangan...sgt suka melompat.
- yg penting Fariq makin tembam...aiyyak...berkat minum susu mama =)
Monday, October 31, 2011
Sahabatku dan dugaan itu
Besarnya dugaan Mu buat sahabatku, ppink...sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui.
pagi 27hb, aku dikejutkan berita kehilangan arwah Fendi, suami ppink oleh nasrina. Aku yg tertido lps susukan Fariq mamai2 time nas call tu. dan aku masih berharap ianya cuma mimpi...dlm hati betul ke betul ke...sblm aku call ppink. tp mmg sepantas kilat terus call ppink...soalan pertama aku "pink, kenapa ni pink???" itu yg mampu keluar saat itu...lps tu soalan ntah ape2 keluar bila dgr esakan ppink.Sayunye hati. Ya Allah, kenapa die? saat die br mengecap kebahagiaan? tp aku xde jawapan utk soalan itu...ya, DIA lebih mengetahui. DIA telah aturkan segalanya.
Berat mata memandang berat lg bahu memikul...aku cuba bayangkan aku kat tempat ppink...Ya Allah, aku x mampu...kasihani dia Ya Allah...berilah dia kekuatan Ya Allah...
Pink, aku tau aku xkan mampu menghilangkan kesedihan ko...sesungguhnya kehilangan itu menyakitkan...tp bila2 ko perlukan org utk mendengar keluh kesah ko, aku sedia mendengar biarpon xde depan mata ko....menangislah kat bahu aku pink kalo itu boleh melegakan sedikit kesedihan itu....kesedihan aku utk ko x mampu aku ucapkan. Ayah aku ajar, utk kuatkan diri bacalah Al-fatihah dgn niat hadiahkan utk diri zahir dan batin. Hadiah itu yg mampu aku titipkan agar ko diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan ini. Bersabarlah pink...sehingga ko jumpe arwah di syurga, insyaAllah.
"Ya Allah...ko berilah sahabatku kekuatan menempuhi setiap dugaan dan ujian Mu... sesungguhnya KAU lebih mengetahui apa yang terbaik utknya dan ape yg KAU janjikan untuknya kelak...hapuslah air matanya dan berilah dia bahagia Ya Allah. Semoga dia sentiasa mendapat kasih sayangMU dan keberkatanMU di dunia dan di akhirat...untuk arwah fendi, semoga rohnya tenang di sana, KAU tempatkanlah dia dikalangan org2 yg beriman yg kau kasihi Ya Allah....amin."
Monday, October 24, 2011
Akikah & Cukur Jambul
Pada 18 September 2011 yg lalu, alhamdulillah kami telah diberi rezeki utk mengadakan majlis cukur jambul dan akikah putera sulung kami Muhammad Fariq Hafiy. Majlis berlangsung kat umah PIL aku kat ulu kelang + jamuan raye skali. Time ni aku br 15 hari berpantang. Actually aku plan nak cukur jambul je dulu, akikah nye buat kemudian (lepas abis pantang...bleh la aku mkn & melaram) hihi.. tp PIL sibuk nak buat awal sbb nnt bz adik ipar aku nak kawen plak bln 11 nnt. Nak x nak ikutkan ajela. Tambahan plak FIL aku berbesar hati nak sponsor sekor kambing. Tq ayah. FIL aku panggil ustaz kat kawasan umah tu dan anak2 didik ustaz tu dari sekolah tahfiz dia utk marhaban. Bertahnik pon dibuat oleh ustaz tu.
On the day, aku penat giler...x buat ape pon, cume entertain org je...tp aku try limitkan pergerakan aku, ayah dah pesan duduk je jgn bangun2, jgn ke hulu ke hilir...nak amik gambar banyak2 pon mls sbb aku x kurus lg...kurus? penah ke aku kurus? hihi...maksudnye kembali ke saiz sblm pregnant...=p abis almari aku punggah cari baju yg aku bleh pakai...nasib baju songket (pemberian umi mase tunang dulu) aku buat besar skit...so muat la pakai tp....huhu...
dah la banyak plak citer, layan gambar jela.
umi (MIL) a.k.a nanny/ tok mi
ayah a.k.a atok
mama a.k.a ma tok
round the circle...abisla rambut anak aku...
bertahnik
mama, Fariq & ayah
Semoga Muhammad Fariq Hafiy membesar sebagai anak mama & ayah yang soleh, yg sentiasa membahagiakan kedua ibu bapanya, yang bijak pandai, yang comel, yg aktif & sihat sentiasa. Semoga kami sekeluarga sentiasa dlm lindungan-Nya, mendapat kasih sayang Nya dan sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya...amin.
Thursday, October 13, 2011
Wednesday, October 12, 2011
BF: EBM
Alhamdulillah sehingga hari ni aku masih diizinkan breastfeed my lil son, si kecik Fariq. Dah semakin bolat anak mama. Huhu...tp semalam Fariq selsema, berjangkit ngan ayah die la kot. Susahnye hati...walaupun Fariq x banyak meragam, tp kecian kat die....mesti die x selesa.
Cepat sembuh ye sayang mama.
Hmmm....x lama lg dah nak abis pantang, keinginan kuar bershopping adalah membuak2...maka tergerak la hati nak buat stok EBM, mane la tau nnt susah nak cari tempat breastfeed Fariq time shopping kan...br 3 hari aku try pam, hasilnya adalah spt ni....
sebelah breastfeed Fariq, sebelah lg pam
Wednesday, October 5, 2011
Sebulan sudah
3 okt aritu genap sebulan usia si kecik fariq ni. makanya kene ke klinik utk cucuk hepatitis B yg ke-2. Nasib si kecik ni behave...hasil check up
- weight: 4.2 kg (naik 1.2 kg)
- length: 55cm (masa lahir 47cm)
- head: 35cm (masa lahir 31cm)
sekejap je rase dah sebulan, walaupon sampai skrang mama die ni masih x percaya dah ade anak...bleh tak? kdg2 bgn pagi sbb si kecik ni nangis..."eh, anak aku la.." mase tido x ingat anak...haih.
- Setakat ni, Fariq dah pandai senyum ngan org...bile kite sembang ngan die, die pon mcm nak citer ngan kite, tp x kuar sgt suara die...
- menyusu badan adalah sgt kerap ok. bleh pengsan mama die. Time tido nak bergayut je. Alhamdulillah sejak lahir aku fully breastfeed die. InsyaAllah kalo diizinkan aku nak breastfeed anak aku sampai umur 2 thn.
- Kalo time die jage, xde org nak main/sembang ngan die, mula la die kuar suara kuat nak nangis...
- paling suka org dukung/riba die.
- suka main lompat2 ngan ayah die.kaki sgt kuat melonjak.
- dah pandai ikut ayah buat bunyi guna lidah/mulut
- sgt suke time mandi, berenang2 dlm bath tab...sgt behave.
- x suke di bedung...tgh tido bleh jage utk berusaha kuarkan tgn die sampai merah2 muka.
mama die dlm pantang la. bab pantang aku rase lama giler...bila la nak abis...x sabar nak pi shopping ni, bleh tak... hahahha....sekarang ni nak buat ape pon xleh sgt...xleh aktif sgt...mama kate dlm pantang, baring je. huhuu...aku ni mane bleh...
berat? masa pregnant, aku naik 22.8 kg ok...selepas sebulan pantang aku timbang kat klinik aritu baru turun 11.6 kg...lagi 11.2 kg belum hilang, dok melekat kat badan...aiyyyaaakk..tp aku nak kurangkan lagi 15-20kg bleh? berangan x salah kan...hahaha...
jamu aku br start mkn, tp selang 2 hari sbb takut baby x tahan panas...aku gune set pantang Nona roguy, tp makcik yg urut aku ade bagi jamu gak...dari 44 jenis akar kayu. so skrang aku mkn jamu makcik tu dulu. jahitan epi dah sembuh. aku x rase ape dah...masa hari ke-4 aku dan buang air besar. pastu dah makin kerap, alhamdulillah xde rase sakit ke ape. cume x best bile sembelit la.. bengkung aku pakai siang je, tungku pon kalo sempat je skrang ni...haih...si kecik fariq kerap menyusu, kalo bunyi ehek skit pon mintak susu, makanya kelam kabut la mama die...
owh, bab study...aku dinasihatkan oleh penasihat akademik pengajian siswazah utk amik cuti khas memandangkan aku xleh hadir ke kelas lebih dr 3 kali...so, sem ni rehat la...jage anak sepenuh masa...ikut hati sayang nak cuti, tp pikirkan anak...xpelah. Bak kate iliy, master is not about grad on time...nnt grad gak. yup, sgt setuju.
itu jela update kali ni...mari lihat anakku yg makin bulat =)
Saturday, September 17, 2011
Alkisah: Pengalaman Bersalin
Hmmm...arini 14 hari dah aku berpantang. Euhh...lecehnye..x best...tp mama ckp "kene la sayang badan sbb nak pakai lama...kang esok2 tua sakit sana sakit sini.." citer bab pantang kat entry lain la ye. Entry ni nak citer pasal pengalaman bersalin aku. Sekadar berkongsi...btol kate org, nak mengandung bersalin ni kene kuatkan mental & emosi. Masa pregnant dulu aku pon dok blogwalking bace experience bersalin org...maklumla aku xde kakak, nak tanye ape2, tanye kat mama & kawan2 yg ade experience jela. Tp lain org lain perihalnye... Panjang plak intro...
Alkisahnye sehingga 1 Sept, aku dah overdue 10 hari. Ikut last check up kat kk, doc suh aku gi hospital 9 atau 10 hari dari tarikh due kalo blom bersalin. which mean 31 Ogos or 1 sept la... Raya pertama kat umah parent kat semenyih, ptg blk umah mak mertua di kl...still xde tanda2. Makanya en.hubby bawak aku berjalan kat taman metropolitan, main layang2 bagai selama 2 hari berturut-turut.
1 Sept
11.40 pm
Dok asyik tgk movie ngan hubby tetibe terasa spt cecair mengalir...terus ke toilet, rupanye kuar lendir...banyak gak. Cuak! jerit panggil hubby bgtau..msg mama, mama suh siap gi hospital. OMG! Apakah perasaan ini...berdegup kencang jantung aku.
2 Sept
12.00 am
Sampai hospital Ampang, register kat emergency terus naik wad bersalin. Jumpe nurse kat bilik PAC kat labor room...kene marah sbb aku overdue lama, patut dtg hospital smlm, arini dah kene induce. Bengang btol, ko apehal nak marah2 aku...dah aku x sakit...dah ketentuan DIA aku x ke hospital smlm. First time kene seluk...MasyaAllah, sakitnya! doc ckp jln x bukak lg. tp kene tahan wad sbb aku dah overdue. Huhu...
1.00 am
Masuk wad. hubby antar brg. xleh sape2 tunggu...1 wad ade 4 katil tp cume ade aku sorang je...nangis jap sbb kene tido sorang...huhu...doc suh rehat esok pagi doc akan masukkan ubat induce...
2.40 am
Terjage dr tido yg x brape nak nyenyak tu sbb ade air kuar meleleh2..ingat water bag pecah, bgtau nurse, kene seluk lg...eeeuuhhh...fobia! sampai terketar2 badan aku setiap kali nurse/doc ckp kene VE...huhu...after seluk nurse ckp xde ape2 blom bukak pon. show je kot. Yela kot sbb lepas2 tu x kuar dah, ade bloody show je skit.
6.15 am
Nurse kejut, bgtau doc nak check bukaan & masukkan ubat induce. Menggeletar lagi...
6.58 am
Doc seluk, ckp bukaan 1cm, masukkan ubat induce. Suh aku baring, lepas 1 jam baru bleh bangun. Turun je dr katil tempat check tu, meleleh2 air kuar..aku ckp kat nurse die suh aku pakai pad.
8.15 am
doc dtg melawat tanye keadaan aku, bgtau after 6 hrs masukkan ubat tu, die akan check bukaan..kalo blom bukak lg akan masukkan ubat ke-2. Aku bgtau air asyik meleleh je dr td, aku x tau air ape...takut waterbag pecah je.
10.20 am
Doc seluk nak amik sample, nak tgk air ketuban leaking tak...yes, air ketuban leaking...doc remind nurse utk bg antibiotik after 24hrs kalo x bersalin lg.
12.50 pm
Doc seluk lg check bukaan br 2 cm, masuk ubat induce no.2. sepatutnya kul 6.50 doc akan check lg tgk bukaan kalo still x bkk banyak diorang akan masukkan ubat ke-3. tp xde doc dtg check/seluk...lega. Sakit contraction makin terasa...tp bleh tahan lg since en hubby ade sehingga waktu melawat habis. Mlm tu aku x tido sorang dah..ade 2 lg patient...xde la sunyi sgt. Tido mlm tu lg x nyenyak, kejap2 terjage dek sakit contraction yg makin kuat, bleh tahan lg la...x brape consistant, kejap every 15 minit, kdg2 every 10 minit..confius.
3 Sept
4.50 am
Tetibe aku terasa sakit yg mcm nak meneran...terus capai hp, call hubby suh bangun siap dtg hospital sbb terasa mcm nak bersalin dah...dlm hati dah ingat bukak 6-7cm dah. Terlelap sekejap bile sakit tu hilang. Bila terjage blk...br bgtau nurse ckp sakit mcm nak meneran. Nurse panggil doc utk check bukaan...4 cm! Ha, baru 4cm? aiyoo...Nurse suh siap2 masuk labor room. Tunggu hubby sampai, kemas barang semua, naik wheelchair gi labor room.
5.30am
masuk labor room, berdebar2...Hubby tunggu kat luar dulu, nnt br diorang panggil. Nurse bgtau maybe dlm kul 11am br beranak kot.
6.00am
check bukaan 5cm. Hubby masuk temankan dlm labor room. sakit contraction makin x tertahan. setiap kali sakit dtg suh hubby urut belakang kuat2...lambatnye lg kul 11am. Doc suh sedut gas kalo sakit dtg. mamai & ngantok...tak best btol sbb br nak tido tetibe sakit dtg terus xleh tido.
8.00 am
sakit giler...ckp kat nurse nak ubat tahan sakit...x tahan sgt dah ni. Nak nangis pon x kuar air mata dah...hanya mampu pandang muka hubby mintak belas ehsan. Tp apela yg hubby bleh buat kan, satu badan aku die picit kurang skit la rase x selesa tu. Nurse ckp CTG aku x cantik turun naik, doc2 pakar masuk tgk aku...suh aku pusing kiri, pusing kanan, nak cantikkan bacaan CTG...kate doc jantung baby lemah...xleh nak bg ubat tahan sakit. Doc check bukaan dah 8cm.
9.00 am
Doc check bukaan dah 9 cm...jantung baby still lemah...die bgtau aku kalo belum fully dilate, maybe go for C-SECT...aku yg dah x tahan sakit tu redha je kalo C-SECT pon, setiap kali sakit dtg, aku hanya mampu ckp "ALLAH" je...+ risaukan baby skali. Tp doc ni mcm nak tolong aku. die ckp nnt sy bincang ngan doc2 pakar mcm mane ye. Die keluar kejap & masuk balik. Dic ckp kat aku " sy nak tolong awak deliver normal, tp awak kene tolong diri awak gak ye...skrang awak teran skit mcm nak buang air besar ye...supaya kepala baby sampai kat tulang skit" Aku pon tarik nafas & push kuat skit...doc ckp ok...kepala baby dah dekat, dah fully dilate, jantung baby back to normal...U can deliver normal now. Push bila sakit dtg k...bila sakit dtg aku pon push, push yg 1st kepala baby dah kuar suku, doc ckp "pandai awak push, skit lg" tp sbb x cukup nafas masuk blk...aku siap ckp "sorry doc" Doc ckp its ok, i'll wait...jgn tergesa2...lepas 3 kali push x kuar lg, aku mintak nurse air sbb dahaga tahap gaban...nurse drop air skit2 kat mulut aku, lepas tu br aku push sekuat hati.....tetiba ada sesuatu diletakkan atas dada aku, panas, doc suh aku bukak mata...ha? dah kuar dah? aku terus cium baby. Mcm x percaya aku berjaya melahirkan baby secara normal. MasyaAllah... Alhamdulillah. Speechless...lega! pastu nurse bersihkan baby, doc keluarkan uri, pastu br jahit. kene epi skit..baby kene gi NICU jap utk suntikan antibiotik sbb air ketuban keluar lebih 24 jam aku blom bersalin lg, takut kene infection.
Fobia aku kene seluk tu...lepas bersalin tu, tido asyik termimpi kene seluk je...haih.
Baru 14 hari berpantang, 30 days to go. Tabah la wahai hati...nnt cite bab pantang plak k.
Wednesday, September 14, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Dah overdue lorhhh....
Sehinggah hari ni dah overdue 2 hari. EDD on 22nd August...now dah 24th August...sehingga saat ni, xde sign lg...mild contraction on off...x consistant pon.... hai la cik baby, bile mau kuar ni? semua org ckp baby raye kot....alahai...PENANTIAN ITU MENYIKSAKAN. Aku dah la x buat ape2 preparation raye, mind soul semua dah set nak BERSALIN je...
Semalam aku telah tak puase ok. Sebabnye...terjage dlm kul 8.30 pg perut memulas2 sakit giler, aku ingat nak beranak dah, sekali cirit birit da..lembik jadinya, perut kosong berbunyi2, pelik gak sbb aku bangun je sahur pg tuh. Kul 11 gi check up kat kk...
nurse: Hai, puan. belom bersalin lg? dah lebih due sehari ni...
Aku: ntah la, baby x bg sign nak kuar lg, sy nak buat mcm mane
masa check perut
nurse: nape baby x nak kuar lg ni? meh acik jampi skit...(sambil dok tekan2 perut aku cari kepala baby) hmm...dah penuh sgt kepala baby masuk ni, nape xnak kuar lg...
aku: ye ke...hari2 pon sy pujuk die suh kuar...
check mcm biase, OK. cume urin je kotor skit...kali ni kene jumpe doktor sbb overdue.
Doktor: hai puan, ape khabar? sihat?
aku: mcm biasa la doktor...
doktor: kencing kotor skit, sy tgk mcm kering je ni, puan kurang minum air ye?
Aku: banyak je sy minum, cume pg td sy cirit birit la doktor...
Doktor: owh..nape? salah mkn ke?
Aku: ntah, rase mcm perut penuh angin je...
Doktor: ok, jom kite check perut...slalu kalo overdue ni kite risau air ketuban berkurangan..
Doc scan perut
Doktor: nak ukur baby pon dah x boleh, baby dah besar dah penuh ruang...tgk kepala dah masuk penuh ni...
yes, mmg ak nampak kepala baby dah penuh ruang...aiyyyaakk...
doktor: hmm...air ketuban ok. placenta kat atas...semua ok. baby gerak ok...jantung ok. slalu kita akan bg tempoh 9-10 hari dari tarikh due...kalo baby x kuar jugak puan kene ke hospital la ye, kene induce. kalo ikut sy kira kat kalendar ni, sehingga 31 Ogos, kalo puan masih belum bersalin terus ke hospital ye..sy tulis kat buku ni.
huhu...sy adalah sgt risau...baby besar. nape la x mo kuar2 lg nih...ummi ckp die syok bukak pose mkn sedap2, dah kuar xleh dah mkn sedap..."baby, kesian la kat mama awak ni, dah x larat nak kendong dah, jalan pon senget2 ni ha..." setiap hari pon adalah dok memujuk cik baby...can't wait to hug u dear....
p/s: doakan sy ye kawan2...x mo induce!
Thursday, August 18, 2011
4 days left....dan Raya
Ape2 pon...di kesempatan ini, aku nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MOHON MAAF ZAHIR BATIN
Monday, August 15, 2011
7 days left...
Everybody keep on saying that my perot nampak besar...OMG, risaunye besar mane anak aku nih...mampu ke mama lahirkan kamu cik baby ooi...
ahh, lantaklah...rase x sabar nak peluk cik baby mengatasi segalanya saat ini. Yang penting kamu sihat ye cik baby. Malas nak pikir rase sakit etc...(yela, x turun tanda/sakit lg bleh la ckp...time turun tanda nnt maunye aku cuak+nerves nak mampos)
Kalo la sampai tarikh due 22.8.2011 tu aku xde tanda2 nak bersalin gak, ape aku nak buat eh??? nak gi check kat klinik ke terus gi hospital???
In between that, hari ni hari ke-15 kite berpuasa dan aku berjaya berpuasa penuh setakat ini...insyaAllah, jgn la bocor plak arini. Semalam aku kene selsema dan sehingga skrang blom baik + batuk2 skit + sakit tekak skit. Cuaca tetibe lak sejuk, asyik ujan je skrang ni kan. Spoil btol, dah la aku teringin nak minum cocktail, abc, cendol bagai....nnt pantang lg xleh minum..huhu...Owh, silalah baik segera wahai cik selsema.
aku dah apply cuti 18 & 19hb...sbb mls nak cuak+nerves bagai kalo turun tanda kat opis =) makanya, cik baby sila la kamu keluar sebelum EDD or on the date ye...hihihi..
for this time being, i wish myself:
-
sabar menanti detik kelahiran cik baby
-
slamat bersalin sebelum/ on EDD
-
semoga x cuak+nerves melampau saat turun tanda nnt
-
berjaya mengharungi saat & sakit bersalin
-
semoga dipermudahkan olehNya segala urusan
-
smoga baby selamat & sihat
-
dan susu ade utk aku breastfeed my lil baby
~Amin~
Friday, August 12, 2011
Countdown....
10 hari lg....
Semalam ke klinik utk check up @ 38 weeks...nurse kat kaunter tu siap senyum2 ckp "eh, puan ade lg...bile nak bersalin ni..." hahaha...aku senyum je. Check up everything ok, urin, BP, jantung baby....mase nurse check perut...nurse ckp
nurse: baby dah engaged sgt2 dah ni, ukuran rahim dah kurang 5cm, hai la baby, bila nak kuar ni, cian mak awak dah x larat bawak perut, kaki pon dah bengkak sgt dah...
aku: ntah la, xde sign ape2 pon lagi...(senyum)
nurse: puan suruh la husband puan buatkan air utk cepat bersalin, bkn air selusuh...sy empat2 anak suami buatkan air tu, just niatkan utk cepat bersalin.
aku: ye ke...(senyum lg)
ikutkan memang dah x larat bwk perut & badan ni...baby dah engaged since 36 weeks, sejak tu la slalu sakit2 kat bawah tu, tp bleh tahan lg...cume terasa pergerakan agak terbatas, jln pon terkedek2 je rase. Xde plak any contraction or sign yg ketara...as for me, aku x kisah je baby nak kuar bile, kalo bleh let it be in natural way, x nak paksa2, no induce...kalo nak kuar next week pon ok. Tp esok nak gi majlis berbuka kat KLGCC dulu..hahaha...sempat lg pikir makan...adoiyai...
hmm...baby suke ye dok dlm perut mama ni...my hubby said "ala, die nak same birth date ngan ayah die la tu" kalo same date, it will be on this coming 16th....hmmm...atok die plak kate it will be on 20th above...
mari same2 kite lihat + cuak....=)
Wednesday, August 10, 2011
Wishlist mknn....
Jom tgk ape la yg aku teringin sgt tuh...agak2 tercapai tak sebelum cik baby kuar?
- roti jala + kari ayam
- pulut + ikan masin + sambal tumis ikan bilis
- karipap yg sgt sedap & karipap ikea juge
- mee bandung muar
- bihun goreng
- maggie goreng
- ketupat palas + kari daging + rendang ayam
- nasi impit + kuah kacang
- char kuew teaw
- nasi lemak (kalo dpt nasi lemak kg.baru)
- pau kacang merah (x mo yg segera tuh)
- kebab (especially kyros kebab)
- nasi ulam (slalu jumpe kat Perlis je ni)
- laksa k.perlis yg sgt2 best tu...huhu...(sape nak bawak mai dr perlis nih)
- asam pedas rebus keladi yg mak teh buat
- tat strawberri (kecik2 slalu mkn yg org mengasuh buat...huhu...rindu arwah makyah)
- Daging dendeng...
- nasi telur berlada (huhu...nak mcm yg kedai wawasan kat sek.2 s.alam time kitorang blajar dulu..skrang owner dah tukar, x reti buat, kedai2 lain buat x best)
- masak lemak ketam
- Rendang kuning ayam (ni aku mkn kat umah member ayah kat kuala pilah...sedap giler)
- bubur lambuk
- tom yam jgn dilupakan
- all the desserts, kuih yg manis2, yg cantik2, yg sedap2 seperti....
- kuih akok yg sedap...nyum..nyum...
- puding roti
- fruit cocktail
- tau foo fa...aiyoo...belambak kat bazaar pon susah nak beli ke?
- bubur pulut hitam
- bubur kacang hijau
- pulut sambal
- lepat pisang
sempat ke mkn semua2 ni? nafsu...nafsu...
Monday, August 8, 2011
38 weeks
Friday, August 5, 2011
Check up @ 37 weeks
Semalam gi check up @ 37 weeks...sekarang dah kene gi check up every week...hasilnya...
HB : naik beb...11.9..sblm ni 10.9. Suke2...=)
Urin : ok
BP : ok
Weight : berat aku turun 1.5kg ok...sgt2 ok =) br 4 hari puasa, ni lg bersemangat nak puasa ni, tp ade effect ape2 ke kalo berat mommy turun? smlm nurse x ckp ape plak...
Jantung baby: 148bpm - ok
Still x scan, next week kot br nak scan, kalo aku x beranak lg la..harap2 baby x besar sgt..